Selasa, 11 September 2012

Wakil Pelimau Tapak dan Pelimau Seni


Surat Penarikan Pelantikan wakil wakil pelimau Tapak Dan Seni Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau .



Surat ini menjadi  issu bila saya masukan dalam Facebook  minggu lalu dengan deretan pandangan dan ulasan dari kawan dan rakan .  Ada yang menghubungi saya melalu hp saya , marah marah  mengapa saya masukan surat ini .

Buat pengetahuan semua , surat ini memang telah lama dalam simpanan YDP PSSGM Melaka , Dato Ismail Jantan . ( Yang asal tidak dikektahui pada siapa ) Surat ini kalau dilihat memanglah akan menimbulkan pelbagai persoalan dari kalangan ahli ahli .
Pertama apakah kedudukan wakil wakil pelimau tapak yang telah dilantik oleh kedua dua orang Pemegang Amanah ?.
Kedua , apakah kedudukan  ahli ahli yang telah diperlimaukan oleh wakil wakil yang ditarik pelantikan ?.
Ketiga , apakah surat ini boleh diterima pakai lagi ?

Saya dapati ramai juga yang melatah bila surat ini keluar . namun di sini inilah yang boleh saya tafsirkan mengenai surat ini dari pandangan saya .

Surat ini dibuat kerana terlalu ramai yang telah dilantik untuk menjadi Wakil Pelimau Tapak dan Seni dari 1992 hingga 1997 . Ramai yang telah mengunjungi Allahyarhamah Puan Siti Kalsum dan Allahyarham Hj Razali Salleh  , minta dilantik menjadi wakil pelimau , kerana tidak puas hati dengan orang disekeliling mereka.
Memang ada diantaranya yang meminta minta di lantik , walaupun tidak layak , tidak mempunyai murid dan gelanggaang pun .

Namun surat ini , sebenarnya tidak boleh diguna pakai  atas beebrapa pekara  terutama atas pelantikan yang dibuat oleh Allahyarhamah Puan Siti Kalsum , kerana surat pelantikan yang ADMAR buat untuk beliau , hanyalah menjaga adat untuk wanita , kalau wanita yang dilantik menjadi wakil pelimau dalam masa tersebut memanglah gugur kelayakanya . Tetapi kalau lelaki , memang tidak sah pelantikan untuk lelaki atas surat yang bertarikh 8.9.1989 .

Namun bagi Allahyarham Hj Razali Salleh pula , selaku YDP ketika itu , mungkin  beliau melantik wakil untuk Negeri Selangor sahaja atas pandangan Majlis Lembaga Adat Negeri Selangor . Tiada pula saya mendengar Allahyarham ada melantik orang luar dari Selangor .

Jadi Pelantikan yang telah dibuat oleh mereka berdua  dari 1992  hingga 1997 telah terbatal kesemuanya .
Selepas kedudukan tersebut , beberapa surat pelantikan semula Wakil pelimau Tapak Dan Seni telah dibuat . Pelantikan ini adalah atas pandangan mereka berdua . Kalau sesiapa yang dilantik  oleh mereka berdua selepas tarikh ini adalah boleh diguna pakai , kerana tiada penarikan semula dibuat .

Seperti yang ramai ahli di negeri Selangor sedia  maklum , sebelum Allahyarham Hj Razali Salleh  berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji , beliau telah melantik seramai 21 orang yang diamanahkan. Ini sah  dalam negeri Selangor , kerana  telah diterima pakai oleh Majlis Lembaga Adat negeri Selangor.

Begitu juga , sekiranya ada pelantikan semula atau baru oleh Allahyarhamah Puan Siti Kalsum sebelum beliau meninggal dunia pada 2006 juga adalah sah .

Jadi sebenarnya , siapa yang menjadi wakil pelimau yang telah dilantik semula atau baru oleh kedua dua Pemegang Amanah ini adalah SAH , jangan risau , tetapi jika tiada surat pelantikan semula tu yang jadi masalah .

Wakil pelimau tapak Dan pelimau seni ini adalah atas AMANAH , jika dibuat atas keiklasan hati , tiada sifat menunjuk nunjuk  atau aku lebih hebat , tiada siapalah yang akan mempersoalkanya , kerana ini adalah amanah yang diberikan kepada sesiapa yang telah dilantik .

Jadi janganlah melatah kepada sesiapa yang pernah menjadi Wakil pelimau tapak dan pelimau Seni .

Bagi wakil wakil peliamau yang telah dilantik oleh Mahaguru ADMAR , jalankan tugas dengan sebaik mungkin  .

Aktiviti PSSGM Melaka sepanjang Mei hingga Ogos 2012

Pelbagia aktiviti telah dijalankan oleh PSSGM Melaka sepanjang bulan Mei hingga ogos 2012 di Melaka . Aktiviti ini menyatakan bahawa PSSGM akan terus bergerak dan meneruskan aktiviti untuk ahli ahli . 









 Di Pejabat Ketua Menteri Melaka , untuk menerima , Sumbangan dan kad Selamat Hari Raya dari YAB Ketua Menteri Melaka pad 15.8.2012.



Majlis Berbuka Puasa , bacaan Yasin  di Pusat Aktiviti pada 5.8.2012 .






Ujian Kenaikan Bengkong di Gelanggang Sungai Petai .

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...