Khamis, 8 November 2012

PENDAFTARAN AHLI PSSGM



Adakah anda merupakan ahli PSSGM ?

Adakah anda layak dipanggil ahli PSSGM ?

Adakah anda layak menjadi perwakilan dalam mesyuarat mesyuarat Agong PSSGM perengkat Daerah , Negeri dan kebangsaan ?.

Sila semak kelayakan anda berdasarkan pelembagaan Pertubuhan !!!!


Peraturan 3.   AHLI PERTUBUHAN


1.                  Pertubuhan boleh menerima permohonan dari Rakyat Malaysia yang berumur kurang dari 16 tahun sebagai ahli bersekutu dan boleh mengambil bahagian dalam aktiviti Pertubuhan tetapi tidak boleh memegang jawatan dan mengundi.

2.                  Seseorang ahli Pertubuhan berhak mengundi atas tiap-tiap perkara termasuk perkara-perkara yang tersebut dibawah ini.

a)                  Membubarkan Pertubuhan
b)                  Pemindaan Peraturan Pertubuhan

3.                  Seseorang yang belum cukup 21 tahun umurnya tidak boleh menjadi Pegawai atau Pemegang Amanah Pertubuhan.

4.                  Permintaan menjadi ahli hendaklah di buat dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Pertubuhan dan menyampaikan kepada Setiausaha Pertubuhan Daerah. Setiauasaha Pertubuhan Daerah akan menyampaikan permintaan itu kepada Setiausaha Pertubuhan  Negeri yang kemudiannya menyampaikan kepada Setiausaha Agung melainkan permohonan yang mengikut Peraturan 3  No. 5 untuk diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung.  Majlis Jawatankuasa Agung boleh jika di fikirkan patut, menolak sebarang permintaan menjadi ahli dengan tidak perlu memberi alasannya.

5.                  Permintaan menjadi Ahli Terus ke Pertubuhan bolehlah diterima oleh Majlis Jawatankuasa Agung sekiranya difikirkan layak dan menolak permintaan itu tanpa memberi sebarang sebab.

6.                  Apabila permintaan seseorang itu telah diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Agung, dan yuran tahunannya yang pertama telah didaftarkan dalam BUKU DAFTAR AHLI sebagai seorang ahli dan diberi senaskah BUKU PERATURAN PERTUBUHAN dengan bayaran yang berpatutan. 

7.                  Ahli Seumur Hidup

a)           Permintaan menjadi ahli seumur hidup boleh ditimbangkan. 

b)          Syarat umur untuk menjadi Ahli Seumur hidup adalah 18 tahun keatas .

c)          Sekiranya ia melanggar Peraturan dan Perlembagaan dan Adat Istiadat   Pertubuhan maka Majlis Jawatankuasa Agung boleh mengantung pelibatanya setelah diminta beri notis tunjuk sebab dalam masa 3 bulan.

c)       Mana mana ahli yang gagal menjelaskan kedudukan serta tunjuk sebab juga digantung hank nya sebagai ahli dan Pegawai Pertubuhan.

d)        Segala pecat-memecat ini hendaklah dibawa ke Persidangan Agung Perwakilan untuk pengesahan.

  
8.                  Ahli Gabungan

a)        Permintaan menjadi ahli dari Persatuan / Kelab Silat Seni gayong  Malaysia dari Pusat Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Malaysia boleh diterima setelah mendapat kelulusan.

b)         Ahli Ahli dari Persatuan / Kelab Silat Seni Gayong Malaysia di Sekolah Sekolah boleh diterima setelah mendapat kelulusan.

c)          Permohonan mana mana Persatuan / Kelab Silat Seni Gayong di luar Malaysia boleh dipertimbangkan .

d)         Permohonan menjadi ahli gabungan dari luar Malaysia  sebagai Ahli Terus Gabungan boleh dipertimbangkan .


Peraturan 4.   YURAN DAN HUTANG


1.                  Yuran Pertubuhan adalah seperti berikut:-

a)                  Yuran Masuk sebanyak RM 5.00
b)                  Yuran Tahunan sebanyak RM 5.00
c)                  Yuran Ahli Seumur Hidup sebanyak RM 100.00
d)                 Yuran Ahli terus Gabungan sebanyak RM 100.00

Sebarang kenaikan yuran hendaklah diputuskan dengan undi sulit menurut Peraturan 18.

