Adakah anda merupakan ahli PSSGM ?
Adakah anda layak dipanggil ahli PSSGM ?
Adakah anda layak menjadi perwakilan dalam mesyuarat mesyuarat Agong PSSGM perengkat Daerah , Negeri dan kebangsaan ?.
Sila semak kelayakan anda berdasarkan pelembagaan Pertubuhan !!!!
Peraturan
3. AHLI PERTUBUHAN
1.
Pertubuhan boleh menerima permohonan dari Rakyat
Malaysia yang berumur kurang dari 16 tahun sebagai ahli bersekutu dan boleh
mengambil bahagian dalam aktiviti Pertubuhan tetapi tidak boleh memegang
jawatan dan mengundi.
2.
Seseorang ahli Pertubuhan
berhak mengundi atas tiap-tiap perkara termasuk perkara-perkara yang tersebut
dibawah ini.
a)
Membubarkan Pertubuhan
b)
Pemindaan Peraturan Pertubuhan
3.
Seseorang yang belum cukup 21 tahun umurnya tidak boleh menjadi Pegawai
atau Pemegang Amanah Pertubuhan.
4.
Permintaan menjadi ahli
hendaklah di buat dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Pertubuhan dan
menyampaikan kepada Setiausaha Pertubuhan Daerah. Setiauasaha Pertubuhan Daerah
akan menyampaikan permintaan itu kepada Setiausaha Pertubuhan Negeri yang kemudiannya menyampaikan kepada
Setiausaha Agung melainkan permohonan yang mengikut Peraturan 3 No. 5 untuk diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa
Agung. Majlis Jawatankuasa Agung boleh
jika di fikirkan patut, menolak sebarang permintaan menjadi ahli dengan tidak
perlu memberi alasannya.
5.
Permintaan menjadi Ahli Terus ke Pertubuhan bolehlah
diterima oleh Majlis Jawatankuasa Agung sekiranya difikirkan layak dan menolak
permintaan itu tanpa memberi sebarang sebab.
6.
Apabila permintaan seseorang
itu telah diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung, dan yuran tahunannya yang
pertama telah didaftarkan dalam BUKU
DAFTAR AHLI sebagai seorang ahli dan diberi senaskah BUKU PERATURAN PERTUBUHAN dengan bayaran yang berpatutan.
7.
Ahli Seumur Hidup
a) Permintaan
menjadi ahli seumur hidup boleh ditimbangkan.
b) Syarat
umur untuk menjadi Ahli Seumur hidup adalah 18 tahun keatas .
c) Sekiranya
ia melanggar Peraturan dan Perlembagaan dan Adat Istiadat Pertubuhan maka
Majlis Jawatankuasa Agung boleh mengantung pelibatanya setelah diminta beri
notis tunjuk sebab dalam masa 3 bulan.
c) Mana
mana ahli yang gagal menjelaskan kedudukan serta tunjuk sebab juga digantung
hank nya sebagai ahli dan Pegawai Pertubuhan.
d) Segala
pecat-memecat ini hendaklah dibawa ke Persidangan Agung Perwakilan untuk
pengesahan.
8.
Ahli Gabungan
a) Permintaan
menjadi ahli dari Persatuan / Kelab Silat Seni gayong Malaysia dari Pusat Pengajian Tinggi Awam
atau Swasta di Malaysia boleh diterima setelah mendapat kelulusan.
b) Ahli
Ahli dari Persatuan / Kelab Silat Seni Gayong Malaysia di Sekolah Sekolah boleh
diterima setelah mendapat kelulusan.
c) Permohonan
mana mana Persatuan / Kelab Silat Seni Gayong di luar Malaysia boleh
dipertimbangkan .
d) Permohonan
menjadi ahli gabungan dari luar Malaysia sebagai Ahli
Terus Gabungan boleh dipertimbangkan .
Peraturan
4. YURAN DAN HUTANG
1.
Yuran Pertubuhan adalah seperti
berikut:-
a)
Yuran Masuk sebanyak RM 5.00
b)
Yuran Tahunan sebanyak RM 5.00
c)
Yuran Ahli Seumur Hidup sebanyak RM 100.00
d)
Yuran Ahli terus Gabungan sebanyak RM 100.00
Sebarang
kenaikan yuran hendaklah diputuskan dengan undi sulit menurut Peraturan 18.
