Ahad, 27 Mac 2011

Blog Rasmi PSSGM Melaka .

Assalammualaikum ....

Hari ini saya memulakan catitan untuk blog Gayongmk , blog rasmi PSSGM Melaka .
Saya bukanlah seorang yang Pandai untuk membuat blog ini , namun saya usahakan hasil bantuan ahli ahli PSSGM Melaka juga .
Dari sini semua pelayar akan dapat mengetahui maklumat maklumat dari saya selaku Setiausaha PSSGM N. Melaka , juga jika ada sebarang persoalan , bolehlah dikemukakan  , yang mana saya mampu untuk menjawab akan saya jawab jika tidak  silalah layari blog YDP .
Ingin saya memberikan sedikit catitan untuk aktiviti PSSGM Melaka pada tahun 2011 ini yang telah berlalu ataupun akan dijalankan .
Bagi Bulan Januari  - tiada aktiviti yang lebih penting dari Ujian Peningkatan  bengkong Kuning seramai 10 orang samada nak naik bengkong kuning atau cula . Juga ujian ujian peningkatan bengkong bagi ahli ahli baru di gelanggang .

Bagi Bulan Februari - sebagai persediaan PSSGM Melaka untuk menyediakan Gurulatih yang mantap telah mengadakan kursus pada 3 hingga 6 Februari di Pusat Aktiviti PSSGM Melaka , seramai 17 orang menyertai . Mudah mudahan semua ilmu dapat digunakan sepanjang latihan yang bakal diadakan . Begitu juga dengan Majlis penyampaian Bengkong untuk ahli PSSGM Melaka  pada 26.2.2011 di MMU sebagai semangat untuk semua ahli  yang masih bersekolah dapat masuk U.

Bagi Bulan Mac - aktiviti  saya dan YDP adalah mengikuti lawatan PSSGM ke Singapura  pada 4 hingga 6  Mac , terima kasih kepada murid murid ssg di sana . Seterusnya Kursus Seni Parang  di Pusat Aktiviti PSSGM Melaka  pada 11 hingga 13 Mac  seramai 42 orang yang mengikuti . Begitu juga program 26.3.2011 di UITM Segamat .

Bulan April - adalah bulan yang begitu mencabar bagai PSSGM , kami akan menganjurkan PERKEMAHAN PERDANA SILAT SENI GAYONG MALAYSIA , NEGERI MELAKA " di Hutan Rekarasi Sungai udang pada 14 hingga 17 April 2011 . Semua ahli baru dan lama dijemput hadir semasa majlis Penutup perkemahan yang adakan diadakan pada 17 April di Padang Kawat , Pusat Latihan RELA Zon Selatan , Sungai udang , dijangka dirasmikan oleh Penaung PSSGM Negeri Melaka , YAB Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam . Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini .

Bulan Mei , PSSGM akan mengadakan satu Bengkel  Pentadbiran PSSGM Melaka pada 8 Mei 2011  dalam cadangan di Hotel Seri Malaysia  hanya sehari .

Mei  - Pertandingan Silat Dewasa Dan Remaja  ( 27 - 29 Mei )

Itulah dahulu sebagai pengetahuan ...

1 ulasan:

ramadhan berkata...

Salam...nak tanye,seni silat gyong ini ade kat Melaka kat mana...

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...