Rabu, 14 Mei 2014

STATUS BADAN SENI SILAT

Terjumpa , mesej ini :
Tapi masih ada pihak yang tak faham . Atau sahaja buat buat tak faham . Namun suka hati lah .


semua " SILAT ' dah kembali kepada ROS....Date: 26-Feb-2014 8:14am
Nama: Khalid Khairuddin
Mesej:
Assalammulaikum,

Tuan/puan

STATUS BADAN SENI SILAT

Dengan hormat saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini telah memindahkan fail badan seni silat ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan seperti mana persetujuan antara pihak antara pihak kami dengan ROS bertarikh 7 November 2012. Bagi menjawab pertanyaan tersebut maka dengan ini adalah dimaklumkan segala badan silat berbentuk kebudayaan warisan bangsa tidak lagi berdaftar di pejabat ini. Perpindahan pendaftaran badan seni silat dari pejabat ini ke ROS telah dibuat seperti mana permohonan PESAKA dan ini sekaligus menjadikan hanya silat olahraga sahaja yang dibenarkan berdaftar di pejabat ini.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(SAIFUL MAAROF BIN MASROM)
Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,
Aras 3, Pusat Akuatik Nasional,
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil,
57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur.
( : 03-89944800
7 : 03-89944602
* : saifulmaarof.kbs@1govuc.gov.my

Rabu, 9 April 2014

PERKEMAHAN PSSGM MELAKA DI PULAU BESAR 21-23 MAC 2014


SEBHAGIAN DARI PESERTA BERGAMBAR BERSAMA DENGAN YB NORPIPAH ABDUL YANG MERASMIKAN PROGRAM INI .



CABUTAN DRI AKHBAR MELAKA HARI INI


INDAH SEKALI BILA MENGADAKAN PERSEMBAHAN PENUTUP PERKEMAHAN PERDANA PSSGM MELAKA DI PULAU BESAR .


Selasa, 25 Februari 2014

STATUS PENDAFTARAN PSSGM 0149/98 - DI PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA

Case Tracking ID: XAA8GQV7Z5
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia > Sistem Aduan/Maklumbalas KBS > Your ticket

STATUS PENDAFTARAN 0149/98

Ticket status:Resolved [Buka tiket]
Created on:21-Feb-2014 9:24am
Last update:26-Feb-2014 9:49am
Last replier:Khalid Khairuddin
Bahagian:Pesuruhjaya Sukan
Replies:2
Keutamaan:Tinggi
Printer friendly version


Date:21-Feb-2014 9:24am
Nama:mariam bte bujang
Emel:pssgm_melaka (at) yahoo (dot) com
Kategori:Pertanyaan
Telefon:012-6877091
Faks:063851811
Organisasi:PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
Mesej:
Assalammualaikum ....

Adalah dengan ini saya ingin bertanyakan tentang status pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di perengkat induk dan negeri negeri yang telah berdaftar dengan pejabat pesuruh jaya sukan sebelum ini .

1. Apakah benar Pertubuhan ini telah dibatalkan pendaftaranya di Pejabat Pesuruhjaya Sukan ?

2. Apakah benar Pertubuhan ini telah dirujuk pendaftaranya ke Pejabat Pendaftaran pertubuhan ?

3. Apakah benar , semua fail fail Pertubuhan telah dihantar ke Pejabat pendaftaran Pertubuhan Puterajaya dan bilakah masanya .

4. Kalau merujuk dari surat tuan yang bertarikh 20 september 2013 yang menarik Pembatalan 0149/98 yang lalu , menyatakan Pertubuhan Silat Seni gayong Malaysia tiada lagi pendaftaran di Pejabat pesuruhjaya sukan sehingga fail fail dihantar ke pejabat Pendaftaran pertubuhan ?

Mohon Penjelasan dari Pihak tuan secepat mungkin .
Date:24-Feb-2014 9:38am
Nama:Khalid Khairuddin
Mesej:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Belia 1Malaysia

Terima kasih kerana melayari laman portal rasmi KBS. Aduan/pertanyaan saudari telah dipanjangkan ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk maklumbalas selanjutnya.

Sekian terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.



