Selasa, 14 Jun 2011

SENARAI GURULATIH DAN PEMBANTU GURULATIH PSSGM MELAKA 2011

SENARAI NAMA DAN ALAMAT
 GURULATIH DAN PEMBANTU GURULATIH
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA  BAHAGIAN NEGERI MELAKA 2011
 

1 Ismail Bin Hj Jantan ( YDP )
        Km 37 Kampung Solok Limau Nipis , 78100 Lubok China Melaka .
        06- 3851139 / 019-6868123
        PEMANTAU  KESELURUHAN / Solok Limau Nipis
 
2 Muhamad Bin Husin( Tim. YDP )
        29-1 Hujung Rumah Awam  Taman Seri Kandang , Kandang Melaka
        0176270497
        Gel :  Kampung Gangsa ,
                 Bt 4 , Kg Bt Berendam  

3 Muhamad Bin Bujal
        Bt 18 , Kampung Lendu dalam 78000 Alor Gajah Melaka 013-6513094 ·1
       Gel :  Kg Lendu
 
4 Mariam Bte Bujang ( Setiausaha)
No 2338  , Rumah Kakitangan Perhutanan Pekan Masjid Tanah , 78300 Masjid Tanah , Melaka 06-3851811 / 012-6877091
        Gel  ;    Universiti Teknikal  Kebangsaan Malaysia
                    Kolej  Universiti Teknologi Islam Melaka ,
                    Kolej Risda
                    SMK Sultan Muhamad
                    MRSM Alor Gajah
 
5 Nordin Bin Dengker
        Kampung Bukit Darat , 76400 Tanjung Keling Melaka 012-9754976
        Gel :    Madrasah Al Rahim , Kg Pinang A
                   Taman Paya Emas
                   Taman Bukit Rambai Jaya
                   10 Breged Para , kem Terendak.
 
6 Hairulnizam Bin Johar
        Batu 22 1/4  , Kampung Londang , 78300 Masjid Tanah , Melaka
       016-2321917
        Gel :   Masjid Tanah ,
                  Politeknik Kota Melaka
                  Gel Tok Pandak , Sg Rambai .
 
7 Rizal Bin Husin
        Batu 10 Kampung Pantai Kundur ,76400 Tanjung Kling, Melaka
        013-2162981
        Gel :  Universiti Malaya
                 Gel Panglima Kundur , Pantai Kundur
 
8 Mohd Zamir bin Hj Sharif
        Km 13 Paya Rumput Jaya , 76300 Sg Udang ,Melaka
        013-3038087 / 06-3515129
Gel :   Universiti  Multimedia
                  SBPI  Intigrasi Selandar .
                  MRSM Tun Ghafar Baba
                  SMK Iskandar Shah
 
9 Norharizam Bin Mohd Zin
KM 27 , KAMPUNG PAYA RUMPUT ,78300 MASJID TANAH  ,
       MELAKA 017-6852025
 
10 Muhammad Asyaari Bin  Ismail
        Bt 23 Kampung Solok Limau Nipis , 78100 Lubok China , Melaka
        017-3535980 / 013-6360149
Gel :  Solok Limau Nipis / SMK Rahmat 

12 Zuraini Binti Husin
     C 8679 Bt 8 ½ Kg Gelam , Tg Kling Melaka
     0193461631
Gel :  SMK Seri Tanjung
                 SMK Sungai Udang
                 Taska Sinar Insan , Taman Mas Merah Jaya.
 
13 Muhd Zulhisyam Bin Mohd Azam
        Lot 1550 , Km 8 , Lorong 1 , 75250 Bukit Rambai , Melaka
       017-2333757 /06-3153887 Gel : SMK Tinggi Melaka  

14 Hafiz Zakwan
    Bukit Beruang , Melaka 013-2547297
        Gel : Taman Seri duyong Farsa 2
 
15 Dodi hendrico Al Manar Bin Alimar
     Taman Melaka Perdana ,Seri Pengkalan , Alor Gajah
        012-6971973
         Gel : Taman Seri Pengkalan
 
16 Siti Salwa bInti Ismail
    SU 1415 JLN MTR9 , TAMAN MASJID TANAH RIA ,
        78300 MASJID TANAH ,
        0136376764 Gel :  Masjid Tanah
 
17 Ali Hanafiah Bin Ismail
    Bt 23 Kampung Solok Limau Nipis , 78100 Lubok China , Melaka
 
18 Jaafar Bin Mamat
    4165-C,BUKIT PIATU,75150 MELAKA.
        Gel : Kg Gangsa
 
19 Hashim Bin Md Shah
     SOLOK SEPAM , KG LENDU  DALAM , 78000 ALOR GAJAH ,
        MELAKA .
 
20 Abdul Ghafar Bin Rafil Ahmad
        No 99. Tmn Seri Lendu , 78000 Alor Gajah , Melaka
     06-5565731
 
21 Mohd Shahqereen Bin Mohd Yatim
        Kg Lubok Redan , masjid Tanah , Melaka
        017-6679685
 
22.   Mohd Shahiran Bin Mohd Yunus
       Bukit Katil , Melaka
        Gel : Bukit Katil


Salam Bahagia :

Bagi yang ingin membuka gelanggang dalam Negeri Melaka bolehlah hubungai gurulatih yang berhampiran dengan tempat anda , kamudian mesej kan kepada saya untuk tindakan lanjut .

Selasa, 10 Mei 2011

KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS GURULATIAH PSSGM MELAKA

Pada 7 Mei 2011 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Majlis Gurulatih PSSGM Melaka , antara lain keputusan yang telah dibuat :
1. Tiada  mana mana pihak atau orang perorangan boleh menggunakan nama Pertubuhan ini tanpa kebenaran mengikut pelembagaan pertubuhan Peraturan 29 no 6 hingga 10. Gagal berbuat demikian , tindakan berlandaskan undang undang akan diambil .
2. Semua gurulatih yang bertugas adalah tertakluk kepada peraturan Buku Kecil Majlis Gurulatih  Bab VII .
3. Tiada  sesiapa boleh mengajar di Negeri Melaka menggunakan nama Pertubuhan ini tanpa permohonan atau kebenaran bertulis dari PSSGM Negeri Melaka .Sebarang permohonan hendaklah melalui setiausaha Majlis Gurulatih  Negeri .
4. Bagi penyelarasan dan pengurusan Pertubuhan , hanya Setiausaha PSSGM Negeri yang akan berurusan dengan Ibu pejabat  bagi urusan pendaftaran keahlian /  pendaftaran ujian dan  permohonan sijil sijil .
5. Tiada mana mana pihak boleh menggunakan kuasa , nama  dan kenalan untuk berurusan dengan ibu pejabat tanpa maklum kepada Setiausaha Negeri atau YDP Negeri .
6. Majlis Gurulatih Negeri  Melaka  bersedia menerima permohonan dari mana mana gurulatih luar untuk mengajar asalkan mematuhi peraturan Majlis Gurulatih yang sedia ada .
7. Gurulatih yang mengajar diluar negara hendaklah mendaftarkan namanya ke ibu pejabat dan yang mengajar di dalam negeri hendaklah berdaftar dan berurusan Majlis Gurulatih Negeri  berkenaan .
8. Mana mana gurulatih yang  tidak mematuhi peraturan dan ketetapan ini , adalah dilarang untuk mengajar pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia dalam Negeri Melaka .
9. Bagi gelangggang yang diajar oleh bukan ahli Jawatankuasa Majlis Gurulatih Negeri , gelanggang tersebut hendaklah di pantau oleh Setiausaha Majlis Gurulatih - En Hairulnizam Bin Johar .

