Tamat sudah teka teki mesyuarat Agong PSSGM Kebangsaan , telah berjalan dengan lancar . Namun nak cerita sedikit beberapa pekara
PSSGM Melaka telah menghantar perwakilan dari Bahagian negeri lima orang , iaitu : Zuraini Husin , Rizal Husin , Roszaidi Yusof , Hairulnizam Johar dan Ishak Bin Maarif , sementara Daerah Alor Gajah adalah Siti Salwa Binti Ismail , Ali Hanafiah dan Muhammad Asyaari .
Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur , perbincangan telah dibuat , bagi pemilihan YDP , Melaka akan calunkan :
Plan A : Mencalunkan Cg Sazali Meor Abdul Rahman sebagai YDP .
Jika , dilihat tidak ada komitment .
Plan B ; Mencalunkan YDP Melaka untuk jawatan YDP
Jika dilihat ada percaturan :
Plan C : YDP Melaka akan mencalunkan YDP Lama untuk memegang jawatan .
Bila kami sampai di Hotel , saya telah melihat ada percaturan , di mana kerusi Perwakilan Negeri Melaka , Daerah Alor Gajah dan Johor Baharu di letakan dibelakang sekali . Pengalaman saya dalam penyusunan mesyuarat Agong telah mengajar saya , dari segi susunan kerusi ini . Maka Planc C perlu dilakukan .
Maka Dato Ismail Bin Hj Jantan telah mencalunkan YDP lama mengekalkan jawatan , kerana kalau lawan pun mungkin tidak akan ada makna nya , malahan akan dikatakan untuk mengocak dan menghuruharakan mesyuarat aja ataupun seperti yang dikatakan " SENGAJA CARI PASAL " . Namun tujuan darii itu adalah untuk membaca dan melihat jawapan hati hati perwakilan dan AJK lama adakah betul persoalan lama Dato Ismail , dalam mesyuarat AJK 8.12.2012 yang lalu benar atau tidak , ? Mereka memang dah bersedia untuk menolak Dato Ismail .
Bagi saya , dari dulu pun saya tidak berminat YDP Melaka , Dato Ismail Jantan untuk menjawat jawatan YDP Kebangsaan , kerana terlalu banyak masa , kewangan dan kehidupan akan tertumpu ke Kebangsaan , seperti tahun 2008 - 2009 yang lalu . Malahan akhir akhir ni pun beliau tidak berminat untuk merebut jawatan tersebut . Malas nak turun naik ke KL tu katanya .
Namun apa yang ingin saya ucapkan dalam ucapan penangguhan yang lalu tak sempat untuk diperkatakan , kerana terlalu banyak pekara yang lain dibincangkan . Ingin saya menyatakan di sini antaranya yang ingin saya ucapkan sebagai pengetahuan sahaja .
Sebelum saya bercakap
panjang lebar di sini , terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua
yang hadir di sini jika ada kata kata saya akan menyinggung atau menyakitkan
hati . Mohon maaf semua
Terlebih awal saya ucapkan tahniah kepada semua yang telah
terpilih dalam menerajui Pertubuhann ini dalam masa dua tahun akan datang .
Berdiri saya disini bukan lah apa , kerana ingin meluahkan sedikit rasa hati
selama ini .
Pada tahun 2009 lalu Gayong Melaka adalah negeri pertama calunkan
YDP untuk menerajui Pertubuhan dalam Mesyuarat Agong Gayong Melaka , walau pun pada ketika itu
ramai yang tidak mahu beliau menerajui Pertubuhan ini , mereka mahukan Datuk zainal Sakom , malahan saya pernah
menjadi mangsa , ketika khatam keris di Melaka , yang mana saya telah menjemput YDP , tetapi , semua
orang mahu orang lain . selaku penganjur , tentulah Gayong Melaka yang manjadi mangsa .
Begitu
juga dengan Kejohanan Silat Gayong
Malaysia Kebangsaan di Melaka , ada pihak tidak mahu YDP merasmikan program .
Terpaksalah kami memaklumkan kepada YDP dengan alasan alasan . Tapi orang orang
inilah yang menjilat balik , yang sentiasa mendampingan YDP . Apakah YDP tahu
musuh sebenar YDP ?
Ketika kes mahkamah
Tinggi , di Jalan Duta , Saya dan Dato Mail lah harapan YDP untuk memberikan
sokongan dan semangat , saya dari Melaka terpaksa datang cepat kerana tiada
muka , tiada siapa dari mana mana boleh datang bantu memberikan sokongan samada orang Selangor , Wilayah ataupun keluarganya .
Ketika menyelesaikan masalah di pejabat Pesuruhjaya sukan ,
saya dan Dato Mail lah yang diserahkan tanggungjawab untuk menyelesaikan , tidak
dibenarkan pulang ke Melaka selagi tak selesai kat pejabaat Pesuruhjaya sukan .
SAYA TIDAK MINTA
DIBALAS DALAM APA JUGA USAHA , BANTUAN SAYA
SELAMA INI . Malahan saya tidak berminat pun untuk jadi AJK Pusat ketika itu .
Tetapi saya tidak tahu APAKAH SALAH SAYA , saya di fitnah ,
diumpat , dikeji , dihina , dipinggirkan
Apakah ini balasanya , apakah
oreng orang disekeliling beliau tahu , bagaimana hati kami .
Sebaliknya ada yang mengatakan hati saya dengki kianat ,
busuk bagaikan bangkai , dah hati saya tak berkharuan tentang duit berjuta juta .