Was this reply helpful? yes / no
Date:26-Feb-2014 8:14am
Nama:Khalid Khairuddin
Mesej:
Assalammulaikum,

Tuan/puan

STATUS BADAN SENI SILAT

Dengan hormat saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini telah memindahkan fail badan seni silat ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan seperti mana persetujuan antara pihak antara pihak kami dengan ROS bertarikh 7 November 2012. Bagi menjawab pertanyaan tersebut maka dengan ini adalah dimaklumkan segala badan silat berbentuk kebudayaan warisan bangsa tidak lagi berdaftar di pejabat ini. Perpindahan pendaftaran badan seni silat dari pejabat ini ke ROS telah dibuat seperti mana permohonan PESAKA dan ini sekaligus menjadikan hanya silat olahraga sahaja yang dibenarkan berdaftar di pejabat ini.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,


(SAIFUL MAAROF BIN MASROM)
Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,
Aras 3, Pusat Akuatik Nasional,
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil,
57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur.
( : 03-89944800
7 : 03-89944602
* : saifulmaarof.kbs@1govuc.gov.my



Was this reply helpful? yes / no

Isnin, 27 Januari 2014

TAWARAN MENYERTAI PERKEMAHAN PERDANA , IKHTIAR HIDUP DAN KAJIAN SEJARAH GAYONG MALAYSIA 2014

1.0               
            Kepada ,
Pengerusi ,
Persatuan Silat Seni Gayong 
Institut Pengajian Tinggi Seluruh Malaysia .
                                                                                                                                                  
27 Januari 2014

Tuan,

TAWARAN MENGIKUTI  PERKEMAHAN PERDANA ,
IKHTIAR  HIDUP DAN KAJIAN SEJARAH GAYONG MALAYSIA 
PERENGKAT KEBANGSAAN .
ANJURAN PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ,
BAHAGIAN   NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2014


Pekara diatas adalah dirujuk .

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia , Bahagian negeri Melaka  akan mengadakan satu Perkemahan Perdana , Kem Ikhtiar Hidup dan Kajian Sejarah  Silat  Seni Gayong Malaysia , Perengkat Kebangsaan dan Institut Pengajian Tinggi , yang melibatkan pelajar pelajar Ko Kurikulum Silat Seni Gayong , 

3. Dari itu adalah dengan ini ditawarkan kepada ahli ahli PSSGM  ,  untuk menyertai program diatas mengikut aturcara  berikut :

Tarikh            :           21 hingga 23 Mac 2014 ( Hari Jumaat  hingga Ahad )

Tempat           :           Tapak Perkemahan Pulau Besar ,
                                    Pernu   , Melaka

Bayaran         :           RM 50.00 seorang .( Makan minum dan Tambang Ferry )
                                ( Harga sebenar RM 64.00 seorang  : makan minum RM  15.00 X 2 hari   , Tambang Feri  
                                             pergi balik  RM 14.00 ,Tapak Perkemahan  RM 5.00 , Tandas  RM 5.00 X 2 hari ,
                                             Pengurusan  : RM  5.00 )

4.   Untuk makluman pihak tuan  , program ini  akan memberikan motivasi diri kepada  siswa siswi dalam mengikuti aktiviti lasak  . Peserta akan didedahkan cara pengurusan diri  , membangkitkan semangat juang yang tinggi dalam memastikan ahli ahli Pertubuhan  ini tetap releven dalam menangani masalah social  disamping melahirkan kemahiran insaniah , kemahiran komunakasi , kemahiran kepimpinan , kemahiran daya pemikiran kretif , kritis dan inovatif serta kemahiran mengawal emosi . Satu kajian Sejarah Pulau Besar juga akan diadakan bagi ahli ahli pertubuhan mengetahui perkembangan Agama Islam yang bermula di Pulau ini  serta kajian mengenai pembentukan Lembaga Adat PSSGM kali pertama  atas  pelantikan Orang 4 , Orang 8  , Orang 16 serta orang 32  oleh Mahaguru Dato Meor Abdul Rahman Bin Daing Uda Mohd Hashim pada tahun 1959 .

