Ahad, 18 Mac 2012

PERKEMAHAN PERDANA INTERAKSI DAN MOTIVASI PESILAT MUDA 2012

Assalammualaikum ..


Kepada,
Ahli Jawatankuasa Bahagian Negeri ,
Pengerusi dan Ahli Jawatankusa Daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Gelanggang
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ,
Bahagian Negeri Melaka 


13  Mac 2012


Tuan ,

TAWARAN MENYERTAI
PERKEMAHAN INTERAKSI DAN MOTIVASI PESILAT MUDA ,
ANJURAN PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ,
BAHAGIAN  NEGERI MELAKA 2012
Sempena Sambutan Ulangtahun Pengistiharan “ Melaka Bandaraya Bersejarah”


Merujuk kepada perkara diatas adalah dimaklumkan.

2.  Mengikut keputusan Mesyuarat AJK PSSGM Bahagian Negeri Melaka pada 4 Mac 2012  yang lalu telah bersetuju untuk   menganjurkan  program Perkemahan Interaksi Dan Motivasi Ahli PSSGM Melaka  mengikut tarikh yang dirancang .

3. Dari itu adalah dengan ini ditawarkan kepada ahli ahli PSSGM Melaka untuk menyertai program diatas mengikut aturcara  berikut :


                        Tarikh            :           13 hingga 16 April 2012 ( Jumaat – Isnin )

                        Aturcara        :           lihat Lampiran

                        Tempat           :           Tapak Perkemahan ,
                                                            Taman Rekarasi Bukit Beringin ,
                                                            Masjid Tanah , Melaka

                        Bayaran         :           RM 30.00 seorang   ( Makan dan Minum )
                       
                        Kemah            :           Disediakan sendiri  oleh ahli .
                              

4.   Program ini melibatkan ahli ahli Pertubuhan Silat Seni  Gayong Malaysia , Bahagian negeri Melaka sahaja dari kalangan ahli ahli dari gelanggang awam  , pelajar  pelajar sekolah dan pelajar Institut pengajian Tinggi . Ianya melibatkan aktiviti suaikenal  , interaksi  , motivasi  dan latihan bersama  ahli ahli .


5. Dari itu besarlah harapan  kami agar pihak tuan  dapat membawa  ahli ahli Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia dari   Gelanggang tuan     untuk menyertai program ini dengan syarat syarat yang disertakan .

Diatas segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan terlebih dahulu kami  merakamkan ucapan berbanyak banyak terima kasih .


Sekian.



Yang Menjalankan tugas ,

...................................
(Pn  Mariam Bte Bujang )
Setiausaha
PSSGM  Negeri  Melaka


s.k.
AJK PSSGM Melaka



Bahagian Negeri Melaka :    No 2338 , Kuarters Perhutanan, 78300  Masjid Tanah, Melaka.
Tel :06-3851139 /Fax :06-3851811/ Hp :012-6877091(s/u),Email :pssgm_melaka@yahoo.com




Kepada ,
Setiausaha ,
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ,
Bahagian Negeri Melaka .
Lot 114 , Kuartas Perhutanan , Pekan Masjid Tanah ,
78300 Masjid Tanah ,
Melaka .           
                                                                       

Tuan .

PERSETUJUAN UNTUK MENYERTAI
PERKEMAHAN PERDANA INTERAKSI DAN MOTIVASI PESILAT MUDA ,
ANJURAN PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ,
BAHAGIAN  NEGERI MELAKA 2012
Sempena Sambutan Ulangtahun Pengistiharan “ Melaka Bandaraya Bersejarah”

Saya ……………………………………………………………………………… No Kad Pengenalan  : ……………………………… Dengan rela hati ingin menyertai aktiviti   tersebut pada 13 April   hingga 16 April 2012   bertempat di Tapak Perkemahaan , Taman Rekarasi Bukit Beringin,  Masjid Tanah , Melaka  .

2.         Dengan  itu bersama sama ini disertakan bayaran  sebanyak :RM 30.00 sahaja

3.         Saya juga difahamkan bahawa pihak penganjur , iaitu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia  dengan sedaya upaya akan mengambil segala langkah  keselamatan walaupun demikian saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya , berkaitan dengan apa apa kemalangan yang mengakibatkan kematian , kecacatan anggota atau kehilangan anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap saya , yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik serta ketika melibatkan diri didalam sebarang aktiviti  di latihan ini  . Jikalau berlaku pekara pekara yang tidak di ingini ianya adalah ditakdirkan dan diluar dugaan

4. Dengan ini juga saya memberi kebenaran kepada pihak pengelola latihan atau wakilnya untuk memberi apa apa rawatan atau pertolongan perubatan kepada jika didapati perlu .


