Isnin, 7 Mei 2012


SENARAI PENYANDANG SANDANG KEBESARAN
GAYONG MELAKA

1.             PENAUNG                                -           DATUK SERI HJ MOHD ALI BIN 
                                                                     MOHD RUSTAM
2.             IMAM KHALIFAH                       -           DATUK NAIM BIN ABU BAKAR
3.             TIMBALAN IMAM KHALIFAH      -           DATO’ ISMAIL BIN HJ JANTAN
4.             KHALIFAH BESAR                    -           EN MUHAMAD BIN HUSIN
5.                                                             -           TN HJ MUHAMAD BIN MAD NOR
6.                                                             -           EN HAIRULNIZAM BIN JOHAR
7.                                                             -           EN RIZAL BIN HUSIN
8.             IBU GAYONG                            -           PN MARIAM BTE BUJANG
9.             WARIS BERADAT                     -           EN MUHAMAD BIN BUJAL
10.                                                          -           EN JAAFAR BIN MAMAT
11.                                                          -           EN ISHAK BIN MAARIF
12.                                                          -           EN MOHD RIZALMAN BIN SYED
13.                                                          -           EN AZIZ BIN SHARIFF
14.          KETUA BERADAT                     -           EN ZAINAL BIN MAHMUD
15.                                                          -           EN MOHD ANUAR BIN SABTU
16.                                                          -           EN MD YUSOF BIN JANI
17.          KHALIFAH KANAN                    -           EN NORDIN BIN DENGKER
18.                                                          -           EN ALI SAIFULLIZAN BIN ISMAIL
19.                                                          -           EN MOHD ZAMIR BIN HJ SHARIF
20.                                                          -           EN NORHARIZAM BIN MOHD ZIN
21.                                                          -           EN MOHD FADLY BIN ISMAIL
22.          SERIKANDI                               -           PN ZURAINI BINTI HUSIN
23.                                                          -           PN SITI SALWA BINTI ISMAIL
24.          KHALIFAH                                -           EN ROSZAIDI BIN YUSOF
25.                                                          -           EN MUHD FADLY BIN ISMAIL
26.                                                          -           EN MUHAMAD REDZUAN BIN ISMAIL
27.                                                          -           EN ALI HANAFIAH BIN ISMAIL
28.                                                          -           EN MUHAMMAD ASYARI BIN ISMAIL
29.                                                          -           EN MOHD FARHAN BIN ABDUL LATIF
30.          KHALIFAH MUDA                      -           EN M. SHAHQEREEN BIN M.YATIM
31.                                                          -           EN MOHD ZULHISYAM B M. AZAM
32.                                                          -           EN MOHD NAJMI RAHIMI B ZOLKEFLI
33.                                                          -           EN HAFIZ ZAKWAN B. ABU BAKAR
34.                                                          -           EN NORAWIS BIN MOH HUSSIN
35.                                                          -           EN ISKANDAR ZULKARNAIN  KHAMIS


Khamis, 3 Mei 2012

SENARAI AHLI JAWATANKUASA MAJLIS LEMBAGA ADAT PSSGM MELAKA



SENARAI AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS LEMBAGA ADAT 
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA
BAHAGIAN NEGERI MELAKA
BAGI SESI 2011/2013



PENGERUSI                        :           EN HAIRULNIZAM BIN JOHAR
TIMBALAN                           ;           EN NORDIN BIN DENGKER
SETIAUSAHA                     ;           EN ROSZAIDI BIN  YUSOF
BENDAHARI                       ;           PN MARIAM BINTI BUJANG


AHLI JAWATANKUASA:            

1.      Tn Hj Muhamad Bin Mad Nor
2.      En Muhamad Bin Husin
3.      En Muhamad Bin Bujal
4.      En Rizal Bin Husin
5.      En Mohd Fadly Bin Ismail
6.      En Jaafar Bin Mamat
7.      Puan Zuraini Binti Husin
8.      Puan Siti Salwa Binti Ismail
9.      En Mohd Shahqereen Bin Mohd Yatim
10.  En Mohd Rizalman Bin Syed



Rabu, 2 Mei 2012

MENGENAL ISYARAT GAYONG


MENGENAL GAYONG.

Syarat Berjalan


1. Gesek ditepi pantai
...........
gosok ditangan.

2. Telor    
    dihujung tanduk

...........
gesek dihujung jari.

3. Tunggul Rasullah
...........
bayangan hidung.

4.  Pagar  rakit
...........
bayangan kening.

5.  Sauh Tunggal
...........
jari tengah dibengkokkan dan jari manis terangkat.

Khamis, 19 April 2012



Antara yang gempak



Bangganya mereka dapat berjumpa dengan Cg Sasali













Ha ha ramainya , gambar aku tak ada



Dua serikandi harapan ku , pengganti tanggungjawab .
















Bergambar bersama pelajar PSSGM Kuim




PERKEMAHAN PERDANA INTRAKSI DAN MOTIVASI PESILAT MUDA

Alhamdullilah , selesai sudah program  Perkemahan  . Mmeang memenatkan , kehadiran ahli ahli amatlah mengujakan , rasa begitu seronok sekali , program sekali setahun ini amat ditunggu tunggu . Malahan pada kali ini YAB Ketua Menteri pula merasmikanya , semua gembira .

Tahun ini peserta ditambah dengan pengetahuan seni keris , pada tahun hadapan pula seni pisau , mereka akan terus menanti .

Khamis, 22 Mac 2012

AGM PSSGM LAGI


Assalammualaikum 

Kalau dilihat dari seluruh negara sekarang , banyak daerah dan negeri tidak buat  AGM . Kalau ada AGM pun atas kertas atau tak hantar ke PPS . Apalah jadinya .  Setiausaha pula ada yang tak faham  pelembagaan , atau ambil tahu yang berkepentingan je . 

Ini adalah kerana pentadbir yang ada tidak faham akan fungsi PPS , tak faham Pelembagaan , macamana nak wat kerja . Ada yang daftar pada tahun 2000 sampai sekarang tak hantar penyata / minit mesyuarat . Surat panggilan untuk naziran PPS  tak pernah  nak hadir . Kan dah susah .

Bilalah YDP dan setiausaha nak faham dengan pelembagaan , nak faham dengan akta PPS .  Mereka tidak pernah hadir kursus . Tahun lalu ada dicadangkan YDP2 ni  gi hantar kursus , tapi tak tahu bila . 

Mengenai AGM pula , ada yang dah susun calun untuk AJK kebangsaan nampaknya , Dah susun stratiji  , bagaimana penyokong  boleh terus menyokong . Pada AGM kali ni saya kalau boleh tak mahu jadi calun , tak mahu masuk bertanding , bukan takut , tetapi  nak tumpukan pembangunan PSSGM Melaka dahulu , nak pastikan pejabat dan pusat aktiviti tu dapat dikekalkan  dan dibaik pulih . Juga sedang merancang cari tapak untuk wat  pusat latihan  di bandar Melaka tu .  

Bagi yang nak jadi calun calun tu , bersedialah dengan duit dan keringat serta slogan . Kalau ada rezeki leh menang nanti , pegang jawatan tinggi tu . 

Isnin, 19 Mac 2012

SIAPA BAKAL MENDUDUKI KERUSI YDP PSSGM KEBANGSAAN SETERUSNYA

Assalammualaikum .

Issu ini memang hangat diperkatakan oleh ahli ahli sekarang . Ramai yang berhajat untuk menolak kepimpinan YDP sekarang , ramai yang tidak puas hati dengan cara pentadbiran beliau . Entahlah , susah nak kata .  Dalam beberapa hal YDP memang telah berjaya membawa PSSGM ke mata dunia . YDP telah berjaya membuka fikiran rakyat Malaysia untuk sama sama terlibat dalam seni beladiri ini sama ada  perengkat kepimpinan negara , kepimpinan diperengkat negeri atau rakyat sendiri .

Namun  beberapa sikap yang ada dalam diri YDP sekarang ramai yang tidak senang , namun bukan senang nak jadi pemimpin ni , banyak cubaan , banyak godaan dan banyak halangan . Sikap dia yang suka maki  , yang suka mendendam  dan mempelekehkan orang  telah memburukan  nama dan usaha beliau .

Bagi saya beliau bukan tidak boleh mentadbir , tetapi  salah pilih penasihat  saja , Sepatutnya setiap tindakan haruslah dibincangkan bersama terlebih dahulu . Perkataan  , "memang telah ada dalam fikiran ", " memang dah ada dalam komputer ", "memang niat saya ", telah menjadi salah di sini . Seharusnya  , ditanyakan , diutarakan dulu kepada AJK , jangan pilih  orang sahaja . Kadang kala , saya tidak tahu apa apa , surat jemputan penganjuran program  saja yang sampai . Ada aktiviti kebangsaan kadang kala , bila datang secara tidak sengaja , tingok , ada pelibatan PSSGM , mengapa tiada surat makluman ? ( maksud sy pelibatan kumpulan elit dalam pertandingan  silat )

Ketika kami memberikan sokongan kepada beliau untuk menduduki kerusi YDP dulu , Melaka lah yang terlebih dahulu mengorak langkah . Tetapi lepas tu , ditinggalkan . Akibat perselisihan pribadi  beliau terhadap Presiden PESAKA  dan SU Pesaka  Malaysia  , PSSGM Melaka menjadi mangsa  . Menjadi mangsa sisihan     PESAKA Melaka , Presiden PESAKA dan kini YDP PSSGM  pula  membuat tindakan yang sama dengan  YDP PSSGM Melaka . Saya berasa sungguh terkilan sekali , Ketika kes mahkamah - 2009 , kami dari Melakalah yang memberikan sokongan kepada beliau , Terpaksa saya tinggalkan tugas dan tanggungjawab  rumahtangga . Manakah orang orang yang menjadi penyokong kuat YDP sekarang ? .

Mengapa ada orang mengatakan kami tidak ikhls  ?  Mengatakan ludah ke langit terkena muka sendiri , apakah  nasi sudah menjadi bubur baru nak tegur ? Apakah  anda sahaja ikhlas ?   Kami tidak mahu bertengkar dihadapan ahli ahli lain  , kerana selalunya mesyuarat Kebagsaan , ada penyertaan dari bukan Ahli AJK Pusat . Biarlah masalah ini masalah kita bersama . Namun !!!!

Bagi kami di Melaka kami tidak kesah siap bakal menduduki kerusi YDP pada masa akan datang , tetapi biarlah dia " MESRA ALAM " kata  Dato Mail - slogan dia tu. Janganlah ada sikap pendendam , maki hamun , mempelekehkan orang serta sikap suka mencantas yang menyebabkan guru guru lama merajuk . 

Ianya perlu  berkewibawaan yang tinggi , tidak mudah diampu dengan pujukrayu dan wang ringgit . Tahu mentadbir , berpelajaran Gayong dan akedemik , faham dengan adat istiadat dengan baik . Jangan memilih penasihat yang salah . Jadikan semua  AJK sebagai penasihat .

Jika ada pemilihan , Jawatankuasa hendaklah terdiri dari semua YDP - YDP negeri , jika YDP telah menduduki jawatan utama  , hendaklah digantikan dengan timbalan YDP negeri atau setiausaha negeri . Agar  semua aktiviti pusat dapat terus sampai ke negeri negeri secepat mungkin . Agar YDP2 negeri membuat keputusan bersama dengan aktiviti kebangsaan , barulah selari .

Bagi saya , saya tidak kesah  jikalau YDP sekarang terus memegang jawatan tetapi ubahlah " SIKAP" .  " "Tapi  kalau  sudah menjadi Buluh  tidak akan berbalik menjadi Rebung ."

"  Lampiran "


Kepada,
Setiausaha Agung,
Pertubuhan Silat Seni Gyong Malaysia,                                                                   Tarikh : 6 Mac 2012
Lot 113, Tkt 2, Putri Park Plaza,
Jalan 28, Putra Park,
68000 Ampang,
SELANGOR D.E.

Tuan,

PERKARA : USUL PERSIDANGAN PERWAKILAN LUAR BIASA.

Memandangkan Yang DiPertua (Kebangsaan) sebagai peneraju  Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (APS 0149/98), gagal melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukan oleh Perlembagaan yang telah diluluskan dan metrai oleh Pesuruhjaya Pembangunan Sukan, pada 25 November 2008.
Maka kami, Jawatankuasa PSSGM Negeri Melaka yang bermesyuarat  pada 4 Mac 2012, mengambil keputusan sepakat menggesa diadakan Persidangan Perwakilan Luar Biasa (Mesy. Agong Luar Biasa) di atas sebab sebab berikut :

1.       Selama dua tahun ini pihak tuan gagal mengadakan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan dan seterusnya Mesyuarat Agong Perwakilan.
2.       Selama dua tahun ini pihak tuan gagal mengemukakan Penyata Kewangan yang berodit pada setiap suku tahun.
3.       Selama dua tahun ini, setiap program yang dilaksanakan gagal mendapat mandat terperinci dari Jawatankuasa (buat dulu, makluman kemudian).
4.       Selama dua tahun ini pihak tuan gagal mengemukakan kaji selidik program dan penyata kewangan berodit.
5.       Selama dua tahun ini, setiap perkara meliibatkan pengeluaran jumnlah wang yang besar, YDP gagal mendapatkan mandat Jawaatankuasa terlebih dahulu.
6.       Secara senghaja melanggar Peraturan 29/4.
7.       Secara senghaja melanggar Peraturan  2/1d.

Dari  perkara tersebut kami telah hilang kepercayaan kapada YDP dan menarik balik sokongan PSSGM Negeri Melaka., Kami perlu Peraturan 10a/ dilaksanakan dengan kadar segera, gagal berbuat demikian tindakan susulan akan dilaksanakan berikutnya. Sekian, terima kasih.

Yang  Benar
Dato’ Ismail bin Jantan.



YANG DIPERTUA
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
Bahagian Negeri Melaka.

s.k      YAB. Penaung /YAB. Penasihat.
           Pejabat Pesuruhjaya Sukan
           Timb YDP & Naib YDP & AJK
           YDP PSSGM Negeri / SU Negeri.

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...