 Kepada  yang berminat bolehlah menghubungi  alamat seperti dibawah untuk menyertai aktiviti ini . 
 PSSGM Bahagian Negeri Melaka :    No 2338 , Lot 114 ,  Kuarters Perhutanan, 78300  Masjid Tanah, Melaka. Tel :06-3851139 /Fax :06-3851811/ Hp :012-6877091(s/u),Email :pssgm_melaka@yahoo.com


           PENGENALAN

Aktiviti Perkemahan Perdana , Ikhtiar Hidup dan Kajian Sejarah Gayong Malaysia ini bertujuan untuk mendedahkan pesilat pesilat   kepada cara pengurusan diri dan membangkitkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan mereka untuk menempuh kehidupan atau kerjaya pada masa akan datang sejajar dengan tugas seorang siswa / siswi  yang memerlukan semangat kental , sabar dan penyayang . Program ini juga merangkumi pengisian aktiviti akvititi yang direka khusus untuk memenuhi dan memantapkan silibus silibus Silat Seni Gayong Malaysia yang wajib dipelajari oleh semua ahli Pertubuhan

  OBJEKTIF

1.1              Mengembangkan dan mengerakkan Silat Seni Gayong Malaysia di bawah satu bumbung .
1.2              Menjadikan seni bela diri sebagai satu cara hidup yang berdisplin
1.3              Memenuhi matlamat program dalam merealisasikan wawasan rakan muda dan wawasan 2020.
1.4              Melahirkan pesilat yang mempunyai jati diri yang tinggi .
1.5              Membentuk semangat yang kental dalam diri setiap pesilat
1.6              Melatih ahli untuk menjadi seorang insan yang sabar serta kretif  dalam menyelesaikan masaalah .
1.7              Memupuk semangat kerjasama dalam diri setiap ahli .


1.0             JUSTIFIKASI DAN HASIL

1.1              Segala pelajaran mengenai Silat Seni Gayong Malaysia dapat disalurkan kepada peserta
1.2              Melahirkan pesilat yang berkualiti dan mahir dalam pelbagai bidang dan aspek
1.3              Hubungan antara ahli Silat Seni Gayong Malaysia dapat dijalinkan dengan erat
1.4           Perasaan cinta dan kasih sayang terhadap budaya bangsa semakin meningkat dalam diri setiap ahli
1.5              Aspek jati diri , keperibadian dan penghayatan terhadap konsep modal insan dapat ditingkatkan menerusi pengisian dalam program ini selaras dengan hasrat kerajaan iaitu membina modal insan dalam diri setiap individu.

1.0              PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH

1.1              Kemahiran insaniah yang boleh didapati didalam program ini ialah kemahiran menguruskan sesuatu majlis  , program  atau aktiviti akvtiti luar .
1.2              Kemahiran komunakasi dalam merancang program program yang dibuat dengan baik seperti berurusan dengan pentadbiran , institut pengajian tinggi  lain dan para pelajar yang lain .
1.3              Kemahiran kepimpinan dalam mengaturkan tugasan kepada rakan rakan mahasiswa/ mahasiswi yang lain .
1.4              Kemahiran daya pemikiran kretif , kritis dan inovatif dapat menjadikan mahasiswa mahasiswi lebih berkualiti supaya mereka dapt membantuk corak perkembangan Negara yang maju pada masa akan datang.
1.5              Kemahiran mengawal emosi dipupuk semasa proses perancangan program berlangsung .


1.0             KUMPULAN SASARAN / PESERTA

Seramai  mahasiswa  dan mahasiswi dari institut Pengajian Tinggi  yang mengambil kursus ko kurikulum Silat Seni Gayong Malaysia bagi tahun 2014 termasuk bekas mahasiswa mahasiswi yang sudah mengambil kursus ini pada semester semester  yang lalu .



Jumaat, 10 Januari 2014

AKTIVITI PSSGM MELAKA UNTUK TAHUN 2014

  


AKTIVITI  TAHUN  2014
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA ,
BAHAGIAN NEGERI MELAKA


BULAN

AKTIVITI

TEMPAT
JAN
31hb

Majlis Silaturahim Dan keluarga


Pusat Aktiviti PSSGM Melaka

FEB
14-16hb



Kejohanan Silat Remaja Dan Dewasa


Kompleks Rakan Muda , Alor Gajah

MAC
21 –23hb


Perkemahan Perdana
( Pelibatan Institut Pengajian Tinggi ) 