Ini adalah bertujuan untuk memastikan nama Pertubuhan dan maruah Pertubuhan akan terus terpelihara .
Ianya juga bertujuan untuk mengelakan sesiapa juga menggunakan nama Pertubuhan tetapi bukan ahli dan  bukan gurulatih bertauliah .
Ianya juga bertujuan untuk menjaga kepentingan Gurulatih PSSGM Melaka supaya menjalankan tugas dengan tenang dan bertanggungjawab .

Walau bagaimana  pun :
Sekiranya Gurulatih yang berdaftar dalam Negeri Melaka tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sempurna , mereka akan digantung bertugas sehingga semua masalah selesai .
Antar tanggunjawab Gurulatih yang sedia ada :
1. Gurulatih harus berdaftar dan mempunyai sijil kegurulatihan .
2. Keahlian gelanggang hendaklah berdaftar
3. Ahli hendaklah menjalani Majlis penerimaan murid sebelum diberikan " Buah Kunci Mati ".
4.Sijil Gelanggang haruslah dipohon kepada setiausaha Negeri terlebih dahulu .
5. Sebarang permohonan Ujian peningkatan hendaklah  melalui Majlis Gurulatih Negeri Melaka .
6.Sebarang penyampaian Bengkong kepada ahli hendaklah didaftarkan dahulu ke Bahagian negeri seterusnya ke Ibu Pejabat .

Sekian harap maklum .

Jumaat, 6 Mei 2011

LATIHAN DAN PENDAFTARAN GELANGGANG

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa , beberapa Gelanggang di Negeri Melaka tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti sehingga diberitahu kerana beberapa sebab :

1. Pendaftaran ahli masih tidak jelas setelah tiga bulan menjalankan aktiviti .
2. Keahlian gelanggang tidak mencukupi 20 orang melebihi enam bulan .
3. Gurulatih yang tidak diiktiraf , tiada pendaftaran kegurulatihan , tiada sijil , tidak mengikut peraturan pelembagaan Buku Kecil Majlis Gurulatih Bab VII  - kelulusan pejabat Pesuruhjaya Sukan .
4. Gurulatih tidak berdaftar dengan Majlis Gurulatih Negeri Melaka .
5.Sijil Gelanggang yang telah mati .( tiada sijil gelanggang )

perhatian kepada gelanggang :  Paya Rumput , Gelanggang Durian Daun , Gel  Kg Lendu ,  Gel Sungai Petai ( Baru ) , SMK  Selandar , SMK Iskandar Shah , SMK Sultan Alauddin .

Pihak IPK Melaka harap dapat mengambil perhatian dalam hal ini .

Isnin, 2 Mei 2011

Lapuran Gelanggang PSSGM Sekolah yang ada dalam Negeri Melaka

Makluman :
4/5/2011 : Kena  edit  sedikit dr semalam , kerana beberapa pihak tak setuju dengan lapuran keahlian :

1. Sekolah Menengah kebangsaan Rahmat -  latihan setiap sabtu pagi - Jurulatih Mohd Shahqereen Mohd Yatim .
2. Sekolah menengah keb. Sultan Alauddin - Nak buka tapi lum jalan aktiviti lagi
3. Sekolah Men. keb Sungai Udang - Aktif  latihan setiap khamis petang , Jurulatih - Zuraini Husin .
4. Sekolah Menegah keb Tun Hj Abdul Malik -  latihan setiap hari rabu petang , Jurulatih Hafiz Zakwan.
5. Sekolah Menengah Tinggi Melaka - latihan setiap isnin petang , Jurulatih Mohd Zulhisyam .
6. Sekolah Menengah keb Sultan Muhd -   , latihan setiap selasa petang , Jurulatih - Pn Mariam.
7. Sekolah menengah Iskandar shah - tak tahu apa apa perkembangan hingga hari ini .
8. Sekolah Menengah keb Selandar -  latihan setiap Jumaat , Jurulatih Mohd Zamir .
9. SBPI - Selandar -  hari latihan tiada makluman , Jurulatih Mohd Zamir .
10. MRSM Tun Ghafar Baba -  latihan setiap khamis petang , Jurulatih Mohd Zamir .
11. MRSM Alor Gajah -  latihan setiap khamis petang , Jurulatih - Pn Mariam

Jika anda mempunyai gelanggang sila pastikan ; Ada sijil Gelanggang  , Ada pendaftaran  ahli  ke ibu pejabat , Menjalani majlis Penerimaan murid  yang ditetapkan oleh Mahaguru PSSGM , Susunan pelajaran yang terancang ,  semestinya  Gurulatih yang mengajar adalah merupakan Gurulatih yang diiktiraf  oleh badan induk pertubuhan  , mempunyai sijil gurulatih  serta tidak mengajar dinegeri orang tanpa kebenaran dari Majlis Gurulatih Negeri  yang berkenaan . Ini adalah berdasarkan pelembagaan  PSSGM .

Selasa, 19 April 2011

MESYUARAT PESAKA MELAKA

Semalam saya menghadiri mesyuarat Agong PESAKA Melaka , saya berasa sungguh sedih sekali , mejoriti ahli silat silat tu semua tak faham mesyuarat agong , rasa rasa mesyuarat UMNO kampung lagi baik dari Mesyuarat PESAKA Melaka semalam .
Adakah patut , mesyuarat Agong panggil menggunakan SMS aja , lepas tu , tempat tak ditulis dalam notis yang dibuat . Senarai Persatuan yang hadir  mesyuarat juga di ragui : Silat Gayong Malaysia , Silat Cekak Malaysia , Sikume , Pukulan Melaka , ,Ehsa , Gayong Purba ,  , Siligi Putra entah apa lagi dua adakah silat silat ni masih sah ....Bakawali , Gayong Pasak ?
Lagi yang sakit hati , bila Cekak Malaysia minta pelembagan , YDP pun tak ada salinan , macamana entah , memang  lebih teruk dari mesyuarat orang kampung , leh kata mesyuarat orang asli , pun mungkin lagi baik .
Bila masa pencalunan Jawatan kuasa , boleh cerita cerita lagi , aku macam ni , engkau macam ni ...
Terasa sungguh rugi  saya hadir mesyuarat semalam , mengantuk , buang masa , buang duit dan macam macam buang ...
Rasa rasa kalau PESAKA tak berubah , malas nak  pergi lagi pada tahun tahun hadapan , tanpa PESAKA Gayong Melaka boleh jalan sendiri , buat aktiviti sendiri ,cari duit sendiri , buat pertandingan sendiri ...
Sungguh membosankan , dan ini akan memalukan Presiden PESAKA yang ada sekaang YAB Ketua Menteri Melaka .

Ahad, 17 April 2011

PERKHEMAHAN DAN PERHIMPUNAN PERDANA 2011 PSSGM MELAKA





Alhamdullilah , program ini telah berjalan dengan jayanya di Dua tempat yang berbeza . Perkhemahan diadakan di Hutan Simpan Sungai Udang , sementara majlis Penutup diadakan di Pusat latihan Rela Zon Selatan .
 Kami Gayong Melaka tak kesah , siapa nak datang , dan siapa tak nak datang dalam program ini , Namun kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat melapangkan masa untuk hadir dan terima kasih juga yang tidak mahu datang , terima kasih juga kepada yang rasa tak sempat datang dan terima kasih juga kepada yang tak mampu untuk datang .
Walau bagaimana pun program ini telah berjalan dengan kehadiran peserta seramai 449 orang ahli tidak termasuk dengan kehadiran ibui bapa  serta yang lain lain .
Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana yang menjayakan program ini , mudah muidahan pada tahun  hadapan kita akan dapat mengadakan aktivti ini dengan lebih meriah ....
Syukur .


Sabtu, 9 April 2011

Laman Web PSSGM Melaka


Ini adalah cabutan Laman Web PSSGM Melaka yang dulu.