2.
Yuran tahunan hendaklah
dijelaskan tidak lewat dari 31 Mac pada tiap-tiap tahun.
3.
Seseorang ahli yang terhutang
yurannya selama dua (2 ) tahun berturut
turut akan tergantung haknya sebagai Ahli pertubuhan , namanya akan kekal dalam
BUKU PENDAFTARAN AHLI sebagai ahli
yang berhutang .
4.
Seseorang yang tergantung hak keahlianya kerana
terhutang yuran boleh meneruskan dengan melunaskan hutang piutangnya .
5.
Majlis
Jawatankuasa Agong berkuasa menetapkan
yuran yang kurang atau melepaskan buat sementara bayaran yuran jika ada
ahli-ahli yang terhenti kerja, sakit atau ditimpa kesusahan.
Peraturan
5. BERHENTI MENJADI AHLI
1.
Ahli-ahli yang
hendak berhenti dari Pertubuhan hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya satu
(1) minggu terlebih dahulu secara bersurat kepada Setiausaha Daerah dan hendaklah
menjelaskan segala yuran dan hutangnya.
2. Selesai segala hutang tertunggak maka
Setiausaha akan merujuk kepada Bahagian Negeri dan Ibu Pejabat untuk
pengesahan berhenti.
3. Gagal
berbuat demikian maka Pertubuhan boleh menghalangnya dari terlibat setiap
aktiviti melibatkan silat. Apabila disahkan maka selama setahun (1) dari tarikh
notisnya berhenti dilarang aktif dengan mana mana persatuan silat kecuali mendapat keizinan dari pihak
Pertubuhan.
4. Setiap
ahli yang disahkan berhenti atau diberhentikan atau mana mana ahli yang hilang
haknya, dilarang dan tidak berhak sama sekali :
a) mengadakan apa jua aktiviti , pernyataan media massa, eletronik atau apa apa kenyataan yang boleh menjejaskan
kredibility Silat Seni Gayong Malaysia.
b) Menggunakan lambang, logo, lencana, bendera atau apa
apa perkara yan boleh menjejaskan kredibiliti Silat Seni Gayong Malaysia adalah
dilarang sama sekali.
Peraturan 6. HAK AHLI
1.
Sekalian ahli Pertubuhan
menpunyai hak yang sama di dalam
Pertubuhan ini kecuali beberapa perkara tertentu yang dinyatakan dalam
peraturan-peraturan ini.
Peraturan 7. KEWAJIPAN AHLI
1.
Adalah menjadi kewajipan ahli-ahli bagi menjelaskan yurannya dengan
tetap dan mendapatkan resit apabila membuat pembayaran. Membayar yuran dengan menepati masanya adalah
menjadi tanggungjawab ahli-ahli dan bukanlah tanggungjawab Pegawai-pegawai
Pertubuhan.
2.
Kesahihan keahlian adalah
berdasarkan kepada pembayaran yuran tahunan semasa.
3.
Adalah menjadi kewajipan ahli-ahli memberitahu Setiausaha Daerah atau
Negeri atau Kebangsaan mengikut status keahliannya (biasa, ahli terus atau ahli
seumur hidup) dengan segera apabila berpindah atau bertukar tempat tinggal.
4.
Seseorang ahli yang menghadiri
mesyuarat Pertubuhan atau menggunakan rumah Pertubuhan hendaklah berkelakuan
baik. Jika tidak, ia akan disuruh keluar
oleh seseorang Pegawai Pertubuhan yang bertanggungjawab.
5.
Ahli dilarang membuat pernyataan bertulis, terbuka ditempat awam,
dimedia massa atau letronik kecuali mendapat keizinan dari pihak Pertubuhan
atau sedia ada peruntukan dibidang kuasa tertentu masing masing.
6.
Ahli ahli dikehendaki bertanggung jawab menghormati ketika menggunakan
semua logo, lambang, lencana, bendera atau apa juga yang melibatkan maruah dan kredibiliti Silat Seni Gayong
Malaysia.
7.
Adalah menjadi kewajipan ahli
untuk memaklumkan pentadbiran setempat jika ada aktiviti dari luar
kawasan.
8.
Cetakan, jualan yang mempunyai Logo , Lambang atau Bendera adalah
dilarang tanpa keizinan dari pihak Pertubuhan atau bidang kuasa tertentu.