Pulau  Besar

APRIL
25-27hb


Kursus Seni Tembong / Tongkat Panjang 


Pusat Aktiviti PSSGM Melaka

MEI
31hb


Mesyuarat Agong PSSGM Melaka


Pusat Aktiviti PSSGM Melaka

JUN


22hb


Ujian peningkatan

Majlis Tahlil Mahaguru




Pusat Aktiviti PSSGM Melaka
JULAI
19hb


Majlsi berbuka Puasa

Pusat Aktiviti PSSGM Melaka
OGOS
17hb


Majlis Sambutan Hari Raya

Pusat Aktiviti PSSGM Melaka
SEPT.
12-14hb
13hb

Kursus Majlis Lembaga Adat
Majlis penyampaian Sandang PSSGM


Hotal Seri Malaysia
OKT
24-25hb


Awal Muharram

Gelanggang solok Limau Nipis

NOV
21-23hb


Lawatan PSSGM Melaka

Akan ditentukan tujuan
DIS
19-21hb



Kejohanan SeniMempertahankan Diri

Kompleks belia Dan Sukan Ayer Keroh



MEMO

1.               Yuran Tahunan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Negeri sebelum 15 Mac 2014  dengan bayaran RM 5.00 seorang . Jika tidak saudara saudari dikehendaki membayar RM 10.00 dengan pendaftaran ahli semula  .

2.               Bermula Januari 2014 , membersih pusat aktiviti mengikut jadual ;

Januari            -           Cawangan Ramuan China
Februari         _           Cawangan Masjid Tanah
Mac                 -           Cawangan Alor Gajah
April                -           Cawangan Melaka Tengah
Mei                  -           Cawangan Sungai Rambai
Jun                  -           Bahagian negeri Melaka
Julai                 -           AJK Majlis Gurulatih
Ogos                -           Cawangan Ramuan China
September     -           Cawangan Masjid Tanah 
Oktober          -           Cawangan Alor Gajah
November      -           Cawangan Melaka Tengah
Disember       -           Cawangan Sungai Rambai  .

3.               Bermula dari 2014 , semua Gurulatih / Jurulatih adalah digalakan untuk mencari dan menambah gelanggang    .

4.               Persembahan dimajlis majlis Kenduri kahwin atau majlis rasmi bukan PSSGM tidak dibenarkan mempamirkan pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia  kecuali , mendapat keizinan dari Pertubuhan .







Selasa, 24 September 2013

Cabutan : AKTA PENDAFTARAN PERTUBUHAN 1966

Peringatan untuk PSSGM Negeri dan Daerah yang telah dibatalkan .

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

48. Bertindak bagi pihak atau mewakili masyarakat yang menyalahi undang-undang
49. Liabiliti pemegang jawatan pertubuhan yang pendaftarannya telah
dibatalkan
50. Bendera, simbol , lambang, lencana dan tanda kebesaran lain bagi pertubuhan
51. Liabiliti pemegang jawatan berkenaan dengan kesalahan oleh pertubuhan
52. Masyarakat yang menggunakan upacara Triad disifatkan sebagai sebuah masyarakat yang menyalahi undang-undang
53. Penalti kerana salah guna wang atau harta pertubuhan berdaftar society6 Undang-Undang Malaysia AKTA 335 seksyen
53A. Penalti kerana mempamerkan atau menggunakan perakuan pendaftaran yang mempunyai telah dibatalkan



 Bertindak bagi pihak atau mewakili masyarakat yang menyalahi undang-undang

48. (1 ) Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara bertindak bagi pihak , ataumewakili , atau membantu, whetherin kapasiti profesional atau selainnya walau macam mana pun , mana-mana unlawfulsociety , atau mana-mana orang yang merupakan officebearer an itu seolah-olah dia terus menjadi officebearer an , ataumana-mana badan yang merupakan badan pengelola pertubuhan atau mana-mana cawangannya seolah-olah ia terus menjadi badan yang mengawal itu, dalam berhubung dengan apa-apa perkara , adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah boleh, apabila disabitkan , dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit ataukedua-duanya.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu rayuan oleh menyalahi undang-undang masyarakat di bawah seksyen 18 , atau apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamahberkenaan dengan apa-apa perkara yang melibatkan pertubuhan itu , atau mana-mana orang yang adalah yang pemegang jawatan , atau badan yang merupakan badan yang mengawal ataubadan pengelola mana-mana cawangannya .Liabiliti pemegang jawatan pertubuhan yang pendaftarannya telah telah dibatalkan