Tanda Tangan Peserta                         :           ……………………………………
( berumur 18 tahun keatas )

No Kad Pengenalan                            :           ……………………………………

Tarikh                                                  :           …………………………………





Kepada ,
Setiausaha ,
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ,
Bahagian Negeri Melaka .
Lot 114 , Kuartas Perhutanan , Pekan Masjid Tanah ,
78300 Masjid Tanah ,
Melaka .                 
                                                                                               

Tuan .

KEBENARAN UNTUK MENYERTAI
PERKEMAHAN INTERAKSI DAN MOTIVASI PESILAT MUDA ,
ANJURAN PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ,
BAHAGIAN  NEGERI MELAKA 2012
Sempena Sambutan Ulangtahun Pengistiharan “ Melaka Bandaraya Bersejarah”


Saya ………………………………………………………………………………Ibu / bapa / penjaga kepada : ………………………………………No Kad Pengenalan  : ……………………………… Dengan rela hati membenarkan anak jagaan saya menyertai aktiviti   tersebut pada 13 April   hingga 16 April 2012   bertempat di Tapak Perkemahaan , Taman Rekarasi Bukit Beringin,  Masjid Tanah , Melaka  .

2.             Dengan  itu bersama sama ini disertakan bayaran  sebanyak  RM 30.00 untuk tujuan tersebut .

3.             Saya juga difahamkan bahawa pihak penganjur , iaitu Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia  dengan sedaya upaya akan mengambil segala langkah  keselamatan walaupun demikian saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya , berkaitan dengan apa apa kemalangan yang mengakibatkan kematian , kecacatan anggota atau kehilangan anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap anak / jagaan saya , yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik serta ketika melibatkan diri didalam sebarang aktiviti  di latihan ini  . Jikalau berlaku pekara pekara yang tidak di ingini ianya adalah ditakdirkan dan diluar dugaan

4. Dengan ini juga saya memberi kebenaran kepada pihak pengelola latihan atau wakilnya untuk memberi apa apa rawatan atau pertolongan perubatan kepada anak / jagaan saya jika didapati perlu .


Tanda Tangan ibu Bapa / Penjaga                 :               ………………………………

No Kad Pengenalan                                            :               ……………………………

Tarikh                                                                    :               …………………………



Saya , Pengetua / HEP / Guru Penasihat kepada pelajar bernama  …………………     

No Kad Pengenalan …………………………………………... Dari Persatuan Silat Sekolah

………………………………………………………
Menyokong dan memberi kebenaran kepadanya untuk menyertai aktiviti tersebut  pada 13 April   hingga 16 April 2012   bertempat di Tapak Perkemahaan , Taman Rekarasi Bukit Beringin,  Masjid Tanah , Melaka  .


Yang Benar ,

…………………………………….
( Tanda tangan & Cop )



ATURCARA
PERKEMAHAN PERDANA INTERAKSI DAN MOTIVASI PESILAT MUDA ,
ANJURAN PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ,
NEGERI MELAKA

Tarikh             :          13  hingga 16 April 2012 (  Jumaat  - Isnin )
Tempat            :           Tapak Perkemahan ,  Taman Rekarasi Bukit Beringin ,
                                    Masjid Tanah , Melaka       


TARIKH / HARI

MASA

AKTIVITI


13 April 2012
( Jumaat )

3.00 Petang –5.00 petang


5.30 petang

6.30 petang – 8.45 mlm


9.00 malam - 11.00 mlm

Pendaftaran Peserta
Memasang Kemah Penginapan

Taklimat  Perkemahan

Makan , Solat Maghrib dan Bacaan Yasin
Solat Isyak

Majlis Interaksi dan penerimaan Murid - Ahli Baru .
Permulaan Seni Keris – Ahli Lama

14 April 2012
( Sabtu )

8.30 Pagi –
1.00 tengahari

2.30 petang – 4.30 petang


5.30 petang – 6.30 petang


6.30 petang  – 7.30 mlm

9.00 mlm

Latihan Seni Keris – Ahli Lama
Latihan Kunci Mati  - Ahli Baru

Latihan Seni Keris – Ahli Lama
Latihanh Kunci Mati  - Ahli Baru

Latihan Seni Keris – Ahli Lama
Latihanh Kunci Mati  - Ahli Baru

Makan Malam  & Solat Maghrib

Ceramah Motivasi Pesilat dan Agama

15 April 2012
( Ahad )

8.30 Pagi -
 1.00 tengahari

2.30 petang  - 6.30 petang


9.00 malam

Latihan Seni Keris – Ahli Lama
Latihanh Combat   - Ahli Baru

Latihan Seni Keris – Ahli Lama
Latihanh Combat   - Ahli Baru

Ceramah Keselamatan Dalam Latihan  
16 April 2012
( Isnin )

