Isnin, 27 Januari 2014

TAWARAN MENYERTAI PERKEMAHAN PERDANA , IKHTIAR HIDUP DAN KAJIAN SEJARAH GAYONG MALAYSIA 2014

1.0               
            Kepada ,
Pengerusi ,
Persatuan Silat Seni Gayong 
Institut Pengajian Tinggi Seluruh Malaysia .
                                                                                                                                                  
27 Januari 2014

Tuan,

TAWARAN MENGIKUTI  PERKEMAHAN PERDANA ,
IKHTIAR  HIDUP DAN KAJIAN SEJARAH GAYONG MALAYSIA 
PERENGKAT KEBANGSAAN .
ANJURAN PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ,
BAHAGIAN   NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2014


Pekara diatas adalah dirujuk .

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia , Bahagian negeri Melaka  akan mengadakan satu Perkemahan Perdana , Kem Ikhtiar Hidup dan Kajian Sejarah  Silat  Seni Gayong Malaysia , Perengkat Kebangsaan dan Institut Pengajian Tinggi , yang melibatkan pelajar pelajar Ko Kurikulum Silat Seni Gayong , 

3. Dari itu adalah dengan ini ditawarkan kepada ahli ahli PSSGM  ,  untuk menyertai program diatas mengikut aturcara  berikut :

Tarikh            :           21 hingga 23 Mac 2014 ( Hari Jumaat  hingga Ahad )

Tempat           :           Tapak Perkemahan Pulau Besar ,
                                    Pernu   , Melaka

Bayaran         :           RM 50.00 seorang .( Makan minum dan Tambang Ferry )
                                ( Harga sebenar RM 64.00 seorang  : makan minum RM  15.00 X 2 hari   , Tambang Feri  
                                             pergi balik  RM 14.00 ,Tapak Perkemahan  RM 5.00 , Tandas  RM 5.00 X 2 hari ,
                                             Pengurusan  : RM  5.00 )

4.   Untuk makluman pihak tuan  , program ini  akan memberikan motivasi diri kepada  siswa siswi dalam mengikuti aktiviti lasak  . Peserta akan didedahkan cara pengurusan diri  , membangkitkan semangat juang yang tinggi dalam memastikan ahli ahli Pertubuhan  ini tetap releven dalam menangani masalah social  disamping melahirkan kemahiran insaniah , kemahiran komunakasi , kemahiran kepimpinan , kemahiran daya pemikiran kretif , kritis dan inovatif serta kemahiran mengawal emosi . Satu kajian Sejarah Pulau Besar juga akan diadakan bagi ahli ahli pertubuhan mengetahui perkembangan Agama Islam yang bermula di Pulau ini  serta kajian mengenai pembentukan Lembaga Adat PSSGM kali pertama  atas  pelantikan Orang 4 , Orang 8  , Orang 16 serta orang 32  oleh Mahaguru Dato Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda Mohd Hashim pada tahun 1959 .

 Kepada  yang berminat bolehlah menghubungi  alamat seperti dibawah untuk menyertai aktiviti ini . 
 PSSGM Bahagian Negeri Melaka :    No 2338 , Lot 114 ,  Kuarters Perhutanan, 78300  Masjid Tanah, Melaka. Tel :06-3851139 /Fax :06-3851811/ Hp :012-6877091(s/u),Email :pssgm_melaka@yahoo.com


           PENGENALAN

Aktiviti Perkemahan Perdana , Ikhtiar Hidup dan Kajian Sejarah Gayong Malaysia ini bertujuan untuk mendedahkan pesilat pesilat   kepada cara pengurusan diri dan membangkitkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan mereka untuk menempuh kehidupan atau kerjaya pada masa akan datang sejajar dengan tugas seorang siswa / siswi  yang memerlukan semangat kental , sabar dan penyayang . Program ini juga merangkumi pengisian aktiviti akvititi yang direka khusus untuk memenuhi dan memantapkan silibus silibus Silat Seni Gayong Malaysia yang wajib dipelajari oleh semua ahli Pertubuhan

  OBJEKTIF

1.1              Mengembangkan dan mengerakkan Silat Seni Gayong Malaysia di bawah satu bumbung .
1.2              Menjadikan seni bela diri sebagai satu cara hidup yang berdisplin
1.3              Memenuhi matlamat program dalam merealisasikan wawasan rakan muda dan wawasan 2020.
1.4              Melahirkan pesilat yang mempunyai jati diri yang tinggi .
1.5              Membentuk semangat yang kental dalam diri setiap pesilat
1.6              Melatih ahli untuk menjadi seorang insan yang sabar serta kretif  dalam menyelesaikan masaalah .
1.7              Memupuk semangat kerjasama dalam diri setiap ahli .


