Selasa, 10 Mei 2011

KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS GURULATIAH PSSGM MELAKA

Pada 7 Mei 2011 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Majlis Gurulatih PSSGM Melaka , antara lain keputusan yang telah dibuat :
1. Tiada  mana mana pihak atau orang perorangan boleh menggunakan nama Pertubuhan ini tanpa kebenaran mengikut pelembagaan pertubuhan Peraturan 29 no 6 hingga 10. Gagal berbuat demikian , tindakan berlandaskan undang undang akan diambil .
2. Semua gurulatih yang bertugas adalah tertakluk kepada peraturan Buku Kecil Majlis Gurulatih  Bab VII .
3. Tiada  sesiapa boleh mengajar di Negeri Melaka menggunakan nama Pertubuhan ini tanpa permohonan atau kebenaran bertulis dari PSSGM Negeri Melaka .Sebarang permohonan hendaklah melalui setiausaha Majlis Gurulatih  Negeri .
4. Bagi penyelarasan dan pengurusan Pertubuhan , hanya Setiausaha PSSGM Negeri yang akan berurusan dengan Ibu pejabat  bagi urusan pendaftaran keahlian /  pendaftaran ujian dan  permohonan sijil sijil .
5. Tiada mana mana pihak boleh menggunakan kuasa , nama  dan kenalan untuk berurusan dengan ibu pejabat tanpa maklum kepada Setiausaha Negeri atau YDP Negeri .
6. Majlis Gurulatih Negeri  Melaka  bersedia menerima permohonan dari mana mana gurulatih luar untuk mengajar asalkan mematuhi peraturan Majlis Gurulatih yang sedia ada .
7. Gurulatih yang mengajar diluar negara hendaklah mendaftarkan namanya ke ibu pejabat dan yang mengajar di dalam negeri hendaklah berdaftar dan berurusan Majlis Gurulatih Negeri  berkenaan .
8. Mana mana gurulatih yang  tidak mematuhi peraturan dan ketetapan ini , adalah dilarang untuk mengajar pelajaran Silat Seni Gayong Malaysia dalam Negeri Melaka .
9. Bagi gelangggang yang diajar oleh bukan ahli Jawatankuasa Majlis Gurulatih Negeri , gelanggang tersebut hendaklah di pantau oleh Setiausaha Majlis Gurulatih - En Hairulnizam Bin Johar .

Ini adalah bertujuan untuk memastikan nama Pertubuhan dan maruah Pertubuhan akan terus terpelihara .
Ianya juga bertujuan untuk mengelakan sesiapa juga menggunakan nama Pertubuhan tetapi bukan ahli dan  bukan gurulatih bertauliah .
Ianya juga bertujuan untuk menjaga kepentingan Gurulatih PSSGM Melaka supaya menjalankan tugas dengan tenang dan bertanggungjawab .

Walau bagaimana  pun :
Sekiranya Gurulatih yang berdaftar dalam Negeri Melaka tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sempurna , mereka akan digantung bertugas sehingga semua masalah selesai .
Antar tanggunjawab Gurulatih yang sedia ada :
1. Gurulatih harus berdaftar dan mempunyai sijil kegurulatihan .
2. Keahlian gelanggang hendaklah berdaftar
3. Ahli hendaklah menjalani Majlis penerimaan murid sebelum diberikan " Buah Kunci Mati ".
4.Sijil Gelanggang haruslah dipohon kepada setiausaha Negeri terlebih dahulu .
5. Sebarang permohonan Ujian peningkatan hendaklah  melalui Majlis Gurulatih Negeri Melaka .
6.Sebarang penyampaian Bengkong kepada ahli hendaklah didaftarkan dahulu ke Bahagian negeri seterusnya ke Ibu Pejabat .

Sekian harap maklum .

Jumaat, 6 Mei 2011

LATIHAN DAN PENDAFTARAN GELANGGANG

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa , beberapa Gelanggang di Negeri Melaka tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti sehingga diberitahu kerana beberapa sebab :

1. Pendaftaran ahli masih tidak jelas setelah tiga bulan menjalankan aktiviti .
2. Keahlian gelanggang tidak mencukupi 20 orang melebihi enam bulan .
3. Gurulatih yang tidak diiktiraf , tiada pendaftaran kegurulatihan , tiada sijil , tidak mengikut peraturan pelembagaan Buku Kecil Majlis Gurulatih Bab VII  - kelulusan pejabat Pesuruhjaya Sukan .
4. Gurulatih tidak berdaftar dengan Majlis Gurulatih Negeri Melaka .
5.Sijil Gelanggang yang telah mati .( tiada sijil gelanggang )

perhatian kepada gelanggang :  Paya Rumput , Gelanggang Durian Daun , Gel  Kg Lendu ,  Gel Sungai Petai ( Baru ) , SMK  Selandar , SMK Iskandar Shah , SMK Sultan Alauddin .

Pihak IPK Melaka harap dapat mengambil perhatian dalam hal ini .

Isnin, 2 Mei 2011

Lapuran Gelanggang PSSGM Sekolah yang ada dalam Negeri Melaka

Makluman :
4/5/2011 : Kena  edit  sedikit dr semalam , kerana beberapa pihak tak setuju dengan lapuran keahlian :

1. Sekolah Menengah kebangsaan Rahmat -  latihan setiap sabtu pagi - Jurulatih Mohd Shahqereen Mohd Yatim .
2. Sekolah menengah keb. Sultan Alauddin - Nak buka tapi lum jalan aktiviti lagi
3. Sekolah Men. keb Sungai Udang - Aktif  latihan setiap khamis petang , Jurulatih - Zuraini Husin .
4. Sekolah Menegah keb Tun Hj Abdul Malik -  latihan setiap hari rabu petang , Jurulatih Hafiz Zakwan.
5. Sekolah Menengah Tinggi Melaka - latihan setiap isnin petang , Jurulatih Mohd Zulhisyam .
6. Sekolah Menengah keb Sultan Muhd -   , latihan setiap selasa petang , Jurulatih - Pn Mariam.
7. Sekolah menengah Iskandar shah - tak tahu apa apa perkembangan hingga hari ini .
8. Sekolah Menengah keb Selandar -  latihan setiap Jumaat , Jurulatih Mohd Zamir .
9. SBPI - Selandar -  hari latihan tiada makluman , Jurulatih Mohd Zamir .
10. MRSM Tun Ghafar Baba -  latihan setiap khamis petang , Jurulatih Mohd Zamir .
11. MRSM Alor Gajah -  latihan setiap khamis petang , Jurulatih - Pn Mariam

Jika anda mempunyai gelanggang sila pastikan ; Ada sijil Gelanggang  , Ada pendaftaran  ahli  ke ibu pejabat , Menjalani majlis Penerimaan murid  yang ditetapkan oleh Mahaguru PSSGM , Susunan pelajaran yang terancang ,  semestinya  Gurulatih yang mengajar adalah merupakan Gurulatih yang diiktiraf  oleh badan induk pertubuhan  , mempunyai sijil gurulatih  serta tidak mengajar dinegeri orang tanpa kebenaran dari Majlis Gurulatih Negeri  yang berkenaan . Ini adalah berdasarkan pelembagaan  PSSGM .

Kisah Kami

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...