49. (1) Jika pendaftaran mana-mana masyarakat, selain daripada masyarakatyang merupakan sebuah parti politik, telah dibatalkan di bawah seksyen 2A , atauperenggan 13 (1 ) (b) atau subperenggan 13 (1) (c) ( i), ( ii), (iii), (iv),(vi), (vii), (viii ) atau ( ix) , atau di bawah seksyen 16 , mana-mana pemegang jawatanpertubuhan itu pada masa yang pembatalan itu selepas masa itumenjadi atau , selepas tamat tempoh tiga puluh hari dari pembatalan itu,terus kekal sebagai pemegang jawatan dalam mana-mana masyarakat lain tanpakebenaran bertulis Pendaftar hendaklah melakukan suatu suatu kesalahan dan boleh dikenakan , apabila disabitkan, dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi * lima belasribu ringgit atau kedua-duanya.
(2 ) Kecuali jika pendaftaran pertubuhan yang telah dibatalkan
di bawah seksyen 2A atau perenggan 13 ( 1) (b ) sekatan yang dikenakan ke ataspemegang jawatan di bawah subseksyen ( 1) hendaklah terhenti apabila tamat tempohdaripada tempoh lima tahun bermula dari tarikh pembatalan itu.Bendera, simbol , lambang, lencana dan tanda kebesaran lain bagi pertubuhan

. ( 1) Tiada pertubuhan hendaklah menerima pakai asits memiliki apa-apa bendera , simbol, lambang,lencana atau lambang lain kecuali bendera, simbol, lambang , lencanaatau lambang lain yang telah diluluskan oleh Pendaftar.
* CATATAN-Dahulunya "sepuluh ribu ringgit "-lihat Akta Pertubuhan (Pindaan) 1998 [Akta A1027 ].

Liabiliti pemegang jawatan berkenaan dengan kesalahan oleh pertubuhan
51. (1) Jika apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan denda orimprisonmenttelah dilakukan, sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan
dalam berkenaan dengannya dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupatelah dilakukan oleh mana-mana pertubuhan atau atas nama atau bagi pihakmana-mana pertubuhan , tiap-tiap pemegang jawatan ofsuch masyarakat dan tiap-tiap orangmenguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan itu dimasa pelakuan kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai kesalahan ofsuch bersalah dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkanbaginya oleh undang-undang, melainkan jika dia membuktikan sehingga memuaskan hati Mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan danbahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan kesalahan itu.

(2 ) Mana-mana pemegang jawatan dan orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan ofsuch masyarakat bertanggungjawab untuk didakwa di bawah seksyen ini, walaupun dia tidak boleh mengambil bahagian dalam pelakuan kesalahan itu.

(3) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen (1) seorang pemegang jawatan mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, apa-apa dokumen yang dijumpai dalam milik seseorang pemegang jawatan seperti masyarakat atau orang yang membantu dalam pengurusan pertubuhan itu atau anggota koperasi itu atau di mana-mana tempat yang dipajak, disewa, dipinjam, digunakan atau dikawal oleh masyarakat itu hendaklah menjadi keterangan prima
keterangan mengenai kandungannya bagi maksud membuktikan bahawa
apa-apa yang telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak masyarakat.

Masyarakat yang menggunakan upacara Triad disifatkan sebagai sebuah masyarakat yang menyalahi undang-undang

52. (1 ) Tiap-tiap masyarakat , sama ada berdaftar atau tidak , yang menggunakanupacara Triad hendaklah disifatkan menjadi masyarakat yang menyalahi undang-undang .
* CATATAN- Dahulunya "satu ribu ringgit "-lihat Akta Pertubuhan (Pindaan) 1998 [Akta A1027 ]. Pertubuhan

51(2) Bagi maksud subseksyen (1 ) upacara Triad ertinya mana-mana
upacara yang biasanya digunakan byTriadSocieties , apa-apa upacara yang menyerupai apa-apa upacara itu dan sebahagian daripada upacara itu.
(3) Mana-mana orang yang menjadi atau bertindak sebagai anggota masyarakat Triad atau menghadiri mesyuarat itu atau isfound memiliki , atau mempunyai jagaan atau kawalan mana-mana buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, panji-panji atau insignia bagi, atau yang berhubungan dengan , mana-mana Triad masyarakat sama ada masyarakat itu ditubuhkan di Malaysia atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi * lima belas ribu ringgit. Penalti kerana salah guna wang atau harta pertubuhan berdaftar

