Adalah
dimaklumkan bahawa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia , Bahagian negeri
Melaka akan mengadakan satu Perkemahan
Perdana Interaksi dan Motivasi Pesilat Muda , sempena Sambutan Ulang tahun pengistiharan
Melaka Bandaraya Bersejarah Dari itu adalah dengan ini
ditawarkan kepada ahli ahli PSSGM untuk menyertai program diatas mengikut
aturcara berikut :
Tarikh : 12 hingga 15 April 2013 ( Jumaat – Isnin )
( bagi luar Melaka
program akan dihabiskan pada 14.4.2013
, jam 5.00 petang )
Tempat : Tapak
Perkemahan ,Pulau
Besar , Pernu , Melaka
Bayaran : RM
30.00 seorang
Kemah : Disediakan sendiri oleh ahli .
SEJARAH PERKEMAHAN
Setiap
tahun pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Pertubuhan ini di Negeri Melaka
seperti Perkemahan Perdana , Kejohanan Silat Olahraga dan Silat Seni Kursus Silat Olahraga dan Pelbagai Kursus
Senjata Tradisonal yang sentiasa ditunggu
oleh ahli ahli untuk menyertai
Aktiviti
perkemahan ini adalah merupakan aktiviti tahunan Pertubuhan Perkemahan Perdana
ini telah diadakan dari tahun 2008 lagi
secara kecil kecilan sempena sambutan ulangtahun Hari Pengistiharan
Melaka Bandaraya Bersejarah , ( 2008 –
Pantai Pengkalan Balak , 2009 – Pantai Pengkalan Balak , 2010 - Padang
Kementerian Belia Dan Sukan Ramuan China Besar , 2011 - Hutan Rekarasi Sungai Udang- Kem Rela Zon Selatan
dan 2012 - Padang Rekarasi Bukit
Beringin , Masjid Tanah , Melaka .
Pertubuhan
ini juga telah mengadakan beberapa kali Perkemahan di Pulau Besar dengan
membawa perserta Ko Kurikulum Silat Seni Gayong Malaysia , Kolej University
Islam Melaka , Universiti Multimedia dan
Universiti Malaya , dengan jayanya
Pulau
Besar mempunyai sejarah tersendiri kepada pertubuhan ini . Pada tahun 1959 ,
Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia sendiri iaitu Datuk Meor Abdul Rahman Bin
Daing Uda Hashim telah hadir dalam satu persembahan secara besar besaran di
Gelanggang Bukit Lintang , Melaka diatas jemputan En Yaaman . Seterusnya rombongan Mahaguru ini telah singgah
di Pulau Besar dan membenutk susunan Ahli Lembaga
Adat kali pertama dengan perlantikan
Orang 4, Orang 8, Orang 16 dan Orang 32. Dari ini , Pulau Besar ini memang
mempunyai kaitan rapat dengan Pertubuhan.
MATLAMAT
Menghimpunkan seberapa ramai ahli Pertubuhan Silat
Seni Gayong Malaysia di Pulau Besar yang
mana Pulau yang mempunyai sejarah tersendiri dengan pertubuhan ini serta
Mahagurunya disamping membuktikan Pulau Besar , sebuah pulau yang
selamat dari igauan rakyat tentang pekara pekara mistik . Dengan ini dapat
membantu kerajaan negeri Melaka dalam mempermosikan
Pelancungan di Pulau Besar
OBJEKTIF
·
Memaklumkan bahawa
Pertubuhan secara berterusan memainkan
perananya sebagai sebuah badan NGO yang menyokong usaha kerajaan untuk
membendung masalah belia negara Agama menjadi sumber inspirasi, motivasi dan
pengawalan untuk bertingkahlaku yang bernilai lluhur dari segi agama dan kepentigan
masyarakat.
Memaklumkan
bahawa Pertubuhan secara
berterusan menjalankan
kegiatan pembangunan bagi
memastikannya bergerak selari dan
bertepatan dengan dasar-dasar
sukan,pendidikan dan kebudayaan Negara
Memaklumkan bahawa pertubuhan ini sentiasa releven dalam menjalankan pelbagai aktiviti dan
sentiasa di minati ramai
Memaklumkan bahawa pertubuhan ini tetap bersama
menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Melaka lebih lebih lagi Pulau Besar
sebagai salah satu tempat pelancungan yang terbaik
Syarat
penyertaan :
1.
Penganjuran aktiviti ini bertujuan
untuk menghimpunkan seberapa ramai ahli demi memastikan Pertubuhan Silat
Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Melaka akan terus menyumbang kepada menangani masalah belia Negeri Melaka dan
mencetuskan rasa cinta di kalangan generasi
muda terhadap kegiatan budaya warisan bangsa di Bumi Hang Tuah – Pahlawan Melayu di
samping aktiviti aktiviti tetap yang dilakukan setiap tahun iaitu Majlis
Pendaftaran Ahli Baru , Penerimaan Murid
Baru dan penyampaian Penyelarasan Pelajaran
2.
Haruslah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran
Negeri Melaka , Sekolah dan ibu bapa .
3. Pendaftaran akan
terus diadakan di Jeti Anjung Batu , Pernu , Melaka pada jam 5.00
petang – 6.00 petang 12.4.2013 . Bayaran
Pendaftaran adalah RM 30.00 seorang , meliputi penginapan kemah
, makan minum dan latihan latihan khas yang diadakan . ( Tambahan bayaran untuk yang ingin
mengikuti : Majlis Penerimaan Murid Baru RM
15.00 / RM 25.00 ( Pelimau seni )
4. Setiap peserta seharusnya membawa kelengkapan diri ,
pakaian silat , ubat ubatan dan pakaian secukupnya serta surat kebenaran
ibubapa yang dilampirkan .
5.
Bagi ahli ahli lama , PSSGM Melaka menawarkan latihan
seni pisau dengan bayaran tambahan RM 10.00
untuk senjata pisau dan sedikit nota .
6. Guru Penasihat atau pengerusi Gelanggang hendaklah
memaklumkan jumlah penyertaan pada atau sebelum 8 April 2013 dengan
menghubungai Setiausaha Pertubuhan ini
( 012-6877091 / 019-6868123 )
7. Harga
sebenar RM 80.00 seorang : makan
minum RM 18 .00 x 3 hari , Tambang RM
14.00 , Insuran RM 5.00 , Kemah RM 3.00
X 3 hari , lain lain Kos : RM 5.00