Isnin, 11 Mac 2013

PERKEMAHAN INTERAKSI DAN MOTIVASI PESILAT MUDA , ANJURAN PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA , BAHAGIAN NEGERI MELAKA 2013 Sempena Sambutan Ulangtahun Pengistiharan “ Melaka Bandaraya Bersejarah”


Adalah dimaklumkan bahawa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia , Bahagian negeri Melaka  akan mengadakan satu Perkemahan Perdana Interaksi dan Motivasi Pesilat Muda ,   sempena Sambutan Ulang tahun pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah   Dari itu adalah dengan ini ditawarkan kepada ahli ahli PSSGM untuk menyertai program diatas mengikut aturcara  berikut :

Tarikh :           12 hingga 15 April 2013   ( Jumaat – Isnin )
                       ( bagi luar Melaka  program akan dihabiskan pada 14.4.2013  , jam 5.00 petang )

Tempat           :           Tapak Perkemahan ,Pulau Besar ,  Pernu  ,  Melaka
Bayaran          :           RM 30.00 seorang   
Kemah            :           Disediakan sendiri  oleh ahli .
                                   


SEJARAH PERKEMAHAN

Setiap tahun pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Pertubuhan ini di Negeri Melaka seperti Perkemahan Perdana , Kejohanan Silat Olahraga dan Silat Seni  Kursus Silat Olahraga dan Pelbagai Kursus Senjata Tradisonal   yang sentiasa ditunggu oleh ahli ahli untuk menyertai

Aktiviti perkemahan ini adalah merupakan aktiviti tahunan Pertubuhan Perkemahan Perdana ini telah diadakan dari tahun 2008 lagi  secara kecil kecilan sempena sambutan ulangtahun Hari Pengistiharan Melaka Bandaraya Bersejarah , ( 2008 – Pantai Pengkalan Balak , 2009 – Pantai Pengkalan Balak , 2010 - Padang Kementerian Belia Dan Sukan Ramuan China Besar , 2011 - Hutan  Rekarasi Sungai Udang- Kem Rela Zon Selatan dan 2012 -  Padang Rekarasi Bukit Beringin , Masjid Tanah , Melaka .

Pertubuhan ini juga telah mengadakan beberapa kali Perkemahan di Pulau Besar dengan membawa perserta Ko Kurikulum Silat Seni Gayong Malaysia , Kolej University Islam Melaka , Universiti Multimedia  dan Universiti Malaya , dengan jayanya

Pulau Besar mempunyai sejarah tersendiri kepada pertubuhan ini . Pada tahun 1959 , Mahaguru Silat Seni Gayong Malaysia sendiri iaitu Datuk Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda Hashim telah hadir dalam satu persembahan secara besar besaran di Gelanggang Bukit Lintang , Melaka diatas jemputan  En Yaaman . Seterusnya rombongan Mahaguru ini  telah singgah di Pulau Besar dan membenutk susunan Ahli Lembaga Adat kali pertama  dengan perlantikan  Orang 4, Orang 8, Orang 16 dan Orang 32. Dari ini , Pulau Besar ini memang mempunyai kaitan rapat dengan Pertubuhan.

                                                                       MATLAMAT

Menghimpunkan seberapa ramai ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Pulau Besar  yang mana Pulau yang mempunyai sejarah tersendiri dengan pertubuhan ini serta Mahagurunya   disamping  membuktikan Pulau Besar , sebuah pulau yang selamat dari igauan rakyat tentang pekara pekara mistik . Dengan ini dapat membantu  kerajaan negeri Melaka dalam mempermosikan Pelancungan  di Pulau Besar 

OBJEKTIF

·        Memaklumkan bahawa Pertubuhan secara berterusan  memainkan perananya sebagai sebuah badan NGO yang menyokong usaha kerajaan untuk membendung masalah belia negara Agama menjadi sumber inspirasi, motivasi dan pengawalan untuk bertingkahlaku yang bernilai lluhur dari segi agama dan kepentigan masyarakat.