SEKAPUR SIRIH

Seni Silat adalah satu seni yang terhasil daripada budi dan budaya bangsa yang bertujuan untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan bersama. Ia adalah budaya dan peradaban bangsa Melayu.
Pada zaman ini dasar aktivis silat adalah memerangi semua anasir buruk. Islam sebagai inspirasi. Membangkitkan kesedaran bahawa silat adalah warisan dari leluhur bangsa Melayu yang kurang diminati oleh anak bangsanya sendiri. Ini mungkin disebabkan tiada kesedaran dan kurang galakan daripada pelbagai pihak.
Silat tidak lagi menjadi unsur utama mempertahan negara. Kita berada dalam dunia berteknologi canggih yang menuntut pelaksanaan tugas dalam bentuk yang berbeza. Namun itu tidak bermakna segala warisan bangsa terus pupus tanpa dipelihara. Ertinya dalam senario peradaban hari ini, hanya orang Melayu yang memartabatkan bangsa dan budayanya sendiri sebagai pewaris yang sah.
Telah pun menjadi hasrat kerajaan dalam menyediakan program untuk belia dan generasi muda supaya mempunyai nilai moral yang tinggi dan dalam mengisi masa yang terluang. Antaranya melalui Program Rakan Muda - Wajadiri yang telah dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 29 Oktober 1994 yang akan berperanan terus sebagai pemangkin Gerakan Pembangunan Belia Cergas dan Bermakna.
Dari itu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, sebuah badan silat terbesar dan tertua di negara ini, memperkemaskan langkahnya dalam memainkan peranan yang lebih aktif.

DATO' ISMAIL BIN JANTAN, DMHL
Yang Dipertua/Gurulatih Tertinggi,
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia,
Bahagian Negeri Melaka.

SENARAI PENGERUSI DAN AJK
PSSGM NEGERI MELAKA 2000/2002

PENAUNG : YB. DATUK IBRAHIM BIN DURUM
PENGERUSI: DATO' ISMAIL BIN HJ.JANTAN
NAIB PENGERUSI I: MD SHAARI BIN TAHIR
NAIB PENGERUSI II:MOHAMAD BIN HUSIN
SETIAUSAHA : PN. MARIAM BTE BUJANG
BENDAHARI : UST. MOHD RIZALMAN BIN SYED
AHLI JAWATANKUASA:
  1. UST. MOHD AMIN BIN NORDIN
  2. HAIROL NIZAM BIN JOHAR
  3. NAN BIN OSNEE
  4. JAAFAR BIN MAMAT
  5. NAWAWI BIN MUSTAFA
  6. HASHIM BIN MD SHAH
  7. NORDIN BIN DENGKER

PEMERIKSA KIRA-KIRA :
  1. ANUAR BIN SABTU
  2. ALI SAIFULIZAN BIN ISMAIL

PENGERUSI GELANGGANG AWAM :
  1. Gelanggang Kampung Gangsa (Yusuf Bin Jaalam)
  2. Gelanggang Kuala Sungai Baru (Atan Bin Mohamad)
  3. Gelanggang Kampung Lendu (Mohamad Bin Bujal)
  4. Gelanggang Taman Sri Kandang (Mohamad Bin Husin)
  5. Gelanggang Paya Lebar (Ramli Bin Abu Bakar)
  6. Gelanggang Masjid Tanah (Mohd Amin Bin Nordin)
  7. Gelanggang Bukit Darat(Mustafa Bin Maarof)
  8. Gelanggang Serkam Darat(Raffe Bin Madon)

SEJARAH 1
(RINGKAS)
Datuk Daeng Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mat Hashim adalah Mahaguru (Pengasas) Silat Seni Gayong. Berdasarkan daripada latar belakang keturunan beliau adalah cicit kepada hulubalang Bugis yang terkenal iaitu Daeng Kuning atau terkenal dengan gelaran Panglima Hitam. Daeng Kuning adalah titisan zuriat daripada Daeng Marewa. Silat yang dipusakai dari keturunannya dituntut dari datuk sebelah ibunya yang bernama Sheikh Syed Zainal bin Sheikh Syed Idris Al-Attas juga dikenali sebagai Tok Janai, seorang hulubalang Pahang dan dalang dalam menentang penjajahan British bersama-sama dengan Tok Gajah dan Mat Kilau.
ANAK RAJA BUGIS
  1. Daeng Celak
  2. Daeng Marewa
  3. Daeng Kemboja
  4. Daeng Pelangi
  5. Daeng Menambun
Daeng Kuning (Panglima Hitam) salah seorang daripada tujuh adik-beradik anak Raja Bugis yang mencari penempatan baru. Mereka bertujuh telah mendarat di Tanah Melayu setelah merantau di serata gugusan kepulauan Melayu bagi mencari tempat yang dirasakan sesuai. Tempat pendaratan mereka tersebut dikenal sebagai Pengkalan Aur ketika itu yang kini diberi nama Air Kuning, Taiping, Perak Darul Ridhuan. Daeng Kuning terus menetap manakala yang lain meneruskan pelayarannya. Daeng Kuning telah mangkat di Taiping pada 17 Ogos 1875. Daeng Uda Mat Hashim cucunya telah memperolehi 2 orang anak lelaki iaitu Meor Abdul Aziz dan Meor Abdul Rahman.
MEOR ABDUL RAHMAN dilahirkan di Taiping pada 17 Ogos 1915. Ilmu persilatannya telah dituntut ketika beliau berumur 12 tahun dari datuknya Sheikh Syed Zainal Al-Attas. Setelah dikhatamkan Meor Abdul Rahman mula dikenali ramai. Ketika berumur 19 tahun beliau telah menunjukkan kebolehannya di hadapan DYMM Baginda Sultan Alang Iskandar - Perak, baginda telah berkenan memberi gelaran "Panglima Sendo Perak" (The Invincible Warrior of Perak). Beliau telah menetap di istana atas kehendak baginda sehingga baginda mangkat pada tahun 1938.
2. Pada penghujung tahun 1938 Allahyarham Meor Abdul Rahman telah berhijrah ke Singapura dan beliau adalah anak Melayu yang pertama menjadi jurulatih seni mempertahan diri (Combat Instructor) di Kem Signal Corp, Guillman Barrack, Ayer Rajah Rd (Unit Semboyan) di bawah pentadbiran Lt. Colonel Pope. Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1942 beliau telah berpindah ke Pulau Sudong sebagai intelligent contact dan berjaya menyelamatkan penduduk di pulau itu dengan kemampuan yang ada. Seterusnya beliau menetap di sana sehingga Jepun kalah perang pada tahun 1945.
Pada tahun 1947 atas jasa beliau dalam usaha menentang pendudukan Jepun, beliau telah dianugerahkan pingat ‘King George VI’ oleh Kerajaan British. Semasa itu beliau telah pun bertugas sebagai polis di Jabatan Siasatan Jenayah (C.I.D).
Bermula dari 1948 Silat Seni Gayong telah pun sampai ke tanah besar Singapura. Dengan usaha gigih, beliau telah mengembangkannya pula ke seluruh pelosok Tanah Melayu. Setelah bersara dari perkhidmatan polis pada 3 Disember 1960, beliau telah menubuhkan Silat Gayong School di Woodlands,Singapura yang dianggap sebagai pusat latihan Silat Seni Gayong pada masa itu.

Pengalaman Dato' Meor dalam mendedahkan ilmu ini secara terbuka bertitik mula dari Pulau Sudong, Singapura (agg.15KM) pada 17 Februari 1942 apabila tersebar berita mengatakan bahawa tentera Jepun akan mengganggu penduduk pulau itu. Setelah diadakan sesi perbincangan maka bermulalah buat pertama kali majlis yang dinamakan Perlimau Tapak Gelanggang dengan dimulai oleh 7 orang pemuda diketuai oleh Penghulu pulau tersebut En. Naning bin Ahmad. Setelah mereka terselamat dari bencana gangguan tentera Jepun maka kesemua penduduk pulau tersebut diperlimaukan dan diterima menjadi murid Silat Seni Gayong.
Selepas Perang Dunia II, Silat Seni Gayong telah merebak ke seluruh pelosok Tanah Melayu dan Kepulauan Riau, Indonesia.

PERKEMBANGAN DI TANAH MELAYU
Atas usaha Dato' Meor dan kegigihan para khalifahnya, ilmu ini telah mula merebak ke Negeri Johor dengan penubuhan gelanggang silat. Identitinya bertambah teguh dan dikenali ramai setelah mendapat undangan persembahan secara besar-besaran di Kelab Sukan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah oleh YM Tengku Kasim (kekanda Tunku Abdul Rahman Putra) pada tahun 1958. Atas undangan En. Yaaman satu persembahan besar-besaran telah diadakan di Bukit Lintang,Melaka pada tahun 1959. Seterusnya rombongan itu telah singgah di Pulau Besar. Di sinilah bermulanya susunan Lembaga Adat kali pertama dengan pelantikan Orang 4, Orang 8, Orang 16 dan Orang 32.
Penglibatan Dato' Onn bin Jaafar Pengasas UMNO telah menyemarakkan lagi perkembangan Silat Seni Gayong di seluruh tanah air. Beliau telah berjasa dalam menyusun buku perlembagaan. Pada 22 Oktober 1963 aktiviti Silat Seni Gayong telah didaftarkan secara rasmi sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Inilah persatuan silat yang pertama didaftarkan di Malaysia dengan nombor pendaftaran 361 di Johor. Dengan Dato' Onn sendiri sebagai Setiausaha Agung pertama. Berikutan dari itu tanpa apa-apa halangan perkembangan Silat Seni Gayong tersebar dengan meluas dan diterima kehadirannya pada Jabatan Polis dan Tentera. Tanpa mengira lapisan masyarakat dari Sultan, Menteri, orang-orang kenamaan dan rakyat biasa.
Pada tahun 1966 Dato' Meor Abdul Rahman telah pulang menetap di kampung asalnya iaitu No. 71, Kg. Air Kuning, 34000 Taiping, Perak dan menjadikan tempat itu sebagai PUSAT LATIHAN TERTINGGI, SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DAN SERANTAU.
Pada tahun 1971 Mahaguru telah diperkenankan dan dianugerahkan darjah kebesaran Dato' Paduka Cura Simanjakini ( D.P.C.M) yang membawa gelaran Dato'. Beliau telah meninggal dunia pada 23 Jun 1991 dan dikebumikan di perkarangan Masjid Lama Taiping.

SEJARAH 2
(RINGKAS)

PERKEMBANGAN DIMELAKA
Pada tahun 1958 Gelanggang Padang Temu ditubuhkan. Pada tahun 1959 atas undangan En. Yaaman, Dato' Meor dan rombongannya dari Lorong Fatimah, Singapura telah mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Bukit Lintang, Melaka. Rombongan ini telah singgah di Pulau Besar. Pada tahun inilah sejarah Lembaga Adat ditubuhkan.
Pada tahun 1964 gelanggang Kg. Padang Temu didaftarkan. Inilah cawangan Silat Seni Gayong yang pertama didaftarkan di dalam Negeri Melaka. Beralamat Bt. 2½, Kg. Padang Temu, Banda Hilir, Melaka dengan nombor pendaftarannya PPP/MEL-1/62-C1. Dipimpin oleh En. Baharudin bin Omar.
Di bawah kepimpinan Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj, O.K.S.R.M.,D.U.S.M., (Dato’ Undang Naning) Silat Seni Gayong telah aktif semula pada awal 70-an dengan penubuhan beberapa cawangan seperti Machap, Hutan Percha dan Tabuh Naning. Dalam keadaan jurulatih yang terhad, terdiri daripada Cik Bibah binti Ismail dan bapanya sahaja sebagai tenaga pengajar. Pada 1 Disember 1976, Gurulatih En. Ismail bin Jantan telah mengambil alih tugas tugas mengajar. Usaha ini gagal setelah jurulatih meletak jawatan 1½ tahun kemudian.

Pada tahun 1984 gelanggang Kg. Lendu ditubuhkan , diikuti dengan pendaftaran Cawangan Kg. Lubok Redan didaftarkan dan menjadi sebagai penaja PSSGM Negeri Melaka. Pada tahun yang sama Kampung Gangsa dan Kampung Baru , Kuala Sungai Baru didaftarkan diikuti dengan Cawangan Kampung Lendu, Cawangan Kampung Rantau Panjang dan Cawangan Taman Seri Kandang.
Ahli dan pentadbir silih berganti, usaha memartabatkan silat tetap diteruskan juga. Pada hari ini Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia - Bahagian Negeri Melaka dengan kepimpinan sekarang mempunyai 37 buah gelanggang termasuk IPT dan Jabatan Pendidikan.
Hari ini Silat Seni Gayong diiktiraf sebagai badan sukan. PSSGM - Melaka terlibat dengan perkembangan ini dan didaftarkan di bawah pendaftaran Akta Pembangunan Sukan 0669/99.
(Illustrasi terperinci disampaikan di dalam Kursus Gurulatih)
Masihku ingat:
Pesanan daripada Allahyarham Dato' Mahaguru semasa hayatnya: Lokasi : Mesyuarat Majlis Guru-Gurulatih PSSGM-Malaysia di Taiping,Perak - 1988.
"Di Malaysia hanya ini yang Datuk iktiraf." (sambil berdiri dan menuding jarinya diatas meja mesyuarat).
(Bermaksud: Beliau hanya mengiktiraf Silat Seni Gayong Malaysia tajaan beliau sendiri, bukan mana-mana Silat Gayong serpihan).

MAJLIS GURU-GURULATIH
PSSGM - MELAKA

Gurulatih Tertinggi : Dato' Ismail bin Hj Jantan (HPCS - 6) (Pengerusi MGG)
Gurulatih Kanan :
  1. Mohamad bin Husin (HPCS - 4)
  2. Mohamad bin Md Nor (HPCS - 4)
Gurulatih :
  1. Mohamad bin Bujal (HPCS - 3)
  2. Hashim bin Md Shah (HPCS - 2)
  3. Abd Ghafar bin Rafil Ahmad (HPCS - 1)
  4. Hairolnizam bin Johar (Kuning II)
  5. Nordin bin Dengker (Kuning II)

Senarai Jurulatih Negeri Melaka - 2000
  1. Mohd Rizalman bin Syed - Kuning I
  2. Ali Saifullizan bin Ismail - Kuning
  3. Muhammad Redzuan bin Ismail - Kuning
  4. Zubir bin Said - Merah III
  5. Nan bin Osnee - Merah III
  6. Khalid bin Abu Bakar - Merah III
  7. Rizal bin Hussin - Kuning
  8. Zuraini bte Hussin - Merah III
  9. Mohd Fadly bin Ismail - Kuning
  10. Zulkeffly bin Md Yasin - Merah III
  11. Dodi bin Alimar - Merah III

MAJLIS LEMBAGA ADAT
PSSGM - MELAKA

IMAM KHALIFAH : Dato' Mohd Shah bin Said, OKSRM, DUSM
TIM. IMAM KHALIFAH :Dato' Ismail bin Hj Jantan, DMHL
KHALIFAH BESAR : Mohamad bin Husin
WARIS BERADAT : Hj. Mohamad bin Mad Nor

