Isnin, 2 Mei 2016

STRATEGI PROGRAM PEMBANGUNAN GURULATIH

Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia - Dato' Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda Mohd Hashim , telah menurunkan pelajaran Silat Seni Gayong ini dari utara  hingga selatan tanah air pada waktu dan masa yang berbeza . 
Jadi  ada Gurulatih gurulatih  juga mendapat pelajaran berbeza . 
Setiap pelajaran yang dikatakan dari Mahaguru , tidak sekali kali ditolak begitu sahaja . murid murid boleh mencari dan mempelajari dari segenap pelusuk tanah air dengan Gurulatih yang berbeza  asalkan ianya dikatakan dari ilham Mahaguru juga. 
Harapan janganlah ada anak anak murid memperkecilkan apa pelajaran yang pernah Gurulatih Senior dapat . Itu semua adalah dari Mahaguru yang sama juga . Samada pelajaran yang disusun oleh PSSGM , PSSPGM ataupun PASAK  , sama Mahaguru nya .
Namun , satu  tindakan perlu diambil untuk penyelarasan / penataran pelajaran ini  demi  masa depan pertubuhan ini sendiri  terutama PSSGM . Agar pelajaran ini dapat diturunkan dengan cara teratur  dan tersusun .

Dari itu , 
PSSGM Induk telah merancang satu strategi untuk semua Gurulatih PSSGM Seluruh Malaysia , bagi penyelarsan atau penataran pelajaran yang begitu banyak dalam pertubuhan ini . 


TUJUAN

1.         Program ini adalah bertujuan untuk  membina Strategi Program Pembangunan Gurulatih.

LATAR BELAKANG

2.         Berdasarkan pemerhatian, pertimbangan yang digunakan untuk melaksana aktiviti pembangunan gurulatih pada lazimnya dilakukan secara ad hoc dan juga didapati tiada matlamat yang jelas dalam konteks pembangunan Silat Gayong Malaysia secara menyeluruh.  Akibat dari amalan tindakan seumpama ini ilmu persilatan Gayong Malaysia kian hilang, dan kini berhadapan dengan ancaman tidak mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda.  Oleh kerana kegiatan ini tidak dirancang dengan teliti maka terdapat pelbagai missing link  baik dari aspek kandungan berstruktur (structured subject matter content), kesinambungan aktiviti (activity continuum) dan pengiktirafan taraf (authority acknowledgment).

3.         Program dan aktiviti pembangunan perlu dirancang dan berkaitan lansung dengan visi dan misi Pertubuhan.  Setiap item dirancang kelihatan seolah-olah untuk tujuan jangka pendek dan bersifat one off.  Sewajarnya urusan pembangunan dikendalikan untuk tujuan setidak-tidaknya dua tahun, iaitu satu penggal pentadbiran sebuah jawatankuasa.  Namun begitu sebaik-baiknya biarlah perancangan itu untuk tempuh lima tahun dan pengendaliannya secara sambut menyambut (back to back) di antara jawatankuasa pentadbiran yang lama dengan yang baru sekiranya berlakunya pertukaran ahli jawatankuasa pada peringkat pusat.. 

4.         Program pembangunan gurulatih ini harus dirancang berlandaskan penerusan ilmu, perluasan dan penyebarannya. Maka program ini wajar untuk merujuk tajuk-tajuk seperti perlantikan gurulatih, penambahan ilmu, kaedah mengajar, pengurusan organisasi, juri dan wasit pertandingan, penyediaan atlit, dan sebagainya sebagai pengisian. Kumpulan gurulatih hendaklah dibangunkan dari aspek bidang `profesional’ nya supaya mereka dapat berbakti dan menyumbang ke arah yang dinyatakan (penerusan ilmu dan penyebarannya).  Kesemuanya ini akan berkaitan dengan jelas jika dijadikan asas dalam pertimbangan pemberian penganugerahan sandang kebesaran, jawatan adat, kenaikan bengkung peringat tinggi dan sebagainya.  Dengan demikian jika andaian suatu pelan pembangunan itu diberi tempuh lima tahun, maka hendaklah dibina dan diatur setiap aktiviti itu mempunyai matlamat dan bersifat kandungan berstruktur, kesinambungan aktiviti dan pengiktirafan taraf.


OBJEKTIF

5.         Untuk tujuan pembangunan gurulatih maka program dan aktivitinya hendaklah untuk mencapai matlamat berikut:

i.          Mewujudkan skim perlantikan gurulatih
ii.         Beri latihan dan pendedahan yang berterusan dan mencukupi
iii.        Memantapkan pengetahuan dan pemahaman pelaksanaan pertubuhan



RASIONAL

6.         Gurulatih adalah nadi kepada pelaksanaan pertubuhan.  Kumpulan ini adalah dalam kalangan pemimpin dan jurucakap pada peringkat grass root.  Maka mereka perlulah dibangunkan secara berstruktur, jelas dan berterusan.  Sekiranya mereka ini dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan, pengurusan mengendali pertubuhan akan lebih teratur dan dapat memberi sumbangan yang lebih besar dan bermakna kepada masyarakat dan negara.

CADANGAN

7.         Program atau aktiviti pembangunan boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian dan kemudahan yang ada seperti perkhemahan, lawatan, kursus, bengkel, seminar dan konvensyen.  Modul-modul hendaklah dibangunkan supaya setiap program atau aktiviti yang dianjur hendaklah jelas mengenai perkara-perkara berikut:

i.          Tajuk
ii.         Objektif
iii.        Kandungan
iv.        Kumpulan sasar
v.         Tempoh setiap penyampaian
vi.        Kaedah penyampaian
vii.       Bahan atau alatan yang digunakan
viii.      Penilaian

8.         Bengkel-bengkel hendaklah diaturkan untuk membina modul seperti yang dinyatakan seperti dibawah .  Susunkan bidang mengikut keutamaan berdasarkan yang manakah yang lebih mendesak dan dilaksanakan dengan segera.  Contoh modul adalah seperti di lampiran. Mereka yang mengikuti program atau aktiviti latihan hendaklah diujudkan profil yang lengkap untuk tujuan rujukan kenaikan taraf kegurulatihannya kemudian.



Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...