Assalammualaikum
Kalau dilihat dari seluruh negara sekarang , banyak daerah dan negeri tidak buat AGM . Kalau ada AGM pun atas kertas atau tak hantar ke PPS . Apalah jadinya . Setiausaha pula ada yang tak faham pelembagaan , atau ambil tahu yang berkepentingan je .
Ini adalah kerana pentadbir yang ada tidak faham akan fungsi PPS , tak faham Pelembagaan , macamana nak wat kerja . Ada yang daftar pada tahun 2000 sampai sekarang tak hantar penyata / minit mesyuarat . Surat panggilan untuk naziran PPS tak pernah nak hadir . Kan dah susah .
Bilalah YDP dan setiausaha nak faham dengan pelembagaan , nak faham dengan akta PPS . Mereka tidak pernah hadir kursus . Tahun lalu ada dicadangkan YDP2 ni gi hantar kursus , tapi tak tahu bila .
Mengenai AGM pula , ada yang dah susun calun untuk AJK kebangsaan nampaknya , Dah susun stratiji , bagaimana penyokong boleh terus menyokong . Pada AGM kali ni saya kalau boleh tak mahu jadi calun , tak mahu masuk bertanding , bukan takut , tetapi nak tumpukan pembangunan PSSGM Melaka dahulu , nak pastikan pejabat dan pusat aktiviti tu dapat dikekalkan dan dibaik pulih . Juga sedang merancang cari tapak untuk wat pusat latihan di bandar Melaka tu .
Bagi yang nak jadi calun calun tu , bersedialah dengan duit dan keringat serta slogan . Kalau ada rezeki leh menang nanti , pegang jawatan tinggi tu .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan