Selasa, 10 Mei 2011

KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS GURULATIAH PSSGM MELAKA

Pada 7 Mei 2011 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Majlis Gurulatih PSSGM Melaka , antara lain keputusan yang telah dibuat :
1. Tiada  mana mana pihak atau orang perorangan boleh menggunakan nama Pertubuhan ini tanpa kebenaran mengikut pelembagaan pertubuhan Peraturan 29 no 6 hingga 10. Gagal berbuat demikian , tindakan berlandaskan undang undang akan diambil .
2. Semua gurulatih yang bertugas adalah tertakluk kepada peraturan Buku Kecil Majlis Gurulatih  Bab VII .
3. Tiada  sesiapa boleh mengajar di Negeri Melaka menggunakan nama Pertubuhan ini tanpa permohonan atau kebenaran bertulis dari PSSGM Negeri Melaka .Sebarang permohonan hendaklah melalui setiausaha Majlis Gurulatih  Negeri .
4. Bagi penyelarasan dan pengurusan Pertubuhan , hanya Setiausaha PSSGM Negeri yang akan berurusan dengan Ibu pejabat  bagi urusan pendaftaran keahlian /  pendaftaran ujian dan  permohonan sijil sijil .
5. Tiada mana mana pihak boleh menggunakan kuasa , nama  dan kenalan untuk berurusan dengan ibu pejabat tanpa maklum kepada Setiausaha Negeri atau YDP Negeri .
6. Majlis Gurulatih Negeri  Melaka  bersedia menerima permohonan dari mana mana gurulatih luar untuk mengajar asalkan mematuhi peraturan Majlis Gurulatih yang sedia ada .
7. Gurulatih yang mengajar diluar negara hendaklah mendaftarkan namanya ke ibu pejabat dan yang mengajar di dalam negeri hendaklah berdaftar dan berurusan Majlis Gurulatih Negeri  berkenaan .
8. Mana mana gurulatih yang  tidak mematuhi peraturan dan ketetapan ini , adalah dilarang untuk mengajar pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia dalam Negeri Melaka .
9. Bagi gelangggang yang diajar oleh bukan ahli Jawatankuasa Majlis Gurulatih Negeri , gelanggang tersebut hendaklah di pantau oleh Setiausaha Majlis Gurulatih - En Hairulnizam Bin Johar .

Ini adalah bertujuan untuk memastikan nama Pertubuhan dan maruah Pertubuhan akan terus terpelihara .
Ianya juga bertujuan untuk mengelakan sesiapa juga menggunakan nama Pertubuhan tetapi bukan ahli dan  bukan gurulatih bertauliah .
Ianya juga bertujuan untuk menjaga kepentingan Gurulatih PSSGM Melaka supaya menjalankan tugas dengan tenang dan bertanggungjawab .

Walau bagaimana  pun :
Sekiranya Gurulatih yang berdaftar dalam Negeri Melaka tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sempurna , mereka akan digantung bertugas sehingga semua masalah selesai .
Antar tanggunjawab Gurulatih yang sedia ada :
1. Gurulatih harus berdaftar dan mempunyai sijil kegurulatihan .
2. Keahlian gelanggang hendaklah berdaftar
3. Ahli hendaklah menjalani Majlis penerimaan murid sebelum diberikan " Buah Kunci Mati ".
4.Sijil Gelanggang haruslah dipohon kepada setiausaha Negeri terlebih dahulu .
5. Sebarang permohonan Ujian peningkatan hendaklah  melalui Majlis Gurulatih Negeri Melaka .
6.Sebarang penyampaian Bengkong kepada ahli hendaklah didaftarkan dahulu ke Bahagian negeri seterusnya ke Ibu Pejabat .

Sekian harap maklum .

Tiada ulasan:

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...