|
Date: | 21-Feb-2014 9:24am |
Nama: | mariam bte bujang |
Emel: | pssgm_melaka (at) yahoo (dot) com |
Kategori: | Pertanyaan |
Telefon: | 012-6877091 |
Faks: | 063851811 |
Organisasi: | PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA |
Mesej:
Assalammualaikum ....
Adalah dengan ini saya ingin bertanyakan tentang status pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di perengkat induk dan negeri negeri yang telah berdaftar dengan pejabat pesuruh jaya sukan sebelum ini .
1. Apakah benar Pertubuhan ini telah dibatalkan pendaftaranya di Pejabat Pesuruhjaya Sukan ?
2. Apakah benar Pertubuhan ini telah dirujuk pendaftaranya ke Pejabat Pendaftaran pertubuhan ?
3. Apakah benar , semua fail fail Pertubuhan telah dihantar ke Pejabat pendaftaran Pertubuhan Puterajaya dan bilakah masanya .
4. Kalau merujuk dari surat tuan yang bertarikh 20 september 2013 yang menarik Pembatalan 0149/98 yang lalu , menyatakan Pertubuhan Silat Seni gayong Malaysia tiada lagi pendaftaran di Pejabat pesuruhjaya sukan sehingga fail fail dihantar ke pejabat Pendaftaran pertubuhan ?
Mohon Penjelasan dari Pihak tuan secepat mungkin . |
Date: | 24-Feb-2014 9:38am |
Nama: | Khalid Khairuddin |
Mesej:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Belia 1Malaysia
Terima kasih kerana melayari laman portal rasmi KBS. Aduan/pertanyaan saudari telah dipanjangkan ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk maklumbalas selanjutnya.
Sekian terima kasih.
Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Was this reply helpful? yes / no
|
Date: | 26-Feb-2014 8:14am |
Nama: | Khalid Khairuddin |
Mesej:
Assalammulaikum,
Tuan/puan
STATUS BADAN SENI SILAT
Dengan hormat saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini telah memindahkan fail badan seni silat ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan seperti mana persetujuan antara pihak antara pihak kami dengan ROS bertarikh 7 November 2012. Bagi menjawab pertanyaan tersebut maka dengan ini adalah dimaklumkan segala badan silat berbentuk kebudayaan warisan bangsa tidak lagi berdaftar di pejabat ini. Perpindahan pendaftaran badan seni silat dari pejabat ini ke ROS telah dibuat seperti mana permohonan PESAKA dan ini sekaligus menjadikan hanya silat olahraga sahaja yang dibenarkan berdaftar di pejabat ini.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(SAIFUL MAAROF BIN MASROM)
Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,
Aras 3, Pusat Akuatik Nasional,
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil,
57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur.
( : 03-89944800
7 : 03-89944602
* : saifulmaarof.kbs@1govuc.gov.my
Was this reply helpful? yes / no
|
|
|