2.                  Yuran tahunan hendaklah dijelaskan tidak lewat dari 31 Mac pada tiap-tiap tahun.

3.                  Seseorang ahli yang terhutang yurannya selama  dua (2 ) tahun berturut turut akan tergantung haknya sebagai Ahli pertubuhan , namanya akan kekal dalam BUKU PENDAFTARAN AHLI sebagai ahli yang berhutang .

4.                  Seseorang yang tergantung hak keahlianya kerana terhutang yuran boleh meneruskan dengan melunaskan hutang piutangnya .

5.                  Majlis Jawatankuasa Agong  berkuasa menetapkan yuran yang kurang atau melepaskan buat sementara bayaran yuran jika ada ahli-ahli yang terhenti kerja, sakit atau ditimpa kesusahan.


Peraturan 5.   BERHENTI MENJADI AHLI


1.                  Ahli-ahli yang hendak berhenti dari Pertubuhan hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya satu (1) minggu terlebih dahulu secara bersurat kepada Setiausaha Daerah dan hendaklah menjelaskan segala yuran dan   hutangnya.

2.         Selesai segala hutang tertunggak maka Setiausaha akan merujuk kepada Bahagian Negeri dan Ibu Pejabat untuk pengesahan  berhenti.

3.         Gagal berbuat demikian maka Pertubuhan boleh menghalangnya dari terlibat setiap aktiviti melibatkan silat. Apabila disahkan maka selama setahun (1) dari tarikh notisnya berhenti dilarang aktif dengan mana mana persatuan silat  kecuali mendapat keizinan dari pihak Pertubuhan.

4.         Setiap ahli yang disahkan berhenti atau diberhentikan atau mana mana ahli yang hilang haknya, dilarang dan tidak berhak sama sekali :

a)      mengadakan apa jua aktiviti , pernyataan media massa, eletronik  atau apa apa kenyataan yang boleh menjejaskan kredibility Silat Seni Gayong Malaysia.

b)      Menggunakan lambang, logo, lencana, bendera atau apa apa perkara yan boleh menjejaskan kredibiliti Silat Seni Gayong Malaysia adalah dilarang sama sekali.


Peraturan 6.   HAK AHLI


1.                  Sekalian ahli Pertubuhan menpunyai hak yang sama di dalam  Pertubuhan ini kecuali beberapa perkara tertentu yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini.


Peraturan 7.   KEWAJIPAN AHLI


1.                  Adalah menjadi kewajipan ahli-ahli bagi menjelaskan yurannya dengan tetap dan mendapatkan resit apabila membuat pembayaran.  Membayar yuran dengan menepati masanya adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli dan bukanlah tanggungjawab Pegawai-pegawai Pertubuhan.

2.                  Kesahihan keahlian adalah berdasarkan kepada pembayaran yuran tahunan semasa.

3.                  Adalah menjadi kewajipan ahli-ahli memberitahu Setiausaha Daerah atau Negeri atau Kebangsaan mengikut status keahliannya (biasa, ahli terus atau ahli seumur hidup) dengan segera apabila berpindah atau bertukar tempat tinggal.

4.                  Seseorang ahli yang menghadiri mesyuarat Pertubuhan atau menggunakan rumah Pertubuhan hendaklah berkelakuan baik.  Jika tidak, ia akan disuruh keluar oleh seseorang Pegawai Pertubuhan yang bertanggungjawab.

5.                  Ahli dilarang membuat pernyataan bertulis, terbuka ditempat awam, dimedia massa atau letronik kecuali mendapat keizinan dari pihak Pertubuhan atau sedia ada peruntukan dibidang kuasa tertentu masing masing.

6.                  Ahli ahli dikehendaki bertanggung jawab menghormati ketika menggunakan semua logo, lambang, lencana, bendera atau apa juga yang melibatkan  maruah dan kredibiliti Silat Seni Gayong Malaysia.

7.                  Adalah menjadi kewajipan ahli  untuk memaklumkan pentadbiran setempat jika ada aktiviti dari luar kawasan.
           
8.                  Cetakan, jualan yang mempunyai Logo , Lambang atau Bendera adalah dilarang tanpa keizinan dari pihak Pertubuhan atau bidang kuasa tertentu.

Tiada ulasan:

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...