8.30 Pagi -
 1.00 tengahari

2.30 petang  - 6.30 petang


 Raptai Persembahan

Majlis Perasmian Penutup Perkemahan Perdana  oleh YAB Ketua Menteri Melaka

Bersurai


**  Isnin – Melaka cuti sempena sambutan Ulangtahun Melaka Bandaraya Bersejarah
ATURCARA  MAJLIS  PERASMIAN PENUTUP
PERKEMAHAN PERDANA INTERAKSI DAN MOTIVASI PESILAT MUDA ,
ANJURAN PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ,
BAHAGIAN  NEGERI MELAKA 2012
Sempena Sambutan Ulangtahun Pengistiharan “ Melaka Bandaraya Bersejarah”


Pada               :           16 April 2012  ( Isnin )

            Tempat            :           Tapak Perkemahan ,  
                                               Taman Rekarasi Bukit Beringin ,
                                                Masjid Tanah , Melaka


8.30 pagi  - 9.30 pagi              Pendftaran  Peserta .
9.30 pagi                                 Minum Pagi

10.00 pagi  - 12.00 tgh           Latihan Persembahan
                                              Penyampaian Bengkong 

12.00 – 1.30 petang                Makan Tengahari .

2.00 petang                             Peserta mengambil tempat di Padang Kawat 

2.20 – 2.40 petang                  Kehadiran Jemputan

2.50  petang                            Ketibaan YB Datuk Imam Khalifah PSSGM N. Melaka
                                               Ketibaan Ybhg Penaung PSSGM Daerah Alor Gajah
                                               Ketibaan Ybhg YDP PSSGM Kebangsaan
                                               Ketibaan YB ADUN Dan Ahli Parlimen

3.00 petang                            Ketibaan YAB Ketua Menteri Melaka
                                                Majlis Perasmian Penutup di mulakan
                                               ·                     Nyanyian Lagu Negaraku , Melaka 
                                                           dan Lagu Gayong
                                               ·                     Bacaan Doa oleh Ustad Mohd Amin Bin 
                                                           Nordin  AJK PSSGM Melaka
                                               ·                     Ucapan Alu Aluan Pengerui Majlis
                                               ·                     Ucapan YDP PSSGM Negèri Melaka
                                               ·                     Ucapan Perasmian Penutup oleh 
                                                           YAB Ketua MenteriMelaka .
                                                           Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam.
·                     Persembahan  Multimedia
·                     Istiadat mengambil Tapak
            Persembahan Silat oleh peserta 
            & Gurulatih  PSSGM Melaka
·                     Penyampaian Cenderamata
·                     Jamuan / Bersurai

Pengesahan Kehadiran :                                                                   
Urusetia Majlis : 012-6877091



Maklumat dan  Syarat penyertaan :


1.      Aktiviti Perkemahan Perdana ini telah diadakan dari tahun 2008 lagi  secara kecil kecilan sempena sambutan ulangtahun Hari Pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah , ( tahun 2008 – Pantai Pengkalan Balak , tahun 2009 – Pantai Pengkalan Balak , 2010 - Padang Kementerian Belia Dan Sukan Ramuan China Besar dan  tahun 2011 - Hutan  Rekarasi Sungai Udang )

2.      Penganjuran aktiviti ini  bertujuan  untuk menghimpunkan seberapa ramai ahli demi memastikan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Melaka akan  terus menyumbang kepada  menangani masalah belia Negeri Melaka dan mencetuskan rasa cinta di  kalangan  generasi  muda terhadap  kegiatan  budaya warisan bangsa  di Buki Hang Tuah – Pahlawan Melayu di samping aktiviti aktiviti tetap yang dilakukan setiap tahun iaitu Majlis Pendaftaran Ahli Baru ,  Penerimaan Murid Baru dan penyampaian Penyelarasan Pelajaran

3.      Haruslah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka , Sekolah dan ibu bapa .

4.      Bayaran yang dikenakan adalah RM 30.00 seorang , meliputi penginapan , makan minum dan latihan latihan khas .

5.      Setiap peserta seharusnya membawa kelengkapan diri , pakaian silat , ubat ubatan dan pakaian secukupnya serta surat kebenaran ibubapa  yang dilampirkan .

6.      Bagi ahli ahli lama , PSSGM Melaka menawarkan permulaan dan latihan seni keris dengan bayaran tambahan RM 20.00 untuk adat istiadat , dengan syarat peserta seharusnya telah melalui Majlis Pelimau Seni . Peserta juga diminta menyediakan sebilah keris kayu untuk sesi latihan .

7.      Guru Penasihat atau pengerusi Gelanggang hendaklah memaklumkan jumlah penyertaan pada atau  sebelum 10 April 2012 dengan  menghubungai Setiausaha Pertubuhan ini  ( 012-6877091 )









Tiada ulasan:

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...