Semalam saya menghadiri mesyuarat Agong PESAKA Melaka , saya berasa sungguh sedih sekali , mejoriti ahli silat silat tu semua tak faham mesyuarat agong , rasa rasa mesyuarat UMNO kampung lagi baik dari Mesyuarat PESAKA Melaka semalam .
Adakah patut , mesyuarat Agong panggil menggunakan SMS aja , lepas tu , tempat tak ditulis dalam notis yang dibuat . Senarai Persatuan yang hadir mesyuarat juga di ragui : Silat Gayong Malaysia , Silat Cekak Malaysia , Sikume , Pukulan Melaka , ,Ehsa , Gayong Purba , , Siligi Putra entah apa lagi dua adakah silat silat ni masih sah ....Bakawali , Gayong Pasak ?
Lagi yang sakit hati , bila Cekak Malaysia minta pelembagan , YDP pun tak ada salinan , macamana entah , memang lebih teruk dari mesyuarat orang kampung , leh kata mesyuarat orang asli , pun mungkin lagi baik .
Bila masa pencalunan Jawatan kuasa , boleh cerita cerita lagi , aku macam ni , engkau macam ni ...
Terasa sungguh rugi saya hadir mesyuarat semalam , mengantuk , buang masa , buang duit dan macam macam buang ...
Rasa rasa kalau PESAKA tak berubah , malas nak pergi lagi pada tahun tahun hadapan , tanpa PESAKA Gayong Melaka boleh jalan sendiri , buat aktiviti sendiri ,cari duit sendiri , buat pertandingan sendiri ...
Sungguh membosankan , dan ini akan memalukan Presiden PESAKA yang ada sekaang YAB Ketua Menteri Melaka .
1 ulasan:
kenapa ad kata2 belakang ni...ta baek la cmni...cube la bersabar,kite kan na bersatu... maaf kalau ada khilaf dari saya..
Catat Ulasan