Selasa, 29 Mac 2011

SENARAI GELANGGANG AKTIF DALAM NEGERI MELAKA 2011

PSSGM Negeri Melaka , hanya mempunyai dua daerah yang berdaftar , iaitu daerah Alor Gajah dan Daerah Melaka Tengah . Walau Bagaimanapun , PSSGM Melaka mempunyai banyak gelanggang awam , sekolah dan IPT .
Senarai gelanggang Awam .
1. Cawangan Padang Temu - 1964  ( Dah mati )
2. Cawangan Bukit Lintang - 1965  ( Dah Mati )
3. Cawangan Taboh Naning - 1976 ( Dah Mati )
4. Cawangan Lubok Redan - 1989 ( Dah mati )
5. Gelanggang Kg Gangsa ( 1965 )- dulu daf cawangan ppp/mal -c5
6. Gelanggang Kg Lendu  ( 1984 )= dulu daf cawangan ppp/mal -c6
7. Cawangan Kampung Baru , Kuala Sungai Baru ( 1989 ) - dah mati
8. Cawangan Rantau Panjang  ( 1989 ) - dah mati
9. Cawangan Taman Seri Kandang ( 1989 ) - tidak aktif
10. Gelanggang Masjid Tanah ( 1992 )
11. Gelanggang Solok Limau Nipis ( 1995 )
12. Gelanggang Bukit Darat ( 1996) - tidak aktif
13. Gelanggang Tok Janggut , Paya Rumput - tidak aktif
14. Gelanggang Taman Melaka Perdana - Kurang aktif
15. Gelanggang Durian Daun - tidak aktif
16. Gelangggang Madrasah AlRahim - Kg Pinang 'A' - alhamdullilah aktif
17. Gelanggang Taman Seri Duyong Farsa II - aktif
18. Gelanggang Batu Berendam - aktif
19. Gelanggang Paya Emas - aktif
20. Gelanggang Taman Bukit Emas , Sg udang - tidak aktif
21 Gelanggang Tok Pandak , Sungai Rambai - aktif
22.  Gelanggang Taman Rambai Jaya - aktif
23. Gelanggang 10 Breged para , Kem Terendak - aktif
24. Gelanggang Taska Sinar Insan - baru buka

Anda berada dari Gelanggang mana diantara yang disenarai !!!!!
Pastikan keahlian anda hidup , bukti keahlian hidup mempunyai kad ahli atau kad tahunan 2010/2011

Isnin, 28 Mac 2011

PERKEMAHAN PERDANA SILAT SENI GAYONG MALAYSIA , NEGERI MELAKA

Tarikh : 14 hingga 17 April 2011
Tempat : Hutan Rekarasi Sungai udang .
Penyertaan : Ahli dan bekas bekas ahli PSSGM Melaka .
Penutup : 17 April 2011 jam 2.00 petang  , di Pusat Latihan RELA  Zon Selatan , Sg Udang .
Bagi yang luar Melaka , Dijemput datang pada 17 April 2011 semasa majlis penutup .

Ajenda :   Majlis Pendaftaran ahli baru dan bekas ahli , Majlis penerimaan murid , Latihan seni Pisau ( Merah keatas ) , Latihan Seni simbat ( Putih dan Hijau )  menghabiskan semua pelajaran tangan kososng ( Mulus )

Majlis ini bersempena sambutan Melaka Bandara Bersejarah dan ulang tahun pengistiharan UNESCO , Melaka Bandaraya Warisan Dunia .

Marahlah kita memerahkanya .....

Ahad, 27 Mac 2011

Blog Rasmi PSSGM Melaka .

Assalammualaikum ....

Hari ini saya memulakan catitan untuk blog Gayongmk , blog rasmi PSSGM Melaka .
Saya bukanlah seorang yang Pandai untuk membuat blog ini , namun saya usahakan hasil bantuan ahli ahli PSSGM Melaka juga .
Dari sini semua pelayar akan dapat mengetahui maklumat maklumat dari saya selaku Setiausaha PSSGM N. Melaka , juga jika ada sebarang persoalan , bolehlah dikemukakan  , yang mana saya mampu untuk menjawab akan saya jawab jika tidak  silalah layari blog YDP .
Ingin saya memberikan sedikit catitan untuk aktiviti PSSGM Melaka pada tahun 2011 ini yang telah berlalu ataupun akan dijalankan .
Bagi Bulan Januari  - tiada aktiviti yang lebih penting dari Ujian Peningkatan  bengkong Kuning seramai 10 orang samada nak naik bengkong kuning atau cula . Juga ujian ujian peningkatan bengkong bagi ahli ahli baru di gelanggang .

Bagi Bulan Februari - sebagai persediaan PSSGM Melaka untuk menyediakan Gurulatih yang mantap telah mengadakan kursus pada 3 hingga 6 Februari di Pusat Aktiviti PSSGM Melaka , seramai 17 orang menyertai . Mudah mudahan semua ilmu dapat digunakan sepanjang latihan yang bakal diadakan . Begitu juga dengan Majlis penyampaian Bengkong untuk ahli PSSGM Melaka  pada 26.2.2011 di MMU sebagai semangat untuk semua ahli  yang masih bersekolah dapat masuk U.

Bagi Bulan Mac - aktiviti  saya dan YDP adalah mengikuti lawatan PSSGM ke Singapura  pada 4 hingga 6  Mac , terima kasih kepada murid murid ssg di sana . Seterusnya Kursus Seni Parang  di Pusat Aktiviti PSSGM Melaka  pada 11 hingga 13 Mac  seramai 42 orang yang mengikuti . Begitu juga program 26.3.2011 di UITM Segamat .

Bulan April - adalah bulan yang begitu mencabar bagai PSSGM , kami akan menganjurkan PERKEMAHAN PERDANA SILAT SENI GAYONG MALAYSIA , NEGERI MELAKA " di Hutan Rekarasi Sungai udang pada 14 hingga 17 April 2011 . Semua ahli baru dan lama dijemput hadir semasa majlis Penutup perkemahan yang adakan diadakan pada 17 April di Padang Kawat , Pusat Latihan RELA Zon Selatan , Sungai udang , dijangka dirasmikan oleh Penaung PSSGM Negeri Melaka , YAB Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam . Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini .

Bulan Mei , PSSGM akan mengadakan satu Bengkel  Pentadbiran PSSGM Melaka pada 8 Mei 2011  dalam cadangan di Hotel Seri Malaysia  hanya sehari .

Mei  - Pertandingan Silat Dewasa Dan Remaja  ( 27 - 29 Mei )

Itulah dahulu sebagai pengetahuan ...

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...