Memaklumkan    bahawa    Pertubuhan    secara    berterusan menjalankan  kegiatan  pembangunan  bagi  memastikannya bergerak  selari  dan  bertepatan  dengan  dasar-dasar  sukan,pendidikan dan kebudayaan Negara

Memaklumkan bahawa pertubuhan ini sentiasa releven  dalam menjalankan pelbagai aktiviti dan sentiasa di minati ramai

Memaklumkan bahawa pertubuhan ini tetap bersama menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Melaka lebih lebih lagi Pulau Besar sebagai salah satu tempat pelancungan yang terbaik

Syarat penyertaan :

1.     Penganjuran aktiviti ini  bertujuan  untuk menghimpunkan seberapa ramai ahli demi memastikan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Melaka akan  terus menyumbang kepada  menangani masalah belia Negeri Melaka dan mencetuskan rasa cinta di  kalangan  generasi  muda terhadap  kegiatan  budaya warisan bangsa  di Bumi Hang Tuah – Pahlawan Melayu di samping aktiviti aktiviti tetap yang dilakukan setiap tahun iaitu Majlis Pendaftaran Ahli Baru ,  Penerimaan Murid Baru dan penyampaian Penyelarasan Pelajaran

2.     Haruslah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka , Sekolah dan ibu bapa .

3.  Pendaftaran  akan terus diadakan di Jeti Anjung Batu , Pernu , Melaka   pada jam 5.00 petang – 6.00 petang 12.4.2013 . Bayaran Pendaftaran  adalah RM 30.00 seorang , meliputi penginapan kemah , makan minum dan latihan latihan khas  yang diadakan .  (  Tambahan bayaran untuk yang ingin mengikuti  : Majlis Penerimaan Murid Baru  RM 15.00 / RM 25.00 ( Pelimau seni ) 

4.  Setiap peserta seharusnya membawa kelengkapan diri , pakaian silat , ubat ubatan dan pakaian secukupnya serta surat kebenaran ibubapa  yang dilampirkan .

5.     Bagi ahli ahli lama , PSSGM Melaka menawarkan latihan seni pisau  dengan bayaran tambahan RM 10.00 untuk senjata pisau  dan sedikit nota .

6.   Guru Penasihat atau pengerusi Gelanggang hendaklah memaklumkan jumlah penyertaan pada atau  sebelum 8 April 2013 dengan  menghubungai Setiausaha Pertubuhan ini  ( 012-6877091  / 019-6868123 )

7.     Harga sebenar RM 80.00 seorang  : makan minum RM  18 .00 x 3 hari , Tambang RM 14.00 , Insuran RM 5.00 , Kemah  RM 3.00 X 3 hari , lain lain Kos  : RM  5.00


















Isnin, 4 Mac 2013

SURAT PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA





Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia teah mengeluarkan satu surat arahan untuk semua badan seni mempertahankan diri  untuk mendaftar ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan semula bermula minggu ini , masa hanya diberikan selama 60 hari . Masalahnya , badan induk belum mendaftar ke pejabat Pendaftaran Pertubuhan , negeri negeri dan daerah tidak dapat membuat tindakan untuk mendaftar ke Pejabat Pendaftar pertubuhan . Dah Cakap masa mesyuarat Agong hari tu , tapi masih belum ada buat tindakan ...



Untuk mendaftarkan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan , sesuatu pertubuhan yang mempunyai badan induk harus mendaftar dahulu , mengadakan mesyuarat agong khas untuk memindahkan kesemua  berkenaan pertubuhan , Nama Pertubuhan , Pelembagaan , keahlian , harta , kewangan dan seseluruhan berkaitan dengan pertubuhan yang didaftarkan , bukan boleh buat pindah tukar baju je ....


Kini hanya Persatuan seni memepertahankan diri berorantasikan Silat Olahraga sahaja yang akan berdaftar dengan pejabat Pesuruhjaya Sukan . Yang lain semua kena pindah ke pejabat pendaftaran Pertubuhan .