53. (1 ) Jika, atas aduan yang dibuat oleh ahli berdaftar masyarakat, atau oleh Pendaftar dibuktikan dengan memuaskan hati seorang Mahkamah Sesyen bahawa mana-mana pemegang jawatan atau anggota pertubuhan belia itu Hasin milik atau kawalannya mana-mana masyarakat ofthe harta sebaliknya dengan mengikut peraturan-peraturan masyarakat, menyalahi undang-undang atau mempunyai ditahan atau dengan sengaja menggunakan mana-mana wang masyarakat untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan atau diarahkan dalam peraturan masyarakat dan dibenarkan oleh Akta ini, Mahkamah hendaklah, jika difikirkan perlu untuk
keadilan kes itu menghendaki demikian, perintah pemegang jawatan atau anggota untuk menyampaikan semua harta itu kepada pemegang amanah masyarakat dan membayar kepada mereka wang supaya ditahan menyalahi undang-undang atau tidak wajar digunakan.

(2) complaintmade undersubsection (1) otherthan aduan yang dibuat oleh Pendaftar tidak akan dilayan melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa pengadu itu, pada tarikh aduan itu, anggota koperasi berdaftar itu berkenaan dengan harta aduan yang dibuat sedemikian

(3) Mana-mana orang yang terikat dengan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) yang failsto mematuhi termsthereof dan arahan yang diberikan di dalamnya dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu adalah bersalah suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan , dikenakan denda tidak melebihi ** lima ribu ringgit.
(4) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh menyentuh atau menghalang pendakwaan , atau prosiding sivil terhadap , apa-apa seperti pemegang jawatan atau anggota.

* CATATAN-Dahulunya "sepuluh ribu ringgit "-lihat Akta Pertubuhan (Pindaan) 1998 [Akta A1027 ].
** CATATAN-Dahulunya " dua ribu ringgit "-lihat Akta Pertubuhan (Pindaan ) 1998
[Akta A1027 ] 0,52 Undang-Undang Malaysia AKTA 335
Penalti kerana mempamerkan atau menggunakan perakuan pendaftaran yang telah dibatalkan


53A. Mana-mana orang yang mempamerkan atau menggunakan apa-apa ofregistration sijil atau menyalin daripadanya masyarakat yang pendaftarannya telah dibatalkan dengan pengetahuan bahawa perakuan pendaftaran telah dibatalkan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit

Ahad, 9 Jun 2013

UTUSAN MALAYSIA - 10 JUN 2013

Ahli silat gayong daftar semula
Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my
http://utusan.com.my/pix/2013/0610/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_21.1.jpg
Ismail Jantan menunjukkan sijil pendaftaran persatuan itu yang telah diperakui oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Taman Melawati, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 9 Jun - Kira-kira 50,000 ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia diminta mendaftar semula keahlian masing-masing selepas pertubuhan itu didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pengerusinya, Datuk Ismail Jantan berkata, arahan mendaftar dengan ROS itu bukan hanya dikeluarkan Pesuruhjaya Sukan kepada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia tetapi melibatkan semua pertubuhan silat lain.
"Sehingga kini, sebanyak 596 ahli pertubuhan ini telah mendaftar semula dengan kami berbanding jumlah ahli kira-kira 50,000 orang.
"Sehubungan itu, kami meminta ahli-ahli lain di seluruh negara tampil melakukan perkara sama supaya mereka menjadi ahli pertubuhan yang sah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebelum ini, semua pertubuhan seni silat berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan namun bermula tahun ini, pendaftaran pertubuhan itu perlu dibuat di bawah ROS.
Mengulas lanjut, Ismail memberitahu, pihaknya kini sudah berjaya mendaftarkan sebanyak 30 cawangan pertubuhan silat sedia ada dengan ROS dalam tempoh sebulan.
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya kini giat menjalankan usaha memastikan lebih banyak cawangan pertubuhan tersebut yang berjumlah 145 cawangan di seluruh negara mengambil langkah sama.
"Langkah ini perlu dilakukan supaya setiap cawangan dapat menjadi pertubuhan sah mengikut peraturan dan undang-undang baharu tersebut," katanya.
Mana-mana ahli yang mahu mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar semula cawangan sedia ada boleh menghubungi 06-3851811 atau 012-6877091.

·     

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...