Sabtu, 29 Disember 2012

PERTUBUHAN vs PERSATUAN

Heboh  memperkatakan tentang Daerah  dan Negeri yang telah terbatal , tentu ramai yang tertanya mana pula daerah dan negeri yang  layak untuk hadir AGM pada 6 Januari 2012 ini .
Saya telah cuba mendapatkan sedikit info dari pejabat Pesuruhjaya sukan baru baru ini ada juga beberapa pekara yang agak mengejutkan dalam hal ini . Ada lagi Daerah yang terbatal iaitu Daerah Bandar Baharu Kedah , yang terbatal pada  26 September 2012 .





 Juga ada beberapa pekara yang mengejutkan juga , kerana Pendaftaran baru tidak lagi menggunakan perkataan Pertubuhan , sebaliknya PERSATUAN
Agak agak anak anak Gayong Malaysia yang mempunyai status PEGUAM , apa pandangan tentang pekara ini kerana  di dalam Pelembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia , telah nyata ada menyebut perkataan Pertubuhan sahaja , pada hal , pendaftaran yang baru menggunakan perkataan Persatuan , adakah mereka layak untuk hadir mesyuarat nanti ?
Lihat Lampiran ini



Didalam Peraturan dan Pelembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia , Peraturan 1 , telah terang  menjelaskan perkataan Pertubuhan digunakan , bagaimana pula dengan pendaftaran yang baru menggunakan perkataan Persatuan , adakah mereka layak untuk hadir mesyuarat ?


Sabtu, 15 Disember 2012

PELANGGARAN PELEMBAGAAN LAGI .....


Kita banyak melihat sekarang , pakaian ahli Silat Seni Gayong Malaysia , yang mempunyai  empat warna . Itu adalah warna yang telah didaftarkan , tetapi banyak pelanggaran dilakukan , mereka meletakkan warna itu terbalik , atas , ke bawah , bawah ke atas ... apakah sebabnya ?

Lihat  cabutan dari Buku pelembagaan :


Peraturan 29.    LAMBANG DAN KEAHLIAN

1.            Tiap-tiap ahli yang berdaftar memakai lencana atau ‘badge’ di sebelah kiri poket baju.  Contoh lencana adalah seperti contoh “A”
2.                  Ibu pejabat Pertubuhan akan mengeluarkan kad keahlian kepada tiap-tiap ahli yang berdaftar dengan bayaran yang di tentukan oleh Majlis Jawatan kuasa Agong.
3.                  Pakaian ahli semasa berlatih Silat Seni Gayong ialah baju potongan leher Bujur Sirih atau Perahu Bugis , seluar, dan tengkolok hitam, bengkong atau tali pinggang mengikut peringkat masing-masing.
4.                  Bendera atau panji-panji Pertubuhan ini berupa 4 jalur melentang, di atas sekali berwarna hitam, jalur yang kedua berwarna putih, jalur yang ketiga berwarna kuning dan bawah sekali berwarna merah.  Di antara hitam dan putih di sebelah kiri atas muka bendera bertanah warna putih ada dicap lambang seperti contoh “B”.
·                     Warna hitam tanda bayang
·                     Warna putih tanda suci
·                     Warna kuning tanda kebesaran
·                     Warna merah tanda kepahlawanan


a)         Naga                                        :           Kekuatan di laut
            Harimau                                  :           Kekuatan di darat
            Keris & Parang                        :           Alat senjata orang Melayu
            Jalur-jalur Kuning/Hitam        :           Tingkatan Pelajaran
            Peta Dunia                              :           Untuk di kembangkan  di seluruh dunia
            Bulan Bintang                         :           Sinaran cahaya / Konsep dakwah
            PSSGM                                   :           Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
            Warna Hijau                            :           Tanda kesuburan
5.               Lambang seperti contoh “B” akan dicap di atas bendera, baju pakaian ahli, kad pengenalan ahli, kertas surat menyurat, sampul surat, borang menjadi ahli dan sijil kelulusan pelajaran.
6.                  Adalah di LARANG penggunaan lambang di kalangan bukan ahli Pertubuhan .
7.                  Adalah di LARANG penyalahgunaan lambang , mengubah suai tanpa kebenaran dari Pertubuhan .
8.                  Mana mana pihak tidak boleh menggunakan nama Pertubuhan , lambang , logo , ahli ahli yang berdaftar  atau  harta benda   untuk  apa jua aktiviti , penyataan media masa , elektronik  atau berkaitan tanpa kebenaran dari Jawatan kuasa Pertubuhan .
9.                  Nama , Logo ( contoh “B” ) , bendera  dan ahli ahli yang berdaftar adalah hak milik Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang dicipta oleh Mahaguru Pertubuhan ini .
10.              Sebarang cetakan, mengedar atau jualan  lambang , logo dan bendera  atau berkaitan adalah di LARANG   tanpa   mendapat kebenaran dari Pertubuhan . Sesiapa yang melakukanya boleh didakwa ke mahkamah .  













Isnin, 10 Disember 2012

MESYUARAT AGONG PSSGM KEBNGSAAN 2013

Pada 8 Disember yang lalu telah diadakan mesyuarat AJk bagi menentukan tarikh mesyuarat AGONG PSSGM Kebangsaan . Tempoh selama 28 hari dari tarikh surat dikeluarkan  adalah pada 6 Januari 2013 .
Kini banyak daerah telah terbatal , kalau melihat dari data yang ada sebanyak 25 daerah telah terbatal . Bagaimanakah  pekara ini berlaku ?

Ada pihak yang menuduh , mengatakan  PSSGM sengaja dibatalkan oleh pihak PJS , tapi kebenarannya , banyak daerah tidak menghantar minit mesyuarat hampir 10 tahun , mereka mengadakan mesyuarat tetapi minit tidak dihantar ke pejabat Pesuruh Jaya Sukan , maka macam buah rambai masaklah ianya gugurnya ,  dibatalkan , mungkin tahap kesabaran pihak PJS telah habis .

Negeri Kedah
Daerah Tokai  Pendang
Daerah  Padang Terap
Daerah Kota Setar
Daerah Kulim
Daerah Kubang Pasu

Selangor
Daerah Petaling
Daerah Gombak
Daerah Sepang

Negeri Sembilan
Daerah Port Dickson
Daerah Jempul
Daerah Rembau

Melaka
Daerah Melaka Tengah

Johor
Daerah Segamat
Daerah Kota Tinggi

Terangganu
Daerah Marang
Daerah Kuala Terangganu
Daerah Kemaman
Daerah Dungun

Kelantan
Daerah  Kuala Krai
Daerah Tanah Merah
Daerah Kota Baharu
Daerah  Pasir Putih
Daerah Bacok
Daerah Machang

Berawas bagi negeri negeri yang ingin mengadakan mesyuarat agong dalam masa 21 hari ini , mungkin perwakilan dari Daerah yang hadir tidak sah kerana daerah mereka telah terbatal . akan menyebabkan semua kerja jadi sia sia .

Alhamdulillah , Melaka telah mengadakan AGM pada 3 Diember yang lalu dan telah pun menghantar penyata ke pusat dan PJS .

Bagi daerah yang telah terbatal selepas ini , daerah anda dikehendaki mendaftar terus ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan sahaja , kerana kita akan keluar dari Pejaba Pesuruh Jaya Sukan bermula dari tahun hadapan .


Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...