SEJARAH 3
BIODATA
Yang Dipertua/Gurulatih Tertinggi PSSGM-Melaka
Dato' Ismail bin Hj Jantan, DMHL.
NAMA PENUH : Ismail bin Jantan
GELARAN : Dato' Maulana Hakim Luak (DMHL.)
Wilayah Undang Naning, Melaka
NO. KAD PENGENALAN : 520603-04-5291
KELULUSAN AKADEMIK : Mechanical Engineering - Singapura
PEKERJAAN SEKARANG : Usahawan Kecil
PEKERJAAN TERAKHIR : Pengurus Pengeluaran
KELUARGA : Beristeri dan 10 orang anak
( 8 anak sendiri dan 2 anak jagaan)

Beliau dilahirkan pada 3 Jun 1952 di Kampung Solok Limau Nipis, 78200 Lubok China, Melaka. Kemudiannya beliau dibesarkan di Singapura kerana mengikuti bapanya yang merupakan seorang anggota tentera (British R.A.S.C) di Pulau Berani. Kemudian berpindah pula ke Ayer Rajah pada tahun 1958 apabila bapanya bekerja dengan Syarikat Caltex (S) Pte Ltd.
Menerima pendidikan awal di Sekolah Umum Ramuan China Kechil, Lubok China, Melaka. Kemudiannya berpindah ke Singapura ketika beliau menduduki darjah 2 belajar di Sekolah Melayu Pasir Panjang, Singapura. Menduduki peperiksaan MCE pada tahun 1968. Kemudian menuntut di Singapore Technical Institute (Annex to Singapore Polytechnic) dalam jurusan Mechanical Engineering dan mula bekerja di Texas Instruments (S) Ltd. hingga tahun 1974 kerana pulang ke Melaka bekerja di Siemens Advance Technology pada tahun 1975.
Pada penghujung tahun 1962, beliau mula berjinak-jinak dengan gelanggang Silat Seni Gayong. Jurulatih beliau yang pertama ialah Cikgu Alias bin Mohd Ali yang berasal dari Kg Ayer Kuning, Taiping, Perak (kemanakan allahyarham Dato' Mahaguru). Diikuti oleh Cikgu Nordin bin Abd. Rahman (berasal dari Perlis Indera Kayangan). Mereka semua adalah staf tentera British.
Perlimau Tapak dan Seni di Silat Gayong School, Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura. Beliau berulang-alik dari Ayer Rajah ke Lorong Fatimah, Silat Gayong School (juga dikenali sebagai Pusat Latihan Silat Seni Gayong pada masa itu) bersama-sama abang-abang silat dari unit tentera sehinggalah Dato' Mahaguru pulang ke Taiping, Perak pada 1966 dan tentera British berundur pada awal tahun 1971.
Pada awal tahun 1971, beliau diiktiraf dengan Bengkung Pelangi Merah dan Sandang Imam Gelanggang (Khalifah Muda). Pada awal tahun 1972 beliau diterima berlatih di Gelanggang Tanjung Rhu, Singapura (sebagai Pusat Latihan Silat Seni Gayong Singapura) di bawah pengelolaan dan tunjuk ajar daripada Tuan Haji Husain bin Kaslan (Gurulatih Tertinggi dan Imam Khalifah Silat Seni Gayong Singapura). Pada tahun 1972 beliau telah mula memegang Bengkung Kuning sehinggalah tahun 1975 beliau menjalani ujian Bengkung Hitam. Pada tahun 1976, beliau disahkan sebagai pemegang bengkung Hitam Harimau Pelangi Cula Sakti di Taiping, Perak (pemegang Bengkung Hitam ke-9 di Malaysia), dan menyandang Sandang Khalifah Kanan. Ini semasa beliau aktif di Gelanggang Solok Wan Moh, Batu Pahat, Johor.
Pada tahun ini juga (1976) beliau pulang ke kampung halaman beliau di Negeri Melaka dan mengambil alih tugas mengajar di gelanggang sebagai jurulatih (bukan pentadbir) di mana perkembangan gelanggang kurang berkesan. Semua gelanggang (Melaka) yang ditaja ditutup setelah beliau meletak jawatan. Kemudiannya beliau sentiasa berulang-alik ke rumah allahyarham Dato' Mahaguru di Taiping untuk menuntut ilmu dan pentadbiran sehinggalah Dato' Mahaguru pulang ke rahmatullah pada 23 Jun 1991.
Semasa beliau berada di Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Singapura, beliau sentiasa diuji kemampuan dan kredibiliti beliau terhadap pertubuhan. Pada tahun 1973 ketika beliau berusia 21 tahun, beliau telah diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Majlis Gurulatih Silat Seni Gayong, Singapura sehinggalah beliau pulang ke Melaka.

URUTAN PERISTIWA

Pada tahun 1984 atas usaha beliau, gelanggang Kg. Lendu telah ditubuhkan sebagai usaha untuk membaiki imej PSSGM di Melaka. Beliau dipilih sebagai AJK Kebangsaan pada tahun 1986. Beliau bertindak sebagai Gurulatih (Harimau Pelangi Cula Sakti II), Khalifah Besar dan Pengerusi PSSGM Kg. Lendu (tahun 1987). Pada tahun 1989 beliau diberi mandat sebagai Timbalan Imam Khalifah Negeri Melaka. Beliau dipilih sebagai YDP PSSGM Negeri Melaka pada tahun 1990. Semenjak dari itu, beliau telah membentuk barisan jurulatih dan pentadbir dan telah mengadakan berbagai-bagai kursus kejurulatihan dan pentadbiran. Pihak pertubuhan telah mengiktiraf beliau dengan Bengkung Hitam IV pada tahun 1993 dan seterusnya Bengkung Hitam VI pada tahun 1998.

1952 - Lahir di Melaka.
1958 - Mastautin di Ayer Rajah, Singapura.
1959 - Memasuki Sek. Umum Ramuan China Kechil, Melaka.
1960 - Pindah ke Ayer Rajah, Singapura.
1961 - Mula meminati silat (gelanggang Ayer Rajah-di bawah Jurulatih Cikgu Nordin Abd. Rahman)
1963 - PSSGM didaftarkan di Johor Bahru.
1964 - Bergelanggang di berek Clementi, Ayer Rajah. (di bawah Jurulatih Allahyarham Alias Mohd. Ali)
1968 - MCE.
- Penolong Jurulatih.
1969 - Sistem Bengkung dikuatkuasakan.
1970 - Bengkung Hijau,
1971 - Bengkung Merah & Khalifah Muda.
- (Bergelanggang di Tg. Rhu, Singapura, dilatih khas oleh Tuan Hj. Husain bin Kaslan).
1972 - Bengkung Kuning.
- Bergelanggang di Thrywitt Rd, Singapura.
1975 - Lulus Bengkung Hitam di Singapura.
1976 - Istiadat menerima Bengkung Hitam & Sandang Khalifah Kanan di Taiping, Perak. Penerima Bengkung HPCS ke-9 di Malaysia mewakili Gelanggang Solok Wan Moh, Batu Pahat, Johor.
- Pulang Ke Melaka.
- Ambil alih Gelanggang Taboh Naning.
1978 - Letak jawatan Jurulatih.
1984 - Gelanggang Lendu ditubuhkan.
1985 - Pengerusi Penaja PSSGM Kg. Lendu.
1986 - Dilantik menjadi AJK Kebangsaan.
1987 - Harimau Pelangi Cula Sakti II / Khalifah Besar.
1988 - Timbalan Imam Khalifah.
1989 - YDP PSSGM - Negeri Melaka.
1990 - HPCS IV
1998 - HPCS VI
1999 - 36 gelanggang di Negeri Melaka.
Dengan kepimpinan bersama beliau dan barisan pentadbir yang lain, PSSGM-Melaka disegani dan dihormati oleh semua pihak. Berkat kesungguhan usaha beliau maka pihak Pejabat Tanah Daerah Alor Gajah bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka pada Jun 1997 telah memberi pakai ruang kawasan seluas 4 ekar dengan rumah pejabat / asrama 2 tingkat dan dewan bertutup untuk kegunaan PSSGM Melaka. Maka PSSGM Melaka telah menjadikan tempat ini sebagai pejabat dan juga Pusat Latihan Tinggi Silat Seni Gayong, untuk Negeri Melaka.
Pesanan dari Allahyarham Dato' Mahaguru kepada beliau. LOKASI: Kelas 1, Wad Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur, 17 Jun 1991.
Sambil Allahyarham menggenggam tangan saya dan sinaran mata menaruh harapan, "... Ma'ei jaga Gayong". "Insya-Allah Dato'", jawab saya sambil menggoncang dan mencium erat-erat tangannya.
(Inilah kali terakhir bertemu Guru yang juga merupakan Bapa Angkat saya)