Rabu, 16 Januari 2013

AKTIVITI PSSGM MELAKA 2013


CADANGAN  AKTIVITI  TAHUN  2013
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ,
BAHAGIAN NEGERI MELAKA


BULAN

AKTIVITI

TEMPAT
JAN

19 & 20hb



Penyelarasan pelajaran Kegurulatihan


Pusat Aktiviti PSSGM Melaka

FEB
1 -3 hb

10hb


Kursus Silat Olahraga

Majlis Silaturahim PSSGM


Kompleks Rakan Muda , Alor Gajah

Gelanggagn Solok Limau Nipis
MAC
22-24hb


Pertandingan Silat PSSGM Melaka  

Pusat Aktiviti PSSGM Melaka

APRIL

12-15hb


Perkemahan Pesilat Muda
( Kursus Seni Pisau  )

Pulau Besar
MEI
24 -26hb


Kursus Seni Tekpi


Kompleks Perikanan , Kuala Linggi
JUN
14-16hb


Kursus Pengurusan Dan pentadbiran


Kompleks Rakan Muda Alor Gajah
JULAI
20hb


Majlis Berbuka Puasa

Ujian Peningkatan bengkong

Pusat Aktiviti PSSGM Melaka

OGOS
24hb


Majlis Sambutan Hari Raya
Penyampaian Bengkong Peningkatan 2013


Pusat Aktiviti PSSGM Melaka
SEPT.
13-16hb


Kursus Seni Tembong

Pusat Aktiviti PSSGM Melaka
OKT
4-6hb


Kejohanan Seni Mempertahan Diri
Institut pengajian Tinggi

Kolej University Islam Melaka
NOV
5hb


Awal Muharram

Gelanggang Solok Limau Nipis
DIS
27-29hb


Kursus Gurulatih

Kompleks Beli dan Sukan Ayer Keroh.


Isnin, 7 Januari 2013

CERITA MESYUARAT AGONG PSSGM KEBANGSAAN.

Assalammualaikum ...

Tamat sudah teka teki mesyuarat Agong PSSGM Kebangsaan , telah berjalan dengan lancar . Namun nak cerita sedikit beberapa pekara

PSSGM Melaka telah menghantar perwakilan  dari Bahagian negeri  lima orang , iaitu : Zuraini Husin , Rizal Husin , Roszaidi Yusof , Hairulnizam Johar dan Ishak Bin Maarif , sementara Daerah Alor Gajah adalah Siti Salwa Binti  Ismail , Ali Hanafiah  dan Muhammad Asyaari .

Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur , perbincangan telah dibuat , bagi pemilihan YDP , Melaka akan calunkan :

Plan A : Mencalunkan Cg Sazali Meor Abdul Rahman sebagai YDP .
Jika , dilihat tidak ada komitment .

Plan B ; Mencalunkan YDP Melaka untuk jawatan YDP
Jika dilihat ada percaturan :

Plan C : YDP Melaka akan mencalunkan YDP Lama untuk memegang jawatan .

Bila kami sampai di Hotel , saya telah melihat ada percaturan , di mana kerusi Perwakilan Negeri Melaka , Daerah Alor Gajah dan Johor Baharu di letakan dibelakang sekali . Pengalaman saya dalam penyusunan mesyuarat Agong telah mengajar saya , dari segi susunan kerusi ini . Maka Planc C perlu dilakukan .

Maka Dato Ismail Bin Hj Jantan telah mencalunkan YDP lama mengekalkan jawatan , kerana kalau lawan pun mungkin tidak akan ada makna nya , malahan akan dikatakan untuk mengocak dan menghuruharakan mesyuarat aja ataupun seperti yang dikatakan " SENGAJA CARI PASAL "  . Namun tujuan  darii itu adalah untuk membaca dan melihat jawapan hati hati perwakilan  dan AJK lama adakah betul persoalan lama Dato Ismail , dalam mesyuarat AJK 8.12.2012 yang lalu benar atau tidak ,  ? Mereka memang dah bersedia untuk menolak Dato Ismail .

Bagi saya , dari dulu pun saya tidak berminat YDP Melaka , Dato Ismail Jantan   untuk menjawat jawatan YDP Kebangsaan , kerana terlalu banyak masa , kewangan dan kehidupan akan tertumpu ke Kebangsaan , seperti tahun 2008 - 2009 yang lalu . Malahan akhir akhir ni pun beliau tidak berminat untuk merebut jawatan tersebut . Malas nak turun naik ke KL tu katanya .

Namun apa yang ingin saya ucapkan dalam ucapan penangguhan yang lalu tak sempat untuk diperkatakan , kerana terlalu banyak pekara yang lain dibincangkan . Ingin saya menyatakan di sini antaranya yang ingin saya ucapkan  sebagai pengetahuan sahaja .


