Sabtu, 9 April 2011

AKTIVITI PSSGM MELAKA MINGGU NI

Hari hari yang berlalu , banyak memenatkan untuk menjayakan program Perkemahan dan Perhimpunan Perdana PSSGM Melaka sempena sambutan ulangtahun pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah dan Melaka Negeri Warisan Dunia .

Setiap pagi , berjumpa dengan Jabatan  jabatan Kerajaan yang terlibat , Jabatan ketua Menteri , Pejabat  Renjer Perhutanan , Majlis Daerah dan pelbagi lagi . Petang terus ke gelanggang latihan , malam melawat gelanggang bersama YDP .

Program Perkemahan  dan Perhimpunan Perdana amat penting bagi PSSGM Melaka pada tahun ini kerana , tahun ini bakal merubah bentuk pengurusan dan pentadbiran PSSGM Melaka , yang akan menerima sumbangan membaik pulih bangunan pejabat yang telah terlalu uzur.

Sejarah mendapatkan bangunan ini amatlah sakit , namun . Begitulah .
Tahun tahun sebelum 1996 PSSGM Melaka hanya menggunakan rumah YDP sebagai Pejabat Gayong Melaka  , disitulah tersimpannya fail , tersimpannya kelengkapan  latihan dan pelbagia lagi . Telah beberapa kali YDP Melaka memohon tanah , bangunan bangunan kerajaan untuk dijadikan pejabat , begitu juga memohon kedai MARA di Melaka , tidak berjaya .
Hubungan baik Datuk Ibrahim Durum , ketika itu YB DUN Kuala Linggi  telah membuka lembaran baru , dengan mendapat sebuah bangunan milik Kerajaan yang tidak digunakan di Pengkalan Balak, iaitu  Kompleks Penghulu , Pengkalan Balak .
YDP telah bermohon dengan Majlis Daerah  dengan sokongan Datuk Ibrahim Durum . Alhamdullilah , pada April 1996 kami telah mengemaskan kawasan . Pada tahun yang sama juga telah diadakan Majlis Perkhataman Seni Keris Negeri Selangor  , di Pengkalan Balak . Ketika itu Allahyarham Hj Razali Salleh yang menguruskanya .
Pelbagai aktiviti telah dapat dijalankan disana , dengan keluasan tanah 10 hektar , satu Dewan Besar , satu rumah dua tingkat dan bilik mesyuarat dan bilik pejabat . Pelbagia usaha dilakukan untuk memastikan kawasan sentiasa bersih dan digunakan . Namun ketika itu kewangan PSSGM Melaka yang agak tipis , telah tidak berdaya , dimana kos pengurusan kawasan sahaja minima RM 500.00 sebulan , mana nak dapat ?
Akhirnya , ketika lawatan YB Datuk Abu Seman Bin Yusof , pada hujung tahun 2000 , YB telah mengatakan agar mencari tempat yang kecil . Tempat itu akan dibeli oleh pihak MARA untuk dijadikan Pusat Giat Mara , Alor Gajah . Beliau mencadangkan di Kuartas Perhutanan , Pekan Masjid Tanah yang telah 7 tahun ditinggalkan .
YDP telah menghantar surat permohonan dengan sokongan YB Datuk Abu Seman Bin Yusop ( Timbalan Menteri Dalam Negeri ) kepada Jabatan Perhutanan , Jabatan Perhutanan serah kepada Kerajaan negeri . Satu mesyuarat EXCO  kerajaan Negeri Melaka telah diadakan , mesyurat telah meluluskan PSSGM mengguna pakai Kuartas tersebut dengan kos membaik pulih adalah tanggungan Pertubuhan .
Alhamdullilah pada 1.3.2001 . PSSGM Melaka telah mula membersihkan kawasan , seterusnya pada 3.3.2011 , semua kelengkapan pejabat yang ada di Kompleks  Penghulu , telah dibawa ke Pejabat Baru .
Maka bermulalah kami menggunakannya hingga sekarang . ...
 akan bersambung cerita ....

1 ulasan:

izzat.iqbal berkata...

terima kasih!! kerana berpenat lelah untuk kami smua...jasa anda akn kami hargai..x sabar nk jumpa ngan saudara/saudari skalian...harap2 dpt kita bersua

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...