MAJLIS PERLIMAU (NEGERI MELAKA)

Majlis istiadat Perlimau Tapak merupakan majlis penerimaan murid-murid baru. Bayaran adat adalah sebanyak RM 11.50 dengan tambahan sebanyak RM 2.50 sebagai bayaran untuk barang-barang kelengkapan majlis. Kesemuanya berjumlah RM14.
Untuk Majlis Perlimau Seni, ia dijalankan ke atas pesilat yang hendak belajar dan berlatih menggunakan senjata sebenar. Bayaran adalah RM 21 ditambah RM 2.50 untuk barang-barang kelengkapan majlis.
Wakil Perlimau Tapak dan Seni di Melaka :
Cikgu Ismail Jantan
Cikgu Mohamad Husin
Cikgu Mohamad Md Nor
Wang Perlimau tadi disalurkan ke akaun Negeri. Sedikit nilai diambil untuk kegunaan serta keperluan. Pengagihan terperinci disebut di dalam Kursus Pentadbiran dan Gurulatih.
Peringatan:
Setiap bayaran dalam apa bentuk jua sekalipun hendaklah disertakan dengan resit rasmi Pertubuhan.

  1. Permulaan Keris/TombakSebelum pelajaran keris/tombak dimulakan satu adat istiadat/majlis doa selamat perlu diadakan terlebih dahulu sebagai memohon perlindungan dan kesejahteraan dalam menuntut ilmu. Kelengkapan seperti pulut kunyit, kari, telur,pisang, kemenyan,lilin dan sebilah keris kayu (untuk mula keris) atau tombak sebenar untuk latihan hendaklah disediakan. Jikalau keris/tombak ini hilang ataupun patah, pesilat hendaklah menjalani istiadat ini semula (Urusan perbelanjaan dalam lingkungan RM10.00 seorang).
  2. Khatam Keris/TombakSetelah selesai penerimaan dan pengujian pelajaran ini, upacara khatam/penutup perlu diadakan sebagai doa kesyukuran ke atas segala urusan. Seekor ayam berbulu hitam keseluruhannya setiap seorang, pulut kunyit, telur ayam merah, sesisir pisang, kain putih (3 warna untuk tombak), benang tujuh warna, rokok daun dan tembakau, kemenyan, bunga 7 jenis, sehelai daun kelapa serta wang fidyah RM 20.00 seorang.
  3. Mandi Minyak.
Ia merupakan majlis tahunan, kadangkala disebut sebagai Majlis Silaturahim. Ia perlu diadakan kerana :
  1. Untuk membaik pulih anggota badan yang telah menjalani latihan secara berhempas pulas. Usaha untuk mengembalikan keupayaan dan kelancaran gerakan jika bermasalah. Minyak yang digunakan sangat baik untuk urut(physiotheraphy) dan mempercepatkan proses membaik pulih daripada patah tulang.
  2. Merupakan majlis silaturahim dan berkumpul serta berkenalan dengan guru-gurulatih dan pemimpin daripada gelanggang yang berlainan.
Cara Membuat Minyak
Proses membuatnya hampir serupa dengan membuat minyak kelapa tradisional yang digunakan untuk memasak. Hanya bezanya ia dipimpin oleh seorang ketua disebut DALANG. Dalang akan mentadbir, mengarah dan membahagikan kerja kepada semua pembantu. Setiap pembantu hendaklah ahli-ahli yang telah di Perlimau Seni. Dalang akan memastikan keselamatan dan aspek peserta supaya selamat dan teratur semasa majlis ini berlangsung.

Keperluan:
  1. Wang Fidyah RM7.75 (setiap kali ulangan mandi dikurangkan RM1.00 sehingga jumlahnya tinggal RM3.75).
  2. Kelapa 3 biji seorang(boleh 5 atau 7).
  3. Membaca Surah Al Ikhlas sepanjang proses serta menjaga adab dan pantang larang semasa membuat minyak (sebagaimana yang diaturkan oleh Dalang).

Pembahagian:
Wang fidyah hendaklah dibahagikan kepada 3 bahagian sama-rata.
  1. Dalang
  2. Majlis Gurulatih/Pewaris
  3. Pentadbiran
Kebiasaan majlis ini akan disambut dengan cara yang dipelbagaikan supaya ia lebih ceria:
  1. Demonstrasi pesilat dan jurulatih
  2. Majlis perkhataman
  3. Penyampaian sijil dan bengkung
  4. Penyampaian sandang kebesaran
  5. Majlis kesyukuran dan doa selamat
  6. Sebelum menghadapi pertandingan
  7. Kem Motivasi
Beberapa kawasan disambut secara besar-besaran dengan dirasmikan oleh pembesar atau pemimpin masyarakat serta dihadiri oleh penduduk setempat dan dhif-dhif jemputan.

PSSGM BAHAGIAN NEGERI MELAKA
PENGENALAN UNTUK KO KURIKULUM DI SEKOLAH / KOLEJ
DALAM NEGERI MELAKA

SYARAT MENJADI AHLI
1. Terdiri dari pelajar sekolah / kolej yang berkenaan sahaja.
2. Rakyat Malaysia atau permastautin tetap.
3. Sihat tubuh badan.
4. Mengisi borang permohonan menjadi ahli dan membayar yuran yang telah ditetapkan.

Bayaran-Bayaran
Yuran Pendaftaran - RM 2.00
Yuran Tahunan - RM 2.00
Yuran Pentadbiran Negeri - RM 2.00
Kad Ahli - RM 4.00
( Bayaran ini hendaklah dijelaskan pada bulan pertama )
Semester - RM 25.00
Yuran Bulanan - RM 5.00 seorang
( Setiap awal bulan - 1 kali latihan seminggu ) oleh pihak Kolej
Majlis Penerimaan Murid - RM 15.00 seorang *
( sekali seumur hidup )
Ujian Peningkatan Pertama RM 15.00 seorang *
( * tertakluk kepada perubahan )
Pakaian
Bagi ahli PSSGM Negeri Melaka adalah diwajibkan mempunyai pakaian silat sendiri yang mempunyai kolar Perahu Bugis dan seluar kikik Cina.
Falsafah Silat Seni Gayong
Falsafah Silat Seni Gayong adalah falsafah etika yang membicarakan proses dan tujuan bertingkahlaku terpuji. Ia meliputi tingkahlaku yang sentiasa meningkat, dilaksanakan terarah dan terkawal berdasarkan kepada pedoman-pedoman yang diberikan. Oleh itu falsafah etika selalu berkait rapat dengan adat istiadat, tradisi, moral, adab dan ajaran agama. Agama Islam adalah menjadi sumber inspirasi, motivasi dan pengawasan untuk bertingkahlaku yang bernilai luhur dari segi agama serta kepentingan masyarakat.
UJIAN DAN PENILAIAN KO-KURIKULUM
Bermula dari tahun 2001 pelajar-pelajar yang mengikuti Ko-Kurikulum PSSGM Negeri Melaka akan dinilai mengikut tiga kategori seperti berikut:
1. Penglibatan, Kedatangan & Disiplin ( 10% )
i. Kehadiran dan ketepatan masa.
ii. Disiplin dalam gelanggang.
iii. Minat dan kesungguhan.
2. Ujian Teori dan Kefahaman ( 30% )
i. Sejarah dan pengetahuan am tentang PSSGM
ii. Pengetahuan am mengenai PESAKA
iii. Perkembangan Seni Silat semasa.
iv. Kepimpinan & kefahaman tentang konsep silat.
3.Ujian Amali / Praktikal ( 60% )
i. Kepantasan & kecergasan jasmani.
ii. Kebolehan bertindak ketika terdesak.
iii. Daya ingatan terhadap pelajaran.
iv. Kebolehan menggayakan gerak silat.
4.Kehadiran
Kehadiran para pelajar mestilah melebihi 80% daripada masa pertemuan yang telah ditetapkan dalam jadual latihan.
5.Sijil
Setiap pelajar yang berjaya akan diberikan satu sijil penyertaan ko-kurikulum beserta dengan gred yang mereka perolehi. Setiap pesilat berhak untuk menerima sijil penyertaan Ko-Kurikulum PSSGM sekiranya layak.