Sedarkah tuan tuan ,
bahawa tuan tuanlah yang hati tak berkharuan , apa bila Gayong Malaysia ,
mempunyai duit berjuta , ketika itu lah tuan tuan semua menghampiri YDP . Masa pertubuhan tidak mempunyai
kewangan dahulu , dimana tuan tuan , kalau bukan Melaka yang buat program
, mana negeri tuan tuan ? Sebenarnya ,
tuan tuanlah yang banyak menaburkan fitnah , bersangka buruk dengan kami .
Saya selaku AJK tahu , Duit berjuta itu tiada siapa boleh miliki , saya bukan lah
orang BODOH , berfikiran begitu . Duit
itun adalah milik ahli ahli pertubuhan semua . Tetapi…
Yang sering menjadi persoalan saya , YDP selalu membuat
program , tidak berbincang , selalu buat keputusan sendiri . Selepas program
tidak ada posmortam kewangan . Saya sebagai AJK tidak tahu aliran kewangan ,
darimana kewangan didapati dan dibelanjakan . Berhutang ke ? Ada lebih ke ? Mengapa ?
Apa bila orang lain , ahli ahli diluar sana mempersoalkan
tentang kewangan , tentang aktiviti , saya sebagai AJK pun sama akan terlibat ,
mengapakah dibiarkan orang membuat
TOMAHAN , sentiasa .
Ini juru audit , tidak bertugas pun . Kita pertubuhan besar ,
kalau ada mana mana pihak membuat
lapuran polis , lapuran SPRM , saya pun akan terlibat . Tidak sedarkan tuan
tuan tentang pekara ini .
Habis habis , ada yang mengatakan saya nak berperang , nak
bergaduh , saya mendapat didikan pengurusan pentadbiran pertubuhan ini bukan
baru , dari Allahyarham Hj Razali Salleh lagi . Saya sering kali menghadiri
kursus kursus pengurusan anjuran Pejabat Pesuruhjaysa sukan , Jabatan Belia ,
kementerian kebudayaan dan kerajaan negeri
malahan sering kali menganjurkan kursus pengurusan . Saya bukan orang
BODOH dalam pengurusan pentadbiran . Yang pastinya saya bukan orang
PENGECUT suka cakap belakang . Takut dengan bayang bayang
sendiri .
Mengapakah ada yang
mengatakan saya tidak ikhlas , kalau saya tidak ikhlas , saya akan biarkan
Pertubuhan ini dihina , dicaci . Saya sendiri tidak sanggup apa bila ada
pegawai PPS mengatakan Pertubuhan kita
ini Gah , buat program besar besar ,
tetapi tak tahu pengurusan . “ Jagalah
dia nanti “
Itulah antara perkataan yang saya dapati .
Saya juga agak terkejut apabila Pertubuhan ini tidka menyimpan
rekod pendaftaran ahli semur hidup , mengapakah ahli saya mempunyai pendaftaran
2002 dan telah buat kad ahli seumur hidup , dikatakan tidak layak menhadiri
mesyuarat ? Apa dah jadi dengan pentadbiran pertubuhan ini. Nasib baik saya
menyimpan semua rekod , kalau negeri lain tu macaman pula ?
Dari itu , harapan saya , pada tahun tahun akan datang ,
berjaga jagalah wahai AJK dan Anak Gayong Malaysia , jangan memFitnah , adu
doba , mengumpat mengkeji ,menghina sesama ahli
, di jadi amalan hidup dalam bersilat
. Janganlah bila buka mulut je bau longkang , buka mulut je bau jamban .
Balasan ALLAH itu nyata dan amat cepat , kadang kala balanya
, akibatnya , hukumanya , sampai kepada anak cucu kita . Ingatlah wahai
kawan kawan .
Sekian terima kasih .
Namun yang nyatanya , saya rasa bersyukur tidak terlantik menjadi AJK Pusat lagi . Saya rasa bebas .
5 ulasan:
rumah terbakar nampak asap,
hati tercalar siapa yang tahu...
salam mak yam. saya sebenar tumpang rasa gusar apabila makyam atau mana2 perwakilan melaka tidak tercalon sbgai AJK pusat. hakikat sebenarnya, ada AJK2 yg tercalon yg cukup sya yakin dpt membuat kerja. tetapi ade kalangan AJK yg trlantik lebih kepada populariti sahaja dan favorite ramai kerana dikenali mengangguk kepala sahaja apabila mesyuarat. apa guna AJK pusat bersidang kalau tiada perbincangan. apa guna ber"pertubuhan" kalau tindakan hanya diambil tanpa persetujuan majoriti ahli mesyuarat. bagi yg memfitnah, akan jatuh sendiri. pengecut da suka menjilat. nampak sudah rupa2nya nama sahaja "pendekar dan panglima" tapi penakut dan pengikut, bukan pejuang dan pemimpin. saya doakan semoga dgn AJK yg ada di pusat, masih dpt mengimbangi AJK2 yg tak buat kerja. semoga usaha kita dirahmati oleh Allah swt...
Alhamdulillah , sebenarnya , janganlah sesiapa gusar , bagi kami di Melaka , keadaan ini kami terima dengan hati yang terbuka .
kalu jin makan asap
manusia makan suap
ada manusia makan rm
lita cerita kat sprm
ranjers
Setiap perbuatan ada ketentuan Allah , sabar saja yang boleh mengatasi masaalah .
Catat Ulasan