STRATEGI PROGRAM PEMBANGUNAN GURULATIH
Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia - Dato' Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda Mohd Hashim , telah menurunkan pelajaran Silat Seni Gayong ini dari utara hingga selatan tanah air pada waktu dan masa yang berbeza .
Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia - Dato' Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda Mohd Hashim , telah menurunkan pelajaran Silat Seni Gayong ini dari utara hingga selatan tanah air pada waktu dan masa yang berbeza .
Jadi ada Gurulatih gurulatih juga mendapat pelajaran berbeza .
Setiap pelajaran yang dikatakan dari Mahaguru , tidak sekali kali ditolak begitu sahaja . murid murid boleh mencari dan mempelajari dari segenap pelusuk tanah air dengan Gurulatih yang berbeza asalkan ianya dikatakan dari ilham Mahaguru juga.
Harapan janganlah ada anak anak murid memperkecilkan apa pelajaran yang pernah Gurulatih Senior dapat . Itu semua adalah dari Mahaguru yang sama juga . Samada pelajaran yang disusun oleh PSSGM , PSSPGM ataupun PASAK , sama Mahaguru nya .
Namun , satu tindakan perlu diambil untuk penyelarasan / penataran pelajaran ini demi masa depan pertubuhan ini sendiri terutama PSSGM . Agar pelajaran ini dapat diturunkan dengan cara teratur dan tersusun .
Dari itu ,
PSSGM Induk telah merancang satu strategi untuk semua Gurulatih PSSGM Seluruh Malaysia , bagi penyelarsan atau penataran pelajaran yang begitu banyak dalam pertubuhan ini .
TUJUAN
1. Program ini adalah bertujuan untuk membina Strategi Program Pembangunan
Gurulatih.
LATAR BELAKANG
2. Berdasarkan
pemerhatian, pertimbangan yang digunakan untuk melaksana aktiviti pembangunan
gurulatih pada lazimnya dilakukan secara ad hoc dan juga didapati tiada
matlamat yang jelas dalam konteks pembangunan Silat Gayong Malaysia secara
menyeluruh. Akibat dari amalan tindakan
seumpama ini ilmu persilatan Gayong Malaysia kian hilang, dan kini berhadapan
dengan ancaman tidak mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda. Oleh kerana kegiatan ini tidak dirancang
dengan teliti maka terdapat pelbagai missing link baik dari aspek kandungan berstruktur
(structured subject matter content), kesinambungan aktiviti (activity
continuum) dan pengiktirafan taraf (authority acknowledgment).
3. Program
dan aktiviti pembangunan perlu dirancang dan berkaitan lansung dengan visi dan
misi Pertubuhan. Setiap item dirancang
kelihatan seolah-olah untuk tujuan jangka pendek dan bersifat one off. Sewajarnya urusan pembangunan dikendalikan
untuk tujuan setidak-tidaknya dua tahun, iaitu satu penggal pentadbiran sebuah
jawatankuasa. Namun begitu
sebaik-baiknya biarlah perancangan itu untuk tempuh lima tahun dan
pengendaliannya secara sambut menyambut (back to back) di antara jawatankuasa
pentadbiran yang lama dengan yang baru sekiranya berlakunya pertukaran ahli
jawatankuasa pada peringkat pusat..
4. Program
pembangunan gurulatih ini harus dirancang berlandaskan penerusan ilmu,
perluasan dan penyebarannya. Maka program ini wajar untuk merujuk tajuk-tajuk
seperti perlantikan gurulatih, penambahan ilmu, kaedah mengajar, pengurusan
organisasi, juri dan wasit pertandingan, penyediaan atlit, dan sebagainya
sebagai pengisian. Kumpulan gurulatih hendaklah dibangunkan dari aspek bidang
`profesional’ nya supaya mereka dapat berbakti dan menyumbang ke arah yang
dinyatakan (penerusan ilmu dan penyebarannya).
Kesemuanya ini akan berkaitan dengan jelas jika dijadikan asas dalam
pertimbangan pemberian penganugerahan sandang kebesaran, jawatan adat, kenaikan
bengkung peringat tinggi dan sebagainya.
Dengan demikian jika andaian suatu pelan pembangunan itu diberi tempuh
lima tahun, maka hendaklah dibina dan diatur setiap aktiviti itu mempunyai
matlamat dan bersifat kandungan berstruktur, kesinambungan aktiviti dan
pengiktirafan taraf.
OBJEKTIF
5. Untuk
tujuan pembangunan gurulatih maka program dan aktivitinya hendaklah untuk
mencapai matlamat berikut:
i. Mewujudkan skim perlantikan gurulatih
ii. Beri latihan dan pendedahan yang
berterusan dan mencukupi
iii. Memantapkan pengetahuan dan pemahaman
pelaksanaan pertubuhan
RASIONAL
6. Gurulatih
adalah nadi kepada pelaksanaan pertubuhan.
Kumpulan ini adalah dalam kalangan pemimpin dan jurucakap pada peringkat
grass root. Maka mereka perlulah
dibangunkan secara berstruktur, jelas dan berterusan. Sekiranya mereka ini dapat berfungsi dengan
cekap dan berkesan, pengurusan mengendali pertubuhan akan lebih teratur dan
dapat memberi sumbangan yang lebih besar dan bermakna kepada masyarakat dan
negara.
CADANGAN
7. Program
atau aktiviti pembangunan boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk mengikut
kesesuaian dan kemudahan yang ada seperti perkhemahan, lawatan, kursus,
bengkel, seminar dan konvensyen.
Modul-modul hendaklah dibangunkan supaya setiap program atau aktiviti
yang dianjur hendaklah jelas mengenai perkara-perkara berikut:
i. Tajuk
ii. Objektif
iii. Kandungan
iv. Kumpulan
sasar
v. Tempoh
setiap penyampaian
vi. Kaedah
penyampaian
vii. Bahan
atau alatan yang digunakan
viii. Penilaian
8. Bengkel-bengkel
hendaklah diaturkan untuk membina modul seperti yang dinyatakan seperti dibawah
. Susunkan bidang mengikut keutamaan
berdasarkan yang manakah yang lebih mendesak dan dilaksanakan dengan
segera. Contoh modul adalah seperti di
lampiran. Mereka yang mengikuti program atau aktiviti latihan hendaklah
diujudkan profil yang lengkap untuk tujuan rujukan kenaikan taraf
kegurulatihannya kemudian.