PELAJARAN SILAT SENI GAYONG

Mulus - Awan Putih
Asas pergerakan Silat & Mengelak.
- Bunga Tanjung / Jungkir Balik
- Jurus Wajib hingga jurus 5.
- Gulungan 10.
- Pentas 1 / Selayang Pandang.
- Asas Olahraga.
- Kunci Tapak 1 - 7 buah.

Awan Putih - Hijau
- Jungkir balik ( pecah empat ).
- Menghambur Rendah 3 / 5 orang.
- Menghambur Halangan Sederhana.
- Gulungan 21.
- Pentas Permainan.
- Pentas 2 / Sepukal
- Kunci Tapak 8 - 14 buah.
- Serangan bebas 1x1
- Pemusnahan
- Jurus Wajib hingga jurus 12.

Hijau - Merah
- Mahir tangan kosong.
- Golongan 31.
- Serangan Maut 1 hingga 7.
- Kunci Tapak 21
- Teknik Kaki & serangan bebas 1x3
- Teknik Pemusnahan.

Merah, Merah I, II & III
- Pentas Permainan Tangan Kosong.
- Pentas Permainan Bersenjata ( 3 jenis ).
- Gulungan Tambahan hingga 51.
- Asas Gerakan , Serangan Maut 8 - 21.
- Mempelajari permainan senjata :
Pisau , Keris, Simbat , Tembong dan Parang.

Kuning , Kuning I - V
Mempelajari Teknik Bersenjata :
Serangan Maut & Kilas Kilat -
Simbat - 21 teknik.
Parang - 21 teknik.
Tembong - 21 teknik.
Tombak - 21 teknik.
Rantai / Gada-gada.
Anak Tombak.
Tekpi.

( Atas budibicara PSSGM )
Senjata Tambahan
- Kerambit
- Rencong
- Cipan / Kapak
- Mayang Gesit
- Tumbuk Lada
- Sundang Lipas
- Cindai

BENGKUNG HITAM ( MULUS )
( Harimau Pelangi Cula Sakti )
- Teknik Seni Tapak Yoi
- Teknik Seni Tangkapan Belian.
UJIANNYA :
Mengupas kelapa tua dengan tangan.
Memecah kelapa dengan tapak tangan.
Menombak dengan jari.

BENGKUNG HITAM I - VI
Pelajarannya masih dirahsiakan kepada umum.
Sekian.

AKTIVITI PSSGM MELAKA MINGGU NI

Hari hari yang berlalu , banyak memenatkan untuk menjayakan program Perkemahan dan Perhimpunan Perdana PSSGM Melaka sempena sambutan ulangtahun pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah dan Melaka Negeri Warisan Dunia .

Setiap pagi , berjumpa dengan Jabatan  jabatan Kerajaan yang terlibat , Jabatan ketua Menteri , Pejabat  Renjer Perhutanan , Majlis Daerah dan pelbagi lagi . Petang terus ke gelanggang latihan , malam melawat gelanggang bersama YDP .

Program Perkemahan  dan Perhimpunan Perdana amat penting bagi PSSGM Melaka pada tahun ini kerana , tahun ini bakal merubah bentuk pengurusan dan pentadbiran PSSGM Melaka , yang akan menerima sumbangan membaik pulih bangunan pejabat yang telah terlalu uzur.

Sejarah mendapatkan bangunan ini amatlah sakit , namun . Begitulah .
Tahun tahun sebelum 1996 PSSGM Melaka hanya menggunakan rumah YDP sebagai Pejabat Gayong Melaka  , disitulah tersimpannya fail , tersimpannya kelengkapan  latihan dan pelbagia lagi . Telah beberapa kali YDP Melaka memohon tanah , bangunan bangunan kerajaan untuk dijadikan pejabat , begitu juga memohon kedai MARA di Melaka , tidak berjaya .
Hubungan baik Datuk Ibrahim Durum , ketika itu YB DUN Kuala Linggi  telah membuka lembaran baru , dengan mendapat sebuah bangunan milik Kerajaan yang tidak digunakan di Pengkalan Balak, iaitu  Kompleks Penghulu , Pengkalan Balak .
YDP telah bermohon dengan Majlis Daerah  dengan sokongan Datuk Ibrahim Durum . Alhamdullilah , pada April 1996 kami telah mengemaskan kawasan . Pada tahun yang sama juga telah diadakan Majlis Perkhataman Seni Keris Negeri Selangor  , di Pengkalan Balak . Ketika itu Allahyarham Hj Razali Salleh yang menguruskanya .
Pelbagai aktiviti telah dapat dijalankan disana , dengan keluasan tanah 10 hektar , satu Dewan Besar , satu rumah dua tingkat dan bilik mesyuarat dan bilik pejabat . Pelbagia usaha dilakukan untuk memastikan kawasan sentiasa bersih dan digunakan . Namun ketika itu kewangan PSSGM Melaka yang agak tipis , telah tidak berdaya , dimana kos pengurusan kawasan sahaja minima RM 500.00 sebulan , mana nak dapat ?
Akhirnya , ketika lawatan YB Datuk Abu Seman Bin Yusof , pada hujung tahun 2000 , YB telah mengatakan agar mencari tempat yang kecil . Tempat itu akan dibeli oleh pihak MARA untuk dijadikan Pusat Giat Mara , Alor Gajah . Beliau mencadangkan di Kuartas Perhutanan , Pekan Masjid Tanah yang telah 7 tahun ditinggalkan .
YDP telah menghantar surat permohonan dengan sokongan YB Datuk Abu Seman Bin Yusop ( Timbalan Menteri Dalam Negeri ) kepada Jabatan Perhutanan , Jabatan Perhutanan serah kepada Kerajaan negeri . Satu mesyuarat EXCO  kerajaan Negeri Melaka telah diadakan , mesyurat telah meluluskan PSSGM mengguna pakai Kuartas tersebut dengan kos membaik pulih adalah tanggungan Pertubuhan .
Alhamdullilah pada 1.3.2001 . PSSGM Melaka telah mula membersihkan kawasan , seterusnya pada 3.3.2011 , semua kelengkapan pejabat yang ada di Kompleks  Penghulu , telah dibawa ke Pejabat Baru .
Maka bermulalah kami menggunakannya hingga sekarang . ...
 akan bersambung cerita ....