1.0             JUSTIFIKASI DAN HASIL

1.1              Segala pelajaran mengenai Silat Seni Gayong Malaysia dapat disalurkan kepada peserta
1.2              Melahirkan pesilat yang berkualiti dan mahir dalam pelbagai bidang dan aspek
1.3              Hubungan antara ahli Silat Seni Gayong Malaysia dapat dijalinkan dengan erat
1.4           Perasaan cinta dan kasih sayang terhadap budaya bangsa semakin meningkat dalam diri setiap ahli
1.5              Aspek jati diri , keperibadian dan penghayatan terhadap konsep modal insan dapat ditingkatkan menerusi pengisian dalam program ini selaras dengan hasrat kerajaan iaitu membina modal insan dalam diri setiap individu.

1.0              PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH

1.1              Kemahiran insaniah yang boleh didapati didalam program ini ialah kemahiran menguruskan sesuatu majlis  , program  atau aktiviti akvtiti luar .
1.2              Kemahiran komunakasi dalam merancang program program yang dibuat dengan baik seperti berurusan dengan pentadbiran , institut pengajian tinggi  lain dan para pelajar yang lain .
1.3              Kemahiran kepimpinan dalam mengaturkan tugasan kepada rakan rakan mahasiswa/ mahasiswi yang lain .
1.4              Kemahiran daya pemikiran kretif , kritis dan inovatif dapat menjadikan mahasiswa mahasiswi lebih berkualiti supaya mereka dapt membantuk corak perkembangan Negara yang maju pada masa akan datang.
1.5              Kemahiran mengawal emosi dipupuk semasa proses perancangan program berlangsung .


1.0             KUMPULAN SASARAN / PESERTA

Seramai  mahasiswa  dan mahasiswi dari institut Pengajian Tinggi  yang mengambil kursus ko kurikulum Silat Seni Gayong Malaysia bagi tahun 2014 termasuk bekas mahasiswa mahasiswi yang sudah mengambil kursus ini pada semester semester  yang lalu .



Jumaat, 10 Januari 2014

AKTIVITI PSSGM MELAKA UNTUK TAHUN 2014

  


AKTIVITI  TAHUN  2014
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ,
BAHAGIAN NEGERI MELAKA


BULAN

AKTIVITI

TEMPAT
JAN
31hb

Majlis Silaturahim Dan keluarga


Pusat Aktiviti PSSGM Melaka

FEB
14-16hb



Kejohanan Silat Remaja Dan Dewasa


Kompleks Rakan Muda , Alor Gajah

MAC
21 –23hb


Perkemahan Perdana
( Pelibatan Institut Pengajian Tinggi ) 


Pulau  Besar

APRIL
25-27hb


Kursus Seni Tembong / Tongkat Panjang 


Pusat Aktiviti PSSGM Melaka

MEI
31hb


Mesyuarat Agong PSSGM Melaka


Pusat Aktiviti PSSGM Melaka

JUN


22hb


Ujian peningkatan

Majlis Tahlil Mahaguru




Pusat Aktiviti PSSGM Melaka
JULAI
19hb


Majlsi berbuka Puasa

Pusat Aktiviti PSSGM Melaka
OGOS
17hb


Majlis Sambutan Hari Raya

Pusat Aktiviti PSSGM Melaka
SEPT.
12-14hb
13hb

Kursus Majlis Lembaga Adat
Majlis penyampaian Sandang PSSGM


Hotal Seri Malaysia
OKT
24-25hb


Awal Muharram

Gelanggang solok Limau Nipis

NOV
21-23hb


Lawatan PSSGM Melaka

Akan ditentukan tujuan
DIS
19-21hb



Kejohanan SeniMempertahankan Diri

Kompleks belia Dan Sukan Ayer Keroh



MEMO

1.               Yuran Tahunan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Negeri sebelum 15 Mac 2014  dengan bayaran RM 5.00 seorang . Jika tidak saudara saudari dikehendaki membayar RM 10.00 dengan pendaftaran ahli semula  .

2.               Bermula Januari 2014 , membersih pusat aktiviti mengikut jadual ;

Januari            -           Cawangan Ramuan China
Februari         _           Cawangan Masjid Tanah
Mac                 -           Cawangan Alor Gajah
April                -           Cawangan Melaka Tengah
Mei                  -           Cawangan Sungai Rambai
Jun                  -           Bahagian negeri Melaka
Julai                 -           AJK Majlis Gurulatih
Ogos                -           Cawangan Ramuan China
September     -           Cawangan Masjid Tanah 
Oktober          -           Cawangan Alor Gajah
November      -           Cawangan Melaka Tengah
Disember       -           Cawangan Sungai Rambai  .

3.               Bermula dari 2014 , semua Gurulatih / Jurulatih adalah digalakan untuk mencari dan menambah gelanggang    .

4.               Persembahan dimajlis majlis Kenduri kahwin atau majlis rasmi bukan PSSGM tidak dibenarkan mempamirkan pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia  kecuali , mendapat keizinan dari Pertubuhan .







Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...