Sebelum  saya bercakap panjang lebar di sini , terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua yang hadir di sini jika ada kata kata saya akan menyinggung atau menyakitkan hati .  Mohon maaf semua
Terlebih awal saya ucapkan tahniah kepada semua yang telah terpilih dalam menerajui Pertubuhann ini dalam masa dua tahun akan datang . Berdiri saya disini bukan lah apa , kerana ingin meluahkan sedikit rasa hati selama ini .
Pada tahun 2009 lalu Gayong Melaka adalah negeri pertama calunkan YDP untuk menerajui Pertubuhan dalam Mesyuarat Agong  Gayong Melaka , walau pun pada ketika itu ramai yang tidak mahu beliau menerajui Pertubuhan ini , mereka mahukan Datuk zainal Sakom  , malahan saya pernah menjadi mangsa , ketika khatam keris di Melaka , yang mana  saya telah menjemput YDP , tetapi , semua orang mahu orang lain . selaku penganjur , tentulah  Gayong Melaka yang manjadi mangsa . 
Begitu juga dengan Kejohanan  Silat Gayong Malaysia Kebangsaan di Melaka , ada pihak tidak mahu YDP merasmikan program . Terpaksalah kami memaklumkan kepada YDP dengan alasan alasan . Tapi orang orang inilah yang menjilat balik , yang sentiasa mendampingan YDP . Apakah YDP tahu musuh sebenar YDP ?
Ketika  kes mahkamah Tinggi , di Jalan Duta , Saya dan Dato Mail lah harapan YDP untuk memberikan sokongan dan semangat , saya dari Melaka terpaksa datang cepat kerana tiada muka , tiada siapa dari mana mana boleh datang bantu memberikan sokongan  samada orang Selangor , Wilayah ataupun keluarganya . 
Ketika menyelesaikan masalah di pejabat Pesuruhjaya sukan , saya dan Dato Mail lah yang diserahkan tanggungjawab untuk menyelesaikan , tidak dibenarkan pulang ke Melaka selagi tak selesai kat pejabaat Pesuruhjaya sukan .

SAYA TIDAK  MINTA DIBALAS DALAM APA JUGA USAHA , BANTUAN SAYA  SELAMA INI . Malahan saya tidak berminat pun untuk jadi AJK Pusat ketika itu . 

Tetapi saya tidak tahu APAKAH SALAH SAYA , saya di fitnah , diumpat , dikeji , dihina , dipinggirkan   Apakah ini balasanya , apakah oreng orang disekeliling beliau tahu , bagaimana hati kami .

Sebaliknya ada yang mengatakan hati saya dengki kianat , busuk bagaikan bangkai , dah hati saya tak berkharuan  tentang duit berjuta juta .
Sedarkah  tuan tuan , bahawa tuan tuanlah yang hati tak berkharuan , apa bila Gayong Malaysia , mempunyai duit berjuta , ketika itu lah tuan tuan  semua menghampiri  YDP . Masa pertubuhan tidak mempunyai kewangan dahulu , dimana tuan tuan , kalau bukan Melaka yang buat program ,  mana negeri tuan tuan ? Sebenarnya , tuan tuanlah yang banyak menaburkan fitnah , bersangka buruk dengan kami .
Saya selaku AJK tahu , Duit berjuta itu  tiada siapa boleh miliki , saya bukan lah orang BODOH , berfikiran begitu .  Duit itun adalah milik ahli ahli pertubuhan semua . Tetapi…
Yang sering menjadi persoalan saya , YDP selalu membuat program , tidak berbincang , selalu buat keputusan sendiri . Selepas program tidak ada posmortam kewangan . Saya sebagai AJK tidak tahu aliran kewangan , darimana kewangan didapati dan dibelanjakan . Berhutang ke  ? Ada lebih ke ? Mengapa ?

Apa bila orang lain , ahli ahli diluar sana mempersoalkan tentang kewangan , tentang aktiviti , saya sebagai AJK pun sama akan terlibat , mengapakah  dibiarkan orang membuat TOMAHAN , sentiasa .