Jumaat, 1 April 2011

LAWATAN KETUA MENTERI MELAKA KE PEJABAT PSSGM MELAKA


Syukur Alhamdullilah ......
Hari ini 1.4.2011 adalah tarikh keramat bagi PSSGM Melaka , bila Penaung , PSSGM Melaka mengadakan lawatan ke Pejabat PSSGM petang tadi jam 5.25 petang , walaupun sekejap sungguh bermakna . Lawatan ini adalah sempena Lawatan Kerja sehari YAB Ketua Menteri   ke kawasan DUN Lendu . Terima kasih juga kepada YB kawasan yang mengiringi YAB ke Pejabat PSSGM Melaka .

Berbellioon kali terima kasih  di ucapkan kepada YAB Penaung atas kelulusan membaik pulih bangunan dengan kos yang agak lumayan  , Insyaalah , PSSGM Melaka akan lebih cermelang , terbilang dan gemilang lagi

Terima kasih KERAJAAN NEGERI MELAKA   dibawah kepimpinan YAB Ketua Menteri Melaka  Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam , semoga Melaka akan lebih maju lagi .....
Doa kami , anak anak Gayong Malaysia Melaka ...



Selasa, 29 Mac 2011

SENARAI GELANGGANG AKTIF DALAM NEGERI MELAKA 2011

PSSGM Negeri Melaka , hanya mempunyai dua daerah yang berdaftar , iaitu daerah Alor Gajah dan Daerah Melaka Tengah . Walau Bagaimanapun , PSSGM Melaka mempunyai banyak gelanggang awam , sekolah dan IPT .
Senarai gelanggang Awam .
1. Cawangan Padang Temu - 1964  ( Dah mati )
2. Cawangan Bukit Lintang - 1965  ( Dah Mati )
3. Cawangan Taboh Naning - 1976 ( Dah Mati )
4. Cawangan Lubok Redan - 1989 ( Dah mati )
5. Gelanggang Kg Gangsa ( 1965 )- dulu daf cawangan ppp/mal -c5
6. Gelanggang Kg Lendu  ( 1984 )= dulu daf cawangan ppp/mal -c6
7. Cawangan Kampung Baru , Kuala Sungai Baru ( 1989 ) - dah mati
8. Cawangan Rantau Panjang  ( 1989 ) - dah mati
9. Cawangan Taman Seri Kandang ( 1989 ) - tidak aktif
10. Gelanggang Masjid Tanah ( 1992 )
11. Gelanggang Solok Limau Nipis ( 1995 )
12. Gelanggang Bukit Darat ( 1996) - tidak aktif
13. Gelanggang Tok Janggut , Paya Rumput - tidak aktif
14. Gelanggang Taman Melaka Perdana - Kurang aktif
15. Gelanggang Durian Daun - tidak aktif
16. Gelangggang Madrasah AlRahim - Kg Pinang 'A' - alhamdullilah aktif
17. Gelanggang Taman Seri Duyong Farsa II - aktif
18. Gelanggang Batu Berendam - aktif
19. Gelanggang Paya Emas - aktif
20. Gelanggang Taman Bukit Emas , Sg udang - tidak aktif
21 Gelanggang Tok Pandak , Sungai Rambai - aktif
22.  Gelanggang Taman Rambai Jaya - aktif
23. Gelanggang 10 Breged para , Kem Terendak - aktif
24. Gelanggang Taska Sinar Insan - baru buka

Anda berada dari Gelanggang mana diantara yang disenarai !!!!!
Pastikan keahlian anda hidup , bukti keahlian hidup mempunyai kad ahli atau kad tahunan 2010/2011

Isnin, 28 Mac 2011

PERKEMAHAN PERDANA SILAT SENI GAYONG MALAYSIA , NEGERI MELAKA

Tarikh : 14 hingga 17 April 2011
Tempat : Hutan Rekarasi Sungai udang .
Penyertaan : Ahli dan bekas bekas ahli PSSGM Melaka .
Penutup : 17 April 2011 jam 2.00 petang  , di Pusat Latihan RELA  Zon Selatan , Sg Udang .
Bagi yang luar Melaka , Dijemput datang pada 17 April 2011 semasa majlis penutup .

Ajenda :   Majlis Pendaftaran ahli baru dan bekas ahli , Majlis penerimaan murid , Latihan seni Pisau ( Merah keatas ) , Latihan Seni simbat ( Putih dan Hijau )  menghabiskan semua pelajaran tangan kososng ( Mulus )

Majlis ini bersempena sambutan Melaka Bandara Bersejarah dan ulang tahun pengistiharan UNESCO , Melaka Bandaraya Warisan Dunia .

Marahlah kita memerahkanya .....

Ahad, 27 Mac 2011

Blog Rasmi PSSGM Melaka .

Assalammualaikum ....

Hari ini saya memulakan catitan untuk blog Gayongmk , blog rasmi PSSGM Melaka .
Saya bukanlah seorang yang Pandai untuk membuat blog ini , namun saya usahakan hasil bantuan ahli ahli PSSGM Melaka juga .
Dari sini semua pelayar akan dapat mengetahui maklumat maklumat dari saya selaku Setiausaha PSSGM N. Melaka , juga jika ada sebarang persoalan , bolehlah dikemukakan  , yang mana saya mampu untuk menjawab akan saya jawab jika tidak  silalah layari blog YDP .
Ingin saya memberikan sedikit catitan untuk aktiviti PSSGM Melaka pada tahun 2011 ini yang telah berlalu ataupun akan dijalankan .
Bagi Bulan Januari  - tiada aktiviti yang lebih penting dari Ujian Peningkatan  bengkong Kuning seramai 10 orang samada nak naik bengkong kuning atau cula . Juga ujian ujian peningkatan bengkong bagi ahli ahli baru di gelanggang .

Bagi Bulan Februari - sebagai persediaan PSSGM Melaka untuk menyediakan Gurulatih yang mantap telah mengadakan kursus pada 3 hingga 6 Februari di Pusat Aktiviti PSSGM Melaka , seramai 17 orang menyertai . Mudah mudahan semua ilmu dapat digunakan sepanjang latihan yang bakal diadakan . Begitu juga dengan Majlis penyampaian Bengkong untuk ahli PSSGM Melaka  pada 26.2.2011 di MMU sebagai semangat untuk semua ahli  yang masih bersekolah dapat masuk U.

Bagi Bulan Mac - aktiviti  saya dan YDP adalah mengikuti lawatan PSSGM ke Singapura  pada 4 hingga 6  Mac , terima kasih kepada murid murid ssg di sana . Seterusnya Kursus Seni Parang  di Pusat Aktiviti PSSGM Melaka  pada 11 hingga 13 Mac  seramai 42 orang yang mengikuti . Begitu juga program 26.3.2011 di UITM Segamat .

Bulan April - adalah bulan yang begitu mencabar bagai PSSGM , kami akan menganjurkan PERKEMAHAN PERDANA SILAT SENI GAYONG MALAYSIA , NEGERI MELAKA " di Hutan Rekarasi Sungai udang pada 14 hingga 17 April 2011 . Semua ahli baru dan lama dijemput hadir semasa majlis Penutup perkemahan yang adakan diadakan pada 17 April di Padang Kawat , Pusat Latihan RELA Zon Selatan , Sungai udang , dijangka dirasmikan oleh Penaung PSSGM Negeri Melaka , YAB Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam . Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini .

Bulan Mei , PSSGM akan mengadakan satu Bengkel  Pentadbiran PSSGM Melaka pada 8 Mei 2011  dalam cadangan di Hotel Seri Malaysia  hanya sehari .

Mei  - Pertandingan Silat Dewasa Dan Remaja  ( 27 - 29 Mei )

Itulah dahulu sebagai pengetahuan ...

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...