Ini  juru audit , tidak bertugas pun  . Kita pertubuhan besar , kalau ada mana mana pihak  membuat lapuran polis , lapuran SPRM , saya pun akan terlibat . Tidak sedarkan tuan tuan tentang pekara ini .

Habis habis , ada yang mengatakan saya nak berperang , nak bergaduh , saya mendapat didikan pengurusan pentadbiran pertubuhan ini bukan baru , dari Allahyarham Hj Razali Salleh lagi . Saya sering kali menghadiri kursus kursus pengurusan anjuran Pejabat Pesuruhjaysa sukan , Jabatan Belia , kementerian kebudayaan dan kerajaan negeri  malahan sering kali menganjurkan kursus pengurusan . Saya bukan orang BODOH dalam pengurusan pentadbiran . Yang pastinya saya bukan orang PENGECUT  suka  cakap belakang . Takut dengan bayang bayang sendiri .

Mengapakah  ada yang mengatakan saya tidak ikhlas , kalau saya tidak ikhlas , saya akan  biarkan  Pertubuhan ini dihina , dicaci . Saya sendiri tidak sanggup apa bila ada pegawai PPS mengatakan  Pertubuhan kita ini  Gah , buat program besar besar , tetapi  tak tahu pengurusan . “ Jagalah dia nanti “
Itulah antara perkataan yang saya dapati .
Saya juga agak terkejut apabila Pertubuhan ini tidka menyimpan rekod pendaftaran ahli semur hidup , mengapakah ahli saya mempunyai pendaftaran 2002 dan telah buat kad ahli seumur hidup , dikatakan tidak layak menhadiri mesyuarat ? Apa dah jadi dengan pentadbiran pertubuhan ini. Nasib baik saya menyimpan semua rekod , kalau negeri lain tu macaman pula ?

Dari itu , harapan saya , pada tahun tahun akan datang , berjaga jagalah wahai AJK dan Anak Gayong Malaysia , jangan memFitnah , adu doba , mengumpat mengkeji ,menghina sesama ahli  , di jadi  amalan hidup dalam bersilat . Janganlah bila buka mulut je bau longkang , buka mulut je bau jamban .

Balasan ALLAH itu nyata dan amat cepat , kadang kala  balanya  , akibatnya , hukumanya , sampai kepada anak cucu kita . Ingatlah wahai kawan kawan .

Sekian terima kasih . 

Namun yang nyatanya , saya rasa bersyukur tidak terlantik menjadi AJK Pusat lagi . Saya rasa bebas .



Selasa, 1 Januari 2013

PEMILIHAN MAJLIS JAWATANKUASA AGONG

Sudah kah perwakilan  bersedia untuk memilih Ahli jawatankuasa Agong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia . Kali ini . Cadangan calun calun yang berkelayakan  untuk mentadbir Pertubuhan ini ke arah yang lebih gemilang dan terbilang   berdasarkan peraturan seperti lampiran.

Peraturan 12 : Majlis Ahlijawatankuasa Agong.


Peraturan 21 : Jawatankuasa pertubuhan Daerah .


Peraturan 25  :Majlis Jawatankuasa Pertubuhan Negeri .


Pastikan juga pemilihan Ahli jawatankuasa di perengkat Daerah , Negeri dan kebangsaan mengikut peraturan yang ada dalam Pelembagaan . Kesilapan tidak merujuk kepada Pelembagaan akan menyebabkan  Jawatankuasa  yang ada tidak mempunyai kuasa  dan berkemampuan menjalankan tugas .



Sabtu, 29 Disember 2012

PERTUBUHAN vs PERSATUAN

Heboh  memperkatakan tentang Daerah  dan Negeri yang telah terbatal , tentu ramai yang tertanya mana pula daerah dan negeri yang  layak untuk hadir AGM pada 6 Januari 2012 ini .
Saya telah cuba mendapatkan sedikit info dari pejabat Pesuruhjaya sukan baru baru ini ada juga beberapa pekara yang agak mengejutkan dalam hal ini . Ada lagi Daerah yang terbatal iaitu Daerah Bandar Baharu Kedah , yang terbatal pada  26 September 2012 .





 Juga ada beberapa pekara yang mengejutkan juga , kerana Pendaftaran baru tidak lagi menggunakan perkataan Pertubuhan , sebaliknya PERSATUAN
Agak agak anak anak Gayong Malaysia yang mempunyai status PEGUAM , apa pandangan tentang pekara ini kerana  di dalam Pelembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia , telah nyata ada menyebut perkataan Pertubuhan sahaja , pada hal , pendaftaran yang baru menggunakan perkataan Persatuan , adakah mereka layak untuk hadir mesyuarat nanti ?
Lihat Lampiran ini



Didalam Peraturan dan Pelembagaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia , Peraturan 1 , telah terang  menjelaskan perkataan Pertubuhan digunakan , bagaimana pula dengan pendaftaran yang baru menggunakan perkataan Persatuan , adakah mereka layak untuk hadir mesyuarat ?


Sabtu, 15 Disember 2012

PELANGGARAN PELEMBAGAAN LAGI .....


Kita banyak melihat sekarang , pakaian ahli Silat Seni Gayong Malaysia , yang mempunyai  empat warna . Itu adalah warna yang telah didaftarkan , tetapi banyak pelanggaran dilakukan , mereka meletakkan warna itu terbalik , atas , ke bawah , bawah ke atas ... apakah sebabnya ?

Lihat  cabutan dari Buku pelembagaan :


Peraturan 29.    LAMBANG DAN KEAHLIAN

1.            Tiap-tiap ahli yang berdaftar memakai lencana atau ‘badge’ di sebelah kiri poket baju.  Contoh lencana adalah seperti contoh “A”
2.                  Ibu pejabat Pertubuhan akan mengeluarkan kad keahlian kepada tiap-tiap ahli yang berdaftar dengan bayaran yang di tentukan oleh Majlis Jawatan kuasa Agong.
3.                  Pakaian ahli semasa berlatih Silat Seni Gayong ialah baju potongan leher Bujur Sirih atau Perahu Bugis , seluar, dan tengkolok hitam, bengkong atau tali pinggang mengikut peringkat masing-masing.
4.                  Bendera atau panji-panji Pertubuhan ini berupa 4 jalur melentang, di atas sekali berwarna hitam, jalur yang kedua berwarna putih, jalur yang ketiga berwarna kuning dan bawah sekali berwarna merah.  Di antara hitam dan putih di sebelah kiri atas muka bendera bertanah warna putih ada dicap lambang seperti contoh “B”.
·                     Warna hitam tanda bayang
·                     Warna putih tanda suci
·                     Warna kuning tanda kebesaran
·                     Warna merah tanda kepahlawanan


a)         Naga                                        :           Kekuatan di laut
            Harimau                                  :           Kekuatan di darat
            Keris & Parang                        :           Alat senjata orang Melayu
            Jalur-jalur Kuning/Hitam        :           Tingkatan Pelajaran
            Peta Dunia                              :           Untuk di kembangkan  di seluruh dunia
            Bulan Bintang                         :           Sinaran cahaya / Konsep dakwah
            PSSGM                                   :           Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
            Warna Hijau                            :           Tanda kesuburan
5.               Lambang seperti contoh “B” akan dicap di atas bendera, baju pakaian ahli, kad pengenalan ahli, kertas surat menyurat, sampul surat, borang menjadi ahli dan sijil kelulusan pelajaran.
6.                  Adalah di LARANG penggunaan lambang di kalangan bukan ahli Pertubuhan .
7.                  Adalah di LARANG penyalahgunaan lambang , mengubah suai tanpa kebenaran dari Pertubuhan .
8.                  Mana mana pihak tidak boleh menggunakan nama Pertubuhan , lambang , logo , ahli ahli yang berdaftar  atau  harta benda   untuk  apa jua aktiviti , penyataan media masa , elektronik  atau berkaitan tanpa kebenaran dari Jawatan kuasa Pertubuhan .
9.                  Nama , Logo ( contoh “B” ) , bendera  dan ahli ahli yang berdaftar adalah hak milik Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang dicipta oleh Mahaguru Pertubuhan ini .
10.              Sebarang cetakan, mengedar atau jualan  lambang , logo dan bendera  atau berkaitan adalah di LARANG   tanpa   mendapat kebenaran dari Pertubuhan . Sesiapa yang melakukanya boleh didakwa ke